CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14710|Reply: 23

[Pelbagai] Seismograf Kehidupan...

[Copy link]
Post time 8-11-2018 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 8-11-2018 02:42 PM

KEPENTINGAN SASTERA DALAM KEHIDUPAN

http://annyss.blogspot.com/2006/12/kepentingan-sastera-dalam-kehidupan.html


Kata Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad, sastera ialah seismograf kehidupan. Apa itu seismograf? Menurut Kamus Dewan, seismograf ialah alat bagi mengukur kekuatan gempa bumi. Jadi, mengapa perkataan seismograf dipilih? Itu makna yang bersifat literal ataupun harafiah. Seismograf dalam erti kata lain ialah kayu ukur ataupun penyukat kepada kehidupan.


  
Cuba lihat kehidupan hari ini. Seni dan sastera wujud daripada persekitaran yang ada. Perhatikan bahawa satu masa dahulu, lagu dangdut kedengaran di mana-mana. Pada ketika itu, Indonesia melalui zaman hedonisme yang melampau hinggakan Presidennya pun tumbang. Kini lagu-lagu dari Indonesia sudah berubah. Seiring dengan perubahan pola dan cara hidup masyarakatnya.

  
Cuba lihat pula lambakan pasaran buku hari ini. Penerbit buku kini lebih ghairah menerbitkan buku-buku yang bertemakan cinta dengan nafsu murahan. Mengapa? Kerana ada pasarannya. Perhatikan bagaimanakah bangsa Melayu hari ini? Secara kasarnya sudah berani hanyut dengan hiburan-hiburan yang sia-sia. Anak-anak muda menangis meraung jika gagal menyertai program-program realiti. Penonton pun sama meraung-raung apabila ada peserta yang gagal ke peringkat yang selanjutnya. Ibu bapa juga mengucapkan “Alhamdulillah, anak saya terpilih dalam program realiti tv ini.”

  
Jadi, tidak cukupkah kita hanya berhibur, berhibur dan berhibur hingga tiada suatu pun yang kita tinggalkan untuk ruang berfikir ataupun ruang ta’akul – ruang penafsiran.

  
Sastera pula bukan sekadar buku cerita, bukan sekadar puisi. Bagi saya, sastera ialah suatu seni kata-kata bagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk tamadun, mengajak pembacanya berfikir dan mendorong pembaca melakukan kebaikan serta menimbulkan rasa insaf.

  
Jadi apa pentingnya sebuah buku cerita dalam kehidupan?

  
Sebuah karya sastera yang mewakili bangsa dan negaranya akan memberikan beberapa perkara, antaranya :
   
  •   jati diri
  • patriotisme
  • rasa syukur


   
Membaca puisi-puisi A. Samad Said, misalnya, menemukan saya dengan banyak perkara. Kecintaannya terhadap bahasa, kritikan sosialnya yang lembut tetapi dalam makna dan juga rakaman peristiwa yang diabadikan dalam karyanya. Begitu juga dengan karya-karya Usman Awang yang banyak berbicara tentang kedamaian dan keseimbangan masyarakat.

  
Cuba-cubalah membaca karya Siti Zainon Ismail, sama ada cerpennya ataupun puisi-puisinya yang penuh kewanitaan tanpa meninggalkan akarnya yang gemilang. Sebagai penyair dan ahli akademik, Siti Zainon telah merantau ke seluruh dunia, namun karya-karyanya masih segar mempertahankan jati dirinya sebagai wanita Melayu Islam yang sejati.

  
Di kalangan penulis yang lebih muda, bacalah karya-karya SM Zakir, Faisal Tehrani, Siti Jasmina Ibrahim dan Nisah Haji Haron. Pendek kata, mereka ini bukan penulis yang hanya menggarap kisah cinta yang selapis, terlalu polos ataupun bersifat superficial. Penulis-penulis ini telah berjaya menyampaikan suatu mesej yang jauh lebih dalam berbanding usia mereka.

  
Dari aspek kelulusan dan kerjaya, penulis-penulis muda hari ini bukan sekadar berkelulusan sastera. Terdapat ramai penulis muda (berusia bawah 40-an) yang mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza tetapi dapat menjadi penulis yang baik.

