View: 3921|Reply: 6
|
Muaknya Dengan Lauk Biasa! Inilah Masa Untuk Cuba Ayam Sos Cendawan Pekat
[Copy link]
|
|
Dah puas makan rendang dan segala jenis lauk pau raya? Inilah masanya nak cuba masakan Barat ini pula!
Kepingan Ayam dengan Sos Cendawan ini juga boleh dimasak untuk dihidangkan pada tetamu yang bertandang.
Hanya 45 minit diperlukan dan ia cukup untuk 4 orang makan.
Foto: Homestead Recipes
Bahan-bahan:
• 4 kepingan ayam (bahagian dada)
• 1 paun cendawan crimini, dipotong
• 1 cawan bawang Holland, dihiris nipis
• 3/4 cawan stok ayam
• 3/4 cawan stok daging
• ¼ cawan tepung serbaguna
• 1 sudu teh serbuk bawang putih
• 1/2 sudu teh thyme kering (pilihan)
• Thyme segar untuk hiasan
• 1 sudu besar minyak zaitun extra-virgin, dibahagikan
• Garam kosher dan lada hitam secukup rasa
Foto: Homestead Recipes
Cara-Cara:
1. Perasakan kepingan ayam dengan serbuk bawang putih, garam dan lada hitam
2. Panaskan ½ sudu besar minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana . Masukkan kepingan ayam dan masak sehingga berwarna keperangan. Ketepikan
3. Letakkan separuh lagi minyak zaitun ke dalam kuali. Tambahkan cendawan, bawang dan goreng selama 6-7 minit atau sehingga lembut dan berwarna coklat. Perisakan dengan garam, lada hitam dan thme kering.
4. Bubuh tepung ke atas bawang dan cendawan dan kacau sehingga semuanya sebati. Masak selama 2-3 minit atau sehingga tepung telah menyerap dan masak sepenuhnya.
5. Masukkan stok ayam dan daging dan kacau.
6. Didihkan kemudian perlahankan api dan biar ia selama 15 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.
7. Letakkan semula kepingan ayam kedalam kuali dan masak selama 10-15 minit atau sehingga ia lembut.
8. Hiaskan dengan thyme segar jika anda mahu.
Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang! -CARI
Kredit Resipi: Homestead Recipes |
|
|
|
|
|
|
|
Dpt kt org yang suka mentekedarah
Sekuali tu dpt brapa.org je |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
klu buat kat umah aku, tak sempat nak rasa ayam. dapat makan cendawan je la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|