Dalam mencari pasangan hidup, kebanyakan orang akan mempunyai beberapa kriteria lelaki atau perempuan idaman. Bagi seorang lelaki, semestinya ramai yang inginkan isteri yang cantik, lemah lembut dan pandai menjaga hati mereka. Begitu juga sebaliknya, perempuan amat memerlukan lelaki yang bukan sahaja elok rupa paras tetapi seorang suami yang bertanggung jawab.
Kredit foto: Google (Gambar Hiasan)
Dalam Islam, ada empat kriteria yang wajib diletakkan jika seseorang ingin mencari pasangan hidup iaitu dengan melihat ketaatan seseorang itu pada agama, keturunannya, kecantikan atau ketampanan dan harta yang dimiliki. Yang paling utama, pilihlah wanita atau lelaki yang taat kepada agama, barulah diikuti dengan yang lain. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini, ramai dalam kalangan kita yang lebih tertarik kepada rupa paras bak kata pepatah, 'dari mata, turun ke hati'.
Seorang penguna twitter ini telah memuat naik satu status bagi memberi respon kepada status seorang pengguna twitter yang lain. Dia tidak bersetuju apabila lelaki tersebut beranggapan kebanyakan lelaki akan memandang pada sikap terlebih dahulu berbanding rupa seorang wanita yang ingin dijadikan pasangan. Dia sejujurnya mengakui akan melihat kepada rupa terlebih dahulu dan barulah mengenali sikap seorang wanita.
Pilih isteri pun macam pilih baju
Kebanyakan netizen bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh lelaki ini. Ibarat kita memilih baju yang ingin dibeli, semestinya kita akan mencari yang paling menarik dan cantik pada pandangan mata, barulah mencuba dan membelinya. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup. Kecantikan dan ketampanan adalah sesuatu yang akan dilihat terlebih dahulu berbanding dengan sikap seseorang.
Macam tak adil pula!
Ada netizen yang merasakan ia tidak adil jika rupa seseorang menjadi kayu ukur dalam memilih pasangan. Memang kesianlah kepada sesiapa yang tidak mempunyai rupa paras yang cantik atau tampan tetapi mempunyai hati budi yang baik. Tetapi, benarlah kata lelaki ini. Cantik itu subjektif!
Kalau dah tua, masih sayang ke?
Bagaimana pula jika rupa yang cantik itu tiba-tiba bertukar hodoh? Adakah pasangan akan menerima dan tetap menyayangi pasangannya seperti dulu? Netizen ini cuba mendapatkan jawapan daripada lelaki ini kerana dia dengan jujurnya lebih mementingkan rupa paras berbanding sikap dalam mencari jodohnya.
Ada yang jatuh cinta bukan kerana rupa
Tetapi ada netizen lelaki yang tidak bersetuju dan lebih mementingkan sikap berbanding paras rupa. Tetapi dibalas dengan kata-kata daripada netizen ini.
Masing-masing ada pilihan tersendiri
Biasalah tu, masing-masing mempunyai kriteria tersendiri. Netizen wanita ini juga mengaku yang dia akan melihat kepada rupa lelaki yang ingin dikenalinya dengan lebih rapat. Tetapi, ada netizen yang tidak memandang rupa tetapi sukakan lelaki yang kelakar biarpun rupanya biasa-biasa sahaja.
Apa-apa pun, ia terpulang pada pandangan masing-masing. Jika rupa paras yang menjadi keutamaan, terimalah apa jua sikap pasangan yang dipilih dengan hati yang terbuka. Kebahagiaan seseorang terletak pada hati yang ikhlas dan menerima apa jua kelebihan dan kekurangan pasangan. Setuju tak? - CARI |