  
Mengapa mereka ini boleh menulis? Satu perkara penting yang ada dalam diri penulis-penulis ini ialah jati diri yang disebutkan tadi. Para penulis ini tahu akan identiti dirinya sebagai bangsa Melayu dan sedar diri bahawa, jika bukan merekalah yang melangsungkannya. Siapa lagi?

  
Lantas, apa pula peranan kita sebagai pembaca karya sastera?

  
Pilihlah bahan bacaan yang boleh menjentik pemikiran yang tinggi. Carilah bahan bacaan yang diiktiraf sebagai kesusasteraan Melayu tinggi yang boleh membangkitkan rasa kemanusiaan, kerana itulah peranan sastera yang utama : melahirkan rasa kemanusiaan dalam diri manusia.

  
Sastera sebagai satu elemen kehidupan bukannya untuk diasing-asingkan. Sastera tidak boleh bercampur dengan sains, ataupun sastera tidak boleh bercampur dengan ekonomi, perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya. Sastera itu boleh wujud dalam mana-mana cabang ilmu yang ada. Itulah kelebihannya.

  
Ada pihak yang menyatakan sastera ini berbelit-belit. Satu perkara yang langsung akan disampaikan dalam bentuk yang berkias-kias. Bagi saya, di situlah seninya penyampaian orang Melayu. Sebagai contoh, perhatikan tulisan Bapak Tenas Effendy dalam bukunya “Ungkapan Tradisional Melayu Riau” tentang peranan seorang anak :
                                                

Pertama anak manusia
Anak yang tahu asal jadinya
Yang tahu membalas guna
Kecil cencilak padi
Besarnya cencilak padang
Kecilnya duduk mengaji
Besarnya tegak sembahyang
Mengaji syarak dengan adat
Mengaji salah dengan silih
Mengaji aib dengan malu
Mengaji untung dengan rugi

Yang kuat mememang amanat
Yang setia memegang amanah
Duduk tahu akan dirinya
Tegak tahu akan maruahnya
Cakapnya berhingga-hingga
Baiknya berpada-pada
Sifatnya berpatut-patut
Patut bergaul sama sebaya
Patut duduk dalam majlis.  
Andainya, kata-kata ini dikatakan secara langsung, kesannya tidak akan sama. Mesej yang cuba diperkatakan dalam ungkapan ini ialah, jadilah anak yang baik dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan tanah air. Namun, mesej ini disampaikan dalam bentuk yang indah.
  
Kata-kata ini tidak wujud dalam bahasa lain. Kalau ada pun, ia dalam bentuk yang berbeza. Pantun Melayu, contohnya, tidak wujud dalam mana-mana tamadun bukan Melayu. Pantun menjadi subjek kajian sarjana Barat yang hairan betapa hebatnya orang Melayu mencipta pantun. Mereka cuma ada quatrain – kata-kata dalam empat baris satu rangkap. Tetapi, orang Melayu boleh mencipta pantun dengan 2 baris pembayang dan 2 baris maksud. Kedua-duanya mempunyai perbezaan tetapi ada perkaitan.
            
Contoh :
Buah cempedak di luar pagar,
                Ambil galah tolong jolokkan;
                Saya budak baru belajar,
                Kalau salah tolong tunjukkan.
  
Pantun ini menujukkan akal budi orang Melayu pada zaman itu. Frasa di luar pagar, menujukkan melangkau had ataupun batasan kemampuan. Galah itu pula simbol bantuan dari luar. Jika bantuan dalam dirinya, mungkin frasa yang berbeza digunakan, misalnya ambil jari. Sedangkan kalau kita pernah lihat pokok cempedak, ia berbuah pada bahagian batang dan rendah pula. Itu menunjukkan betapa ‘budak’ tadi terlalu kecil sifatnya hinggakan buah cempedak yang yang rendah itu pun tidak boleh dicapainya, kerana dia berada ‘di dalam pagar’ sedangkan buah cempedak tadi di luar pagar.
  
