CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14465|Reply: 46

Persediaan Awal Sebelum Bersara

[Copy link]
Post time 13-11-2018 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 5-12-2018 12:22 PM

Kurangnya kesedaran tentang persediaan kewangan awal sebelum bersara berkemungkinan besar akan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas bersara.

Rata-rata individu tidak mementingkan untuk memulakan simpanan awal sebelum menjangkau usia persaraan. Menjadikan faktor usia yang masih muda dan terlalu awal untuk mula menyimpan secara tidak langsung menjadi punca sumber kewangan semasa bersara tidak mencukupi.

Statistik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan hanya 18 peratus ahli yang mencapai sasaran minimum yang ditetapkan KWSP, iaitu sebanyak RM228,000 pada usia 55 tahun.

Dengan andaian jangka hayat rakyat Malaysia seseorang itu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya 20 tahun selepas persaraan demi menampung kos sara hidup.

Manakala, menjelang 2035 pula jumlah penduduk berusia lebih daripada 65 orang akan menjadi 15 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. Perangkaan ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang meningkat dewasa dan bakal mencapai status negara tua. Hal ini, amat membimbangkan sekiranya masih ramai individu tidak lakukan persediaan awal demi menjamin kewangan kukuh semasa bersara.

Kebanyakan individu hanya bergantung harap pada Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan persaraan mereka. Walaupun, statistik sehingga 2015 menunjukkan bahawa lebih daripada 68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Bersedia untuk bersara beerti mempunyai ada jaminan kewangan. Maka adalah penting untuk seseorang individu mencari alternatif lain seperti mencarumkan diri dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai persediaan sebelum bersara. Mulakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji setiap bulan secara konsisten hingga sampai ke tempoh persaraan.

Simpanan tambahan melalui PRS sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan
jumlah simpanan persaraan anda sebanyak 33 peratus setelah ditambah dengan caruman KWSP anda dan majikan. Masih belum terlambat untuk anda membuat persediaan awal bersara. Mulakan simpanan anda sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Den ado pencen nanti.....insyallah kalo cukup TTP - Tempoh Tamat Perkhidmatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 11:24 AM | Show all posts
PristineOne replied at 13-11-2018 11:02 AM
Den ado pencen nanti.....insyallah kalo cukup TTP - Tempoh Tamat Perkhidmatan

Untuk penjawat awam bertuah kerana mempunyai pencen tetap setiap bulan. Namun jika ingin jadikan skim persaraan swasta sebagai simpanan tambahan juga tiada masalah. Demi menjamin kewangan persaraan yang kukuh.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:46 PM | Show all posts
saya akan ke kuala lumpur minta sedekah.. orang kuala lumpur pemurah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:47 PM | Show all posts
pencen pencen juga.. minta sedekah pun masyukk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 02:00 PM | Show all posts
dubuk replied at 13-11-2018 01:46 PM
saya akan ke kuala lumpur minta sedekah.. orang kuala lumpur pemurah..

Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang meminta.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
This is good
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 13-11-2018 05:46 AM
saya akan ke kuala lumpur minta sedekah.. orang kuala lumpur pemurah..

uishhh tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta like TT mentioned
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 08:55 PM | Show all posts
adila39 replied at 21-12-2018 06:01 PM
uishhh tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta like TT mentioned

haha.. baik.. saya sudah insaf..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2018 04:07 PM | Show all posts

Thanks a lot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2019 11:47 AM | Show all posts
ramai lah pengemis yang kena tangkap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 03:20 PM | Show all posts
nurulazzah05 replied at 10-1-2019 11:47 AM
ramai lah pengemis yang kena tangkap...

What do you mean by that?

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 01:25 PM | Show all posts
Wang EPF yang direinvest utk tambah income seperti masukkan sebahagian simpanan EPF ke ASB, Tabung haji.
- Persiapkan ilmu asas perniagaan seperti berniaga makanan atau produk dari runah yg tak perlukan modak yg besar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 01:28 PM | Show all posts
Umur dah 40-an ni, hutang makin langsai... lepas ni nak menabung pula utk hari tua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2019 04:19 PM | Show all posts
zoomin replied at 4-4-2019 01:25 PM
Wang EPF yang direinvest utk tambah income seperti masukkan sebahagian simpanan EPF ke ASB, Tabung h ...

Thanks for your opinion dan saya sangat setuju dengan cadangan tersebut kerana kebanyakan mereka menggunakan kesemua wang epf hanya dalam tempoh beberapa tahun selepas bersara. Tidak tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan betul adalah puncannya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2019 04:20 PM | Show all posts
honey76 replied at 4-4-2019 01:28 PM
Umur dah 40-an ni, hutang makin langsai... lepas ni nak menabung pula utk hari tua...

Alhamdulillah by 40 jika dah mampu melangsaikan segala hutang. Semoga berjaya menabung untuk hari tua.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy bercadang simpan duit EPF dlm ASB&TH. cuma gunakan dividen&hibah..kena berjimat sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 11:51 AM | Show all posts
None68 replied at 1-6-2019 10:52 PM
Sy bercadang simpan duit EPF dlm ASB&TH. cuma gunakan dividen&hibah..kena berjimat sebaik mungkin.

Setuju dengan cadangan tersebut. Namun sukar untuk beri kesedaran kewangan kepada para pesara kerana kebanyakan mereka menghabiskan duit KWSP dalam tempoh yang singkat. Menurut laporan KWSP menyatakan bahawa 50% pesara menghabiskan semua wang simpanan mereka dalam jangka masa 5 tahun setelah bersara.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2019 03:12 PM | Show all posts
Lagi 14 tahun nak pencen. Sekejap Je masa berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2019 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
easicircle replied at 3-6-2019 11:51 AM
Setuju dengan cadangan tersebut. Namun sukar untuk beri kesedaran kewangan kepada para pesara kera ...

Nak mendisiplinkan diri tu yg payah..dah duit dlm tangan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.125803 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list