Faedah daripada hadis.
Kami nyatakan beberapa faedah daripada hadis ini :
Para ulama bersepakat bahawa puasa hari ‘Asyura adalah sunnah bukan wajib
Orang Muslim lebih layak untuk Nabi Musa berbanding orang Yahudi sendiri.
Nabi pun memperingati hari tenggelamnya Firaun bebasnya Nabi Musa dengan melakukan puasa 'Asyura sebagai tanda syukur.
Kesimpulannya, kisah Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun pada hari Asyura’ adalah hadis yang sahih lagi thabit. Kami menyatakan di sini kisah bagaimana Firaun ditenggelamkan. Firman Allah SWT :
وَجَـٰوَزْنَا بِبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱلْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُۥ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدْرَكَهُ ٱلْغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتْ بِهِۦ بَنُوٓا۟ إِسْرَٰٓءِيلَ وَأَنَا۠ مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya :” Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
(Surah Yunus : 90)
Semoga Allah memberi kita kefahaman yang betul di dalam agama. Wallahu’alam. |