Oleh itu, dia memerlukan bantuan untuk mengambilnya. 2 baris tadi pula digabungkan dengan baris “saya budak baru belajar / kalau salah tolong tunjukkan”. Perhatikan juga pemilihan kata yang santun iaitu “tolong”. Orang Melayu mempunyai sifat santun yang terpancar dalam bahasas dan karya sastera. Inilah yang tidak boleh kita tinggalkan. Saya teringat kepada petikan puisi Sasterawan Negara Usman Awang yang berjudul “Melayu”.
  
                          
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.
....
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara'
....
                                 
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
.....
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.
   
....
   
Semua ini hanya boleh ditemui dalam buku-buku sastera. Bukan sekadar buku-buku cerita yang hanya menggarap tema cinta biasa. Carilah keluarbiasaan dalam membaca. Bukan sekadar membaca cerita yang serupa dengan formula yang sama. Ya, cinta itu indah. Namun, cinta itu juga luas maknanya dan cinta juga dalam sifatnya.
  
Apabila kita melihat seorang gadis yang cantik, mengapa mesti jatuh cinta pada kecantikannya sahaja. Mengapa terhenti setakat itu? Jatuh cintalah kepada Dia yang mencipta kecantikan itu. Dialah meminjamkan kecantikan tersebut kepada gadis itu. Satu hari nanti, kecantikan itu akan diambil kembali. Sanggupkah nanti, kita bercinta dengan gadis yang sudah tidak cantik itu? Tetapi, kalau kita mencintai Dia yang mencipta kecantikan itu, nanti akan timbullah perasaan yang lebih dalam. Kecantikan gadis itu bukan lagi dilihat kepada sesuatu yang zahir tetapi apa yang terpancar daripada dalam diri.
  
Apa lagi kepentingan sastera dalam kehidupan? Dalam sastera ada ilmu. Penulisnya bertungkus-lumus memasukkan suatu ilmu yang boleh pembaca manfaatkan. Ilmu hanya boleh digali. Ilmu itu tidak datang sendiri. Ilmu bukan sahaja diperoleh melalui buku-buku teks. Tetapi aplikasi sesetengah ilmu itu boleh juga ditemui dalam karya sastera. Novel saya Mencari Locus Standi memasukkan ilmu perundangan dalam bentuk cerita. Sesiapa yang membacanya akan mengutip banyak hal tentang dunia perundangan, kehidupan pelajar undang-undang dan aplikasi undang-undang itu sendiri.
  
  
Kata Za’ba dalam syair Kelebihan Ilmu:
            

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

  
Sejarah telah pun merakamkan bahawa tokoh-tokoh sarjana di dalam dunia sains Islam seperti

  
·               Al-Harth ibn Kaladah (Ahli perubatan Islam terawal dan juga seorang pemuzik berkebolehan)
  
·               Al-Kindi (Bapa Falsafah Islam dan sasterawan)
  
·               Al-Razi (tokoh perubatan dan pemuzik)
  
·               Al-Farabi (tokoh falsafah dan pemuzik)
  
·               Ibn Yunus (pakar astronomi dan sasterawan yang kreatif serta penyair paling prolifik)
  
·               Ibn Maskawaih (doktor yang berpengetahuan luas dalam bidang bahasa, sastera dan ilmu-ilmu klasik)
  
·               Ibn Sina (tokoh multi-disiplin yang memulakan pengajiannya di bidang bahasa dan sastera)
  
·               Ibn Haitham (Sarjana sains dan falsafah yang juga menulis tentang sastera)

  
dan ramai lagi merupakan tokoh-tokoh multi-disiplin yang menjadi sastera sebagai sebahagian daripada pengisian jiwa dan rohani mereka.

  
Hal yang sama turut berulang pada zaman permulaan di Andalus. Nama-nama seperti Abu Al-Sult ibn Abdul Aziz, Ibn Al-Sayid Al-Batalyausi, Ibn Bajjah dan Ibn Khaldun tidak boleh dicicirkan daripada senarai sasterawan Islam yang turut menguasai cabang-cabang ilmu yang lain.

  
Islam berada di puncak ketamadunannya apabila ramai di kalangan sarjana ini mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam pelbagai bidang. Rekod-rekod yang mereka tinggalkan menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman ini tidak mengkategorikan setiap ilmu yang ada lantas menghalang golongan tertentu daripada melintasi disiplin ilmu yang lain. Sarjana dunia Islam ini dapat dilihat sebagai mereka yang amat mencintai ilmu dan mempelajari setiap ilmu serta benar-benar mempraktikkan kata-kata ‘tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad’.

