Edited by leon_mclaren78 at 30-10-2018 04:34 PM
Assalamualaikum & salam sejahtera. Calling peminat2 Ranbir Kapoor... yg baru nk kenal pun jemput la masuk join yach... Melalui benang ni diharapkan chuols semua dpt info yg lebih tepat mengenai Ranbir Kapoor instead of chuols baca info2 negatif berbentuk fitnoh oleh haters di luar sana. Weols juga akan coba menjawab sebaik mungkin segala kemusykilan chuols ttg Ranbir Kapoor & also keluarga Kapoor.
Latarbelakang: Siapa Ranbir Kapoor?
Ranbir Kapoor merupakan anak lelaki kepada pasangan Rishi Kapoor & Neetu Singh. Dilahirkan pada 28 September 1982 di Mumbai, nama Ranbir dicadangkan oleh datuk saudaranya, Shashi Kapoor, bersempena dengan nama asal legenda filem Bollywood ~ Raj Kapoor atau nama asalnya Ranbir Raj Kapoor. Ranbir merupakan cucu lelaki pertama Raj Kapoor dan merupakan generasi ke-4 keluarga Kapoor.
12 orang ahli keluarga Kapoor daripada 4 generasi yang pernah & sedang mewarnai dunia filem Bollywood.
Salasilah lengkap keluarga Raj Kapoor
Gambar2 kenangan Ranbir dengan datuknya, Raj Kapoor. Raj Kapoor meninggal dunia ketika Ranbir berusia 6 tahun (1988).
Keluarga Kapoor memang terkenal sebagai keluarga yg ahlinya paling ramai memilih kerjaya sebagai pelakon filem atau pengarah filem. Dimulai dengan generasi pertama Kapoor, iaitu Prithviraj Kapoor sebagai perintis dunia filem Bollywood dan diwarisi oleh anak2 beliau iaitu Raj Kapoor, Shammi Kapoor dan Shashi Kapoor selaku generasi ke-2 keluarga mereka. Legasi filem ini teruskan oleh anak2 Raj Kapoor iaitu Randhir Kapoor, Rishi Kapoor dan Rajeev Kapoor yg merupakan generasi ke-3 keluarga Kapoor. Seterusnya cucu2 Raj Kapoor, iaitu Karisma Kapoor, Kareena Kapoor dan Ranbir Kapoor kini meneruskan legasi keluarga ini sebagai generasi ke-4. Terbaharu, 2 org lagi cucu Raj Kapoor iaitu Armaan Jain & Aadar Jain juga baru mencuba nasib di dalam dunia perfileman Bollywood.
Sewaktu kecil, Ranbir sering menyaksikan pergaduhan besar Rishi & Neetu pada waktu tengah malam yang hampir menyebabkan ibubapanya berpisah. Setiap kali mendengar ibubapanya bergaduh, Ranbir akan duduk ketakutan di atas tangga dengan keadaan kepalanya berada di antara kedua2 lututnya & menunggu sehingga pergaduhan tersebut berhenti. Jelas sekali Rishi merupakan seorang yang panas baran, ditambah pula dengan tabiat meminum alkohol yang diwarisi dari keluarganya.
Rishi Kapoor sangat garang & tidak suka memanjakan anak2nya. Ranbir sangat takutkan Rishi Kapoor malah tidak berani memandang mata Rishi sehingga ke hari ini. Sewaktu zaman kanak2, Ranbir tak suka makan sayur. Tetapi Rishi akan duduk di meja makan di depan Ranbir & memaksa Ranbir menghabiskan sayur di dalam pinggan. Ranbir yg ketakutan terpaksa mkn sayur tersebut dgn linangan airmata.
Menurut Rishi, beliau tidak mahu anak2 hilang hormat dgn org tua. Beliau mendidik Ranbir sama sebagaimana bapanya (Raj Kapoor) mendidik beliau dahulu. Bagi beliau, perlu ada “gap” antara anak & bapa. Disebabkan ini juga Ranbir lebih rapat dgn ibunya, Neetu Singh.
Di dalam keluarga Kapoor, majoriti mereka tidak memiliki kelulusan tinggi dlm pelajaran, kecuali Kareena Kapoor dan Ranbir Kapoor. Setelah tamat sekolah tinggi (pra-universiti) di H.R. College of Commerce and Economics, Mumbai, Ranbir memilih untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang berkaitan perfileman di School of Arts, New York dan seterusnya di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, juga di New York.
Ranbir belajar hidup berdikari sewaktu di New York & sempat membintangi serta mengarah 2 buah filem pendek sewaktu masih belajar di kolej perfileman. Semasa di New York juga, Ranbir pernah terjebak dengan penyalahgunaan dadah (ganja) akibat pengaruh rakan2nya, namun mujur Ranbir dapat menghentikan tabiat tersebut sebelum ia memakan diri. Ranbir seterusnya pulang semula ke Mumbai tanpa menghabiskan pelajarannya.
Rishi Kapoor tidak membenarkan Ranbir menjadi pelakon filem sehingga Ranbir mencecah usia 25 tahun. Ini kerana Rishi berpendapat Ranbir akan sukar mendapatkan pasangan heroine yg sesuai dengan paras rupa yg “boyish-look” & agak jambu. Disbbkan itu Ranbir terpaksa mencari kerja sebagai krew filem. Ranbir memilih bidang perfileman kerana berasa bertanggungjawab meneruskan legasi yang diwarisi oleh keluarganya. Rishi tidak menggunakan sebarang “kabel” utk membantu Ranbir mendapatkan kerja & beliau membiarkan Ranbir berusaha sendiri utk mencari kerja.
Sepertimana org lain, Ranbir juga membawa resume & menjalani temuduga di pejabat Sanjay Leela Bhansali, penerbit tersohor filem Bollywood yang popular dengan filem seperti Devdas dan Hum Dil De Chuke Sanam. Ranbir diterima bekerja di bawah Sanjay Leela Bhansali sebagai krew produksi, di mana Ranbir melakukan tugas2 menyediakan prop & lampu serta melakukan kerja-kerja pembersihan lokasi penggambaran filem.
Tahun pertama bekerja di bawah Sanjay Leela Bhansali, jangan sangka Ranbir mendapat layanan istimewa, sebaliknya Sanjay memberikan tekanan mental sehingga Ranbir pernah terfikir untuk berhenti kerja. Sehinggalah Sanjay Leela Bhansali akhirnya memberikan peluang kepada Ranbir & juga Sonam Kapoor untuk membantunya mengarah filem “Black” lakonan Amitabh Bachchan dan Rani Mukerji pada tahun 2005. Ranbir bertanggungjawab menyelia & melatih pelakon kanak2 di dalam filem tersebut bagaimana utk membawa watak sebagai OKU penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Ranbir juga menjadi “body-double” untuk watak yang dipegang Amitabh Bachchan bagi 1 babak akhir filem tersebut.
Bersambung...
|