CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3347|Reply: 8

[Pelbagai] Kesan Domino Industri Buku

[Copy link]
Post time 15-11-2018 10:14 AM | Show all posts |Read mode



Saya mendapat berita kelmarin, ada sebuah lagi syarikat penerbitan bakal gulung tikar. Pemiliknya dikhabarkan sudah menghadapi kemurungan sehingga terpaksa menelan ubat-ubatan.

Semalam, dikhabarkan penulis syarikat berkenaan marah-marah di media sosial, marahkan penerbit yang tidak dapat membayar wang royalti tetapi digantikan dalam bentuk buku.

Setakat ini yang saya dengar sudah 5 syarikat penerbitan yang ditutup. Ada syarikat penerbitan besar terpaksa melepaskan berpuluh-puluh pekerja. Dengarnya yang paling besar melepaskan hampir 200 pekerja.

Gelora dalam industri buku ini memang kuat tetapi luarannya nampak tenang. Hebat orang-orang industri buku ini menyimpan rahsia.

Namun saya perhatikan satu kelompok dalam rantai nilai industri buku ini ketinggalan tentang info semasa, samaada mereka tak diberitahu atau mereka tidak mahu ambil tahu.

Kelompok penulis atau pengkarya ini kebanyakkannya masih tidak tahu, jadi saya ambil masa hari ini nak tulis panjang-panjang untuk kefahaman kelompok ini.

Mohon tag atau share post ini agar mereka dapat baca dan hadam.

KESAN DOMINO INI BERLAKU DALAM SEMUA INDUSTRI

Sebelum saya cerita panjang, saya nak maklumkan situasi kejatuhan ini berlaku dalam semua industri. Setakat ini saya perhatikan tiada industri yang terselamat, cuma kita perlu tahu bagaimana beradaptasi dalam situasi sebegini.

Untuk memahami kesan domino ini, kita perlu faham tentang rantai nilai dalam industri buku. Secara umumnya, rantai nilai adalah laluan supply and demand.

Untuk mudah faham, rantai nilai ini adalah laluan produk sampai kepada pengguna dan laluan duit pengguna sampai kepada pemilik produk.
Untuk industri buku, secara ringkas rantai nilainya adalah :

PENULIS > PENERBIT > PENCETAK > PENGEDAR > PEKEDAI > PEMBACA

Produk bermula dari kiri ke kanan, duit pula bermula dari kanan ke kiri. Itulah laluan nilai dalam industri buku.
.
KEADAAN EKONOMI SEMASA

Kita semua maklum keadaan ekonomi sekarang. Harga barangan meningkat, namun pendapatan kita tidak bertambah.

Oleh itu, wang lebihan untuk membeli barangan mewah atau barangan kehendak semakin kurang. Dahulu kita mungkin ada lebihan RM300 sebulan untuk tengok wayang, makan sedap, dan beli buku.

Sekarang wang RM300 lebihan itu sudah tinggal RM100, bahkan ada yang tinggal RM50 sahaja. Maka bajet untuk pembelian buku menjadi antara yang pertama dipotong berbanding perbelanjaan lain.
.
KENAPA BAJET BUKU DAHULU YANG DIPOTONG?

Bukan sebab rakyat Malaysia tidak mementingkan pembacaan buku, cuma persaingannya sengit berbanding makan di restoran sedap sebulan sekali dan membeli barangan keperluan.

Lagipun pembacaan masih boleh diteruskan secara online dengan percuma, jika tak cukup mereka boleh pinjam buku di perpustakaan, atau pinjam sahaja buku kawan.
.
KUASA MEMBELI MENURUN

Apabila pembeli kurangkan bajet beli buku, maka berlakulah pengurangan KUASA MEMBELI BUKU dalam pasaran.

Bermula tahun 2014, pemain industri sudah dapat melihat penurunan nilai jualan di kedai-kedai buku, bermula dengan penurunan 10%, kemudian turan lagi 10% tahun berikutnya, dan turun lagi 10% tahun berikutnya.

Tahun 2018, jangkaan saya nilai jualan di kedai-kedai buku sudah menurun hingga 40% berbanding nilai jualan buku tahun 2014.

Ini bermakna, rangkaian kedai yang pada tahun 2014 pernah membuat jualan 10 juta setahun, hanya dapat buat jualan 6 juta sahaja pada tahun 2018. (40% ini adalah kehilangan dari jualan buku)
.
ANGKA PENURUNAN INI SANGAT KRITIKAL

Angka penurunan 40% ini penting kerana kedai buku tidak boleh mengalami kejatuhan jualan melebihi 20%, jika lebih angka 20% maka, ia akan mula memakan kos operasi kedai.