  
  Kesimpulannya, sastera itu ialah sebahagian daripada kehidupan. Usah dinafikan kepentingannya.

  * Kertas ini pernah dibentangkan di Kolej MARA Banting di hadapan pelajar yang bakal ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
@ipo @bianglala @fara7351 @KILL_NANCY @admin6 @meklalala @WhiskeyScotch
Single Polls, Total 10 Users voted
100.00% (10)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 04:07 PM | Show all posts
penting bagi mengekalkan takkan melayu hilang didunia

Comments

1st reply reward  Post time 8-11-2018 04:11 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 04:12 PM | Show all posts
wahhhh 1st reply pun dapat reward..hihihi harap harap nanti dapat birthday reward la pulak..terima kasih sis seribulan!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah membaca novel Salina semasa sekolah rendah dulu. Tak boleh tidur malam dek kerana tak boleh terima jalan ceritanya yang terlalu besar untuk aku semasa itu.

Contohnya, kemiskinan sehingga membawa seorang wanita yang hati baiknya ke kancah pelacuran dan pelbagai lagi masalah sosial pada masa itu.

Tapi bila aku dah dewasa, aku mula memahami dan sedari yang Salina itu adalah salah satu anggota masyarakat yang mungkin ada dalam kalangan kita tapi berlainan namanya.

Aku juga. masih ingat pesanan guru Bahasa Melayu ku pada tahun lewat 90an, ke mana kita pergi bawa jangan malu dengan diri kita.

Ada satu ketika guru ku ini mengajar cara2 potong sayur kerana katanya, setiap perbuatan kita melambang siapa kita. Oh ya, jika memotong sayur hendak lah potong tirus kerana ianya melambangkan seorang yang rajin,sopan dan penyabar.

Sekian, coretan ku. Hihihi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
[IN]        
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 8-11-2018 04:12 PM
wahhhh 1st reply pun dapat reward..hihihi harap harap nanti dapat birthday reward la pulak..terima k ...

sis nancy mana?ingat kita ni tiang telekom.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2018 06:38 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 8-11-2018 06:09 PM
sis nancy mana?ingat kita ni tiang telekom.

Slow











Mek gurau je tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca Ranjau Sepanjang Jalan pun blh buat kaka kemurungan

Tapi betul, , hakikat kehidupan begitulah...bagi yg Allah pilih untuk diduga berpanjangan, walau lelah macamana pun, hidup tetap diteruskan...semoga tidak sampai peringkat hilang akal, nauzubillah

Sori TT, macam  x menepati topik perbincangan je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kita disajikan dengan kisah percintaan yang merapu-rapu, meleret-leret, hidup dalam dunia yang tidak bersendi, saya rengsa melihat rak-rak di kedai-kedai buku dipenuhi "naskah-naskah" ceritera cinta, ceritera di mana nun sukun itu terus mati, sabdu itu terwakaf tidak bersambung menjamah setiap minda-minda tepu, merentang antap daya fikiran untuk terus ditiup dengan cerita cinta karut yang skopnya dikecilkan, terbatas, maka pembaca bertukar lundung, gagal menjadi pemikir.

Sastera itu hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas dan puisi disulami dengan garapan kreativiti penulis. Kenapa penulis-penulis kini caca merba menggunakan bahasa pasar dicampur aduk dengan penceritaan yang lemah pada pemula dan penghujungnya? Plot yang lengai mengajar pembaca berfikir tinggi-tinggi? Kenapa perlu mengehadkan daya kreativiti anda wahai penulis yang selalu mendewakan cinta antara manusia? Apa yang anda cuba buktikan? Ikatan kovalen?

Bertembung, langgar, fail jatuh, mata bertentang mata, jatuh cinta? Auhhhh soooo sweetttt ....

Kenapa tidak reka satu plot contohnya, di mana seorang lelaki (berbangsa melayu) meninggal dunia di dalam gereja St. Andrew's Church di Ukraine semata-mata ingin menyelamatkan kehormatan seorang gadis semampai daripada diratah badannya oleh pengganas Rusia yang bertuhankan Karl Johann Kautsky? Dan di penghujungnya mayat itu diarak di sekitar bandar Kyiv oleh beratus ribu penduduk di sana rata-ratanya beragama kristian ortodoks? Buruk sangatkah bangsa melayu ini sehinggakan harus dibina benteng-benteng daripada terus diangkat dan dimartabatkan?

Kita perlukan lebih ramai Pak Sako, kita perlukan lebih ramai Usman Awang, Pak Lan, Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Othman Kelantan, Keris Mas .... Bukan palapes seperti penulis Suamiku Paling Sweet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 8-11-2018 08:13 PM
Baca Ranjau Sepanjang Jalan pun blh buat kaka kemurungan

Tapi betul, , hakikat kehidupan begitula ...

serius kak kumari baca?bestkan kak, kisah pasal pesawah je.tapi dia punya pergi, meremang woo.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 8-11-2018 08:45 PM
Orang kita disajikan dengan kisah percintaan yang merapu-rapu, meleret-leret, hidup dalam dunia yang ...

Sokong dengan apa yg diutarakan nancy, rimas dengan hasil karya bertemakan cinta yg x membina minda generasi yg makin rapuh skrg, ditambah pula drama2 tv juga bertemakan benda yg sama....

Makin hanyut generasi kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 8-11-2018 08:47 PM
serius kak kumari baca?bestkan kak, kisah pasal pesawah je.tapi dia punya pergi, meremang woo.

Betul, sampai satu ketika berdoa ya Allah berikanlah secebis kesenangan, kemudahan pd mereka mengharungi hidup...sebab derita diorang berpanjangan, huhu

See? Karya mcm tu lah patut dihasilkan, menjentik minda, menusuk ke dalam jiwa

Bukannya karya cinta meleret2, x ada faedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu bangsa yang bertamadun punyai budaya kesasteraan nya yang tersendiri. Tak kira la dalam bentuk puisi...sajak..pementasan.
Kalao bangsa Inggeris berbangga dengan hamlet dan karya karya Shakespeare...kenapa tidak bangsa melayu?
Kekuatan kerajaan dan empayar dahulu kala selain dari kekuatan bala tentera...juga akan ada dalam empayar tersebut ahli sastera...pemuitis...penyajak yang akan menerapkan budaya asal empayar tersebut ke negara negara yang dijajah mereka.
Sastera tu penting sebagai sendi kekuatan sesuatu bangsa yang bertamadun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts

Bahan bacaan pertama saya selepas muqaddam masa kecil dulu ialah buku Hikayat Melayu (tak pasti siapa penulis) kepunyaan mak saya. Oleh kerana frasa, klausa, pemilihan perkataan klasik memerlukan daya pemahaman yang tinggi, saya akan baca berulang-kali, tanya mak saya banyak2 kali, dan rujuk Kamus Dewan. Buku tu menarik perhatian sebab ada bau (hanya pencinta buku yang tau bau tu), mak saya pun jenis suka conteng2 kat tepi buku isi-isi penting, jadi saya berminat nak tau apa yang mak tulis pada buku tu.

Masuk sekolah rendah, rumah dekat dengan perpustakaan mini bandar. Tu merupakan tempat melepak lepas balik daripada sekolah. Masa tu, bahan bacaan cinta2 tak sebanyak sekarang. Sebab saya suka membaca dan (dulu) pandai merumuskan apa yang dibaca, selalu tolong makcik buat homework sastera dia (buku-buku tulisan Rejab F.I., Hasanuddin Md Isa, Shahnon Ahmad, Khadijah Hashim, only  to name a few).

Buku-buku sastera (dan ilmiah) penting, untuk mengingatkan kita, bahasa kita juga indah, bukan semata-mata koleksi perkataan dipinjam dari bahasa lain berbanding dengan novel tulisan penulis sekarang, konon hipster, fixi, budak sekolah rendah pun tau menulis pasal kisah taboo di atas katil, penuh carutan, tulisan short form ala budak-budak wechat, apa tuuuu. Shahnon Ahmad pun tulis 'kotor' juga dalam SHIT, tapi bahasa beliau lebih kritis, dan membina pemikiran tahap KBAT. Kreativiti bukan saja diluahkan melalui bahasa jiwang2, luaskan ler lagi konteks cinta tu, i.e., baca novel Mereka Yang Tertewas.