Penulis perlu faham situasi bisnes model kedai buku. Berikut adalah pembahagian kewangan kedai buku bagi contoh jualan bulanan RM100 ribu :
RM50K bayar kos buku kepada pembekal buku.

RM10K bayar sewa bangunan.
RM15K bayar gaji pekerja.
RM5K bayar bil api air.
RM10K habis kos promosi dan diskaun.
RM10K untung bulanan.

Daripada jumlah di atas, 30% adalah kos tetap. Manakala kos buku 50% wajib bayar kepada pembekal. Hanya ada baki 20% sahaja yang boleh dimanipulasi oleh pekedai buku, iaitu RM10K duit promosi dan RM10K duit untung.

Ini bermakna, apabila nilai jualan menurun 40%, maka kedai buku mula makan modal operasi. Penulis perlu faham, bagi kedai buku, modal operasi mereka yang paling besar datang dalam bentuk buku yang dipinjamkan untuk mereka berjual.

Ia dipinjamkan oleh penerbit-penerbit buku, dalam bentuk consignment atau berhutang. Apabila kedai buku makan modal operasi, maka bermulalah KESAN DOMINO KEJATUHAN INDUSTRI BUKU.
.
KESEIMBANGAN RANTAI NILAI TERGANGGU

Kedai buku mula menahan bayaran kepada pembekal, mereka mahu pusing wang yang mereka dapat sebanyak mungkin dengan harapan agar dapat membayar hutang buku hujung tahun.

Selalunya tempoh hutang buku yang diberikan adalah 60 hari sahaja, ini standardlah dalam industri buku. Namun, saya dengar ada yang hutang tidak berbayar hingga 6 bulan, ada yang hampir setahun.
.
PEMBEKAL PULA DALAM MASALAH

Apabila pembekal terima wang lambat, maka kos operasi pembekal juga menjadi masalah. Saya dengar, pembekal-pembekal otai sudah lama gulung tikar, hanya tinggal pembekal yang menjadi anak syarikat penerbit buku sahaja boleh bertahan.

Selalunya pembekal ini adalah juga penerbit buku. Jadi apabila pembekal tidak terima wang bayaran pada masanya, maka pembekal tidak boleh bayar kepada penerbit, dan penerbit pula menghadapi masalah.
.
MASALAH PENERBIT BUKU

Dalam rantai buku ini, risiko paling besar sebenarnya dipikul oleh penerbit buku. Kenapa risiko besar ditanggung penerbit buku?

Pertama, dalam rantai nilai ini, penerbit menjadi pihak paling malang kerana menanggung risiko semua pihak dalam rantai nilai.

Buku dicetak menggunakan duit penerbit, buku tak boleh jual adalah kesalahan penerbit tidak buat promosi, buku mereput dalam stor juga tanggungan penerbit dan mesti langsaikan bayaran royalti walaupun wang itu belum dikutip sepenuhnya.

Pada saya, industri buku Malaysia ini tidak sihat kerana ada satu PENYAKIT yang telah dicipta sendiri oleh penerbit buku, iaitu PENYAKIT PULANG BUKU.

Inilah penyakit paling besar yang menyebabkan keruntuhan industri buku. Ia adalah SATU LESEN BESAR, untuk mana-mana pihak yang mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah penjualan buku.
.
PENYAKIT PULANG BUKU

Berikut adalah beberapa contoh manipulasi LESEN BESAR PULANG BUKU ini :

Kedai buku boleh buat tempahan yang besar bagi sebuah judul baru, maka penerbit pun cetaklah buku ikut tempahan. Cetak 5,000 naskah dan edarkan seluruh Malaysia.

Belum cukup 2 bulan, lebih separuh naskah buku dipulangkan dengan alasan tidak dapat jual. Maka terduduklah buku tersebut mereput dalam stor.

Ada kedai buku sengaja memulangkan buku-buku ini berlori-lori kepada penerbit semata-mata untuk dapatkan 'audit akaun yang bersih'.

Akaun jadi bersih kerana syarikat tak banyak hutang. Mereka pulangkan kemudian mereka tempah semula. Ini menyebabkan penerbit/pembekal kelam kabut di stor.

KESAN DOMINO PALING BESAR

Berbalik kepada isu KESAN DOMINO, apabila sampai ke satu tahap, penerbit pun tidak boleh tahan lagi kerana kos operasi penerbit kekal berjalan, tetapi tiada pembayaran dari pekedai buku.

Maka ada penerbit mula menulis surat-surat amaran atau menghantar surat saman. Apabila ini berlaku, pihak pekedai buku mengambil keputusan menggunakan LESEN BESAR mereka, iaitu memulangkan semua buku dengan harapan dapat mengurangkan jumlah hutang.

PENERBIT TERDUDUK

Inilah yang banyak berlaku dalam industri buku kita. Buku yang berlori-lori dipulangkan kepada penerbit, tersimpan dalam stor, menyebabkan penerbit perlu memikirkan cara untuk menukar buku itu kepada wang.

Operasi syarikat perlu dibayar dahulu, royalti penulis sudah jatuh nombor dua. Selamatkan syarikat dahulu. Maka berlakulah pesta-pesta lelong sejak tahun 2015.

APA NASIB PENULIS?

Penulis adalah pihak terakhir dalam laluan duit rantai nilai. Jadi bayangkan macam paip air, sebelum sampai kepada penulis, ada 4 kepala paip lain yang lebih dahulu terbuka.

Jadi kalau air yang masuk sedikit, kepala paip air paling hujung hanya dapat titisan air sahajalah. Jadi penulis paling lambat dapat royalti, ada yang saya dengar royalti tahun 2016 pun masih belum berbayar.

Penerbit tidak ada duit, hanya ada buku yang berlonggok dalam stor. Jadi apa solusi yang ada?

SIAPA YANG SALAH?

Haaaa... anda sudah baca hingga ke tahap ini, saya pun ambil masa hampir 2 jam menulis, semata-mata nak bagi kita semua faham keadaan.

Sebenarnya tiada yang bersalah, masing-masing dalam rantai nilai itu telah berusaha sebaik mungkin. Namun situasi ekonomi sudah begitu, saiz kek pasaran sudah mengecil tetapi kita semua masih makan portion kek yang sama macam zaman 'berduit' dahulu.

SEKARANG MASA SURVIVAL

Semua pihak mahu kekal survival, kita ada masa setahun dua lagi, Insha-Allah , ia akan kembali pulih tetapi saiz pasaran tidak akan sebesar dahulu ya. Kena faham tentang saiz pasaran ini.

Bagus untuk kita faham supaya kita boleh mula gerakkan perancangan baru. Cara kerja lama sudah tidak boleh menyelesaikan masalah baru.

PENYAKIT PULANG BUKU itu, saya harap sangat kita penerbit buku sepakat boikot tahun hadapan. Mindset lama kena tukar, kita ambil pengajaran dari industri movie, tv, musik dan telekomunikasi.

Kita tawarkan bisnes model baru. Insha-Allah, industri buku boleh diselamatkan tetapi mesti kaedah baru.

SYAIZUL AMAL
CEO BLINK BOOK
(artikel ini boleh disiarkan di mana-mana)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 10:29 AM | Show all posts
masyarakat kini lebih tertumpu dengan gadjet atau pembacaan dalam talian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyarakat juga baca buku sebab nak lulus peperiksaan baik menengah atau tinggi. Membaca belum jadi satu budaya di masyarakat kita yang suka membaca bacaan ringan. Di zaman ini berapa banyak naskah bahan bacaan bahasa melayu yg terbaik atau terlaris sepanjang zaman yang telah didigitalkan ?? Kita seharusnya sudah belajar kisah syarikat Kodak yang runtuh kerana enggan menukar produk sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:21 AM | Show all posts
kalau roti gardenier expired peruncit boleh pulangkan kepada pemborong ke? cuba study industri lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buku bacaan anak2 dari obesi lg murah dari buku keluaran tempatan. Memandangkan dlm sebulan meols perlu bacakan dlm 70+- bijik buku pada anak harus la kene cari buku yg sesuai pada harga yg rendah.
Buku cerita terbitan pelangi sebijik rm5++. Buku keluaran oxford tree rm2.50 sebijik. Beli pulak 1 set total ada 75 biji buku. Jadi mmg buku dari obesi jadi pilihan lah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mzz dah lama tak beli buku. Baca dekat wattpad ja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2018 12:58 PM | Show all posts
masalah buku kat malaysia nih mahal.
kuasa beli dah la rendah. belum kira inflasi lagi.

tak boleh nak blame penerbit gak kalo buku mahal,
sebab material dan machine pun dapat mahal.
kos penerbitan dah memang tinggi.

kalo duit nilai rendah, semua benda jadi mahal.

tahun 2000an dulu, aku ada gak bajet tetap bulanan beli buku.
skang ni beli kalo tajuk menarik dan ada diskaun jer.

penerbit boleh cari alternatif jual softcopy or jual online directly.
skang ni nak hidup memang kena kreatif.
sesapa guna sistem old skool bakal kena tinggal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 03:51 PM | Show all posts
Artikel lama...

The biggest problem facing book publishing
April 15, 2012

…has nothing to do with the Justice Department or agency pricing.

No, the challenge the big book publishers are