Dannnn, pihak editorial juga kena lah memainkan peranan mereka, salah tatabahasa, frasa tunggang-langgang pun lepas jadi buku.

Psstt, sekarang susah nak jumpa koleksi buku siri pelajar di Sekolah Seri Melur, siri Sekolah Tengku Asikin, siri Gemuk dan Lima Penyiasat, siri Tiga Penyiasat Alfred Hitchcock, nak bagi anak-anak buah baca. Mana nak cari ya? Saya pun nak baca juga Budak-budak generasi Y liat sungguh nak memenuhkan buku rekod bacaan NILAM diorang!

Akhirul kalam, sokong lah buku-buku terbitan DBP ya kawan-kawan. Bukan novel cinta2 saja.

*Terima kasih mod seribulan buka thread ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chesfa at 8-11-2018 05:09 PM
hibernation replied at 8-11-2018 03:10 PM
Sokong dengan apa yg diutarakan nancy, rimas dengan hasil karya bertemakan cinta yg x membina mind ...


Telemovies dekat tv1 boleh dilayan lagi kak kumari. Tengok lah, bagus skrip nya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 9-11-2018 01:08 AM
Telemovies dekat tv1 boleh dilayan lagi kak kumari. Tengok lah, bagus skrip nya.

Yg tv1 kak kumari layan jgk, last tgk Cerita Dari Dinding lakonan wan hanafi su n aida khalida.... tapi saluran tv3, astro tu byk menghanyutkan, hiburan sia2

Maaf tt, out topic lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ni takde la peminat tegar baca karya kesusasteraan tapi memandangkan saya penah amik BM kesusasteraan masa form 6 dulu saya pun setuju ngan penyataan di atas..seharusnya para novelis sekarang tampil dengan hasil nukilan selain berunsurkan cinta monyet semata-mata..adakah masyarakat kita terlalu gemar untuk berfantasi mengharapkan kehidupan yang bahagia tapi enggan nak menghadapi realiti kesukaran untuk mengekalkan kehidupan yang stabil di mata masyarakat??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 12:39 PM | Show all posts
sastera masih penting walau semoden mana pun kehidupan hari ni. namun masih ada segelintir yang memandang sastera itu sebagai picisan.. seperti contoh yang semua orang sedia maklum, kelas sastera vs kelas sains. kelas sains dianggap pandai bijak, bidang yang menjamin masa hadapan sedangkan kelas sastera dianggap sebagai biasa-biasa, pilihan terakhir. pupuk rasa cintakan sastera seawal mungkin pada kanak-kanak, siapa tahu dengan cara itu mereka akan menghargai dan mencintai karya sastera tempatan sampai dewasa, sampai bila-bila.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy peminat subjek sastera kat sekolah2..spm pn dpt A1

Masa sekolah rendah dah habiskn baca buku sulalatus salatin walaupn agak pening nak faham bahasa klasik masa tu..

Pernah rasa sgt bangga dpt jmpa lim swee tin
Pernah cipta bnyk sajak, cerpen n pantun kat sekolah dlu2 tp skrg smua dah bkubur..rindunya nk berkarya

buah langsat kuning mencelah
keduduk tidak berbunga lagi
sudah dapat gading bertuah
tanduk tidak berguna lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 04:19 PM | Show all posts
saya vote penting.
sebab, sastera ni lah kebanggaan org melayu.

tapi saya dah terjebak dengan gaya penulisan novel2 sekarang dimana penulisannya yang santai dan banyak menggunakan bahasa pasar. last buku yg berunsur sastera yang saya baca is Salina.
mungkin cara untuk mengekalkan sastera supaya tak ditelan zaman, penulis2 sekarang harus menerapkan sedikit unsur sastera dalam novel, tak banyak, sedikit pun jadilah.
harus diakui, buku sastera ni susah nak dapat tempat dihati remaja sekarang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.346206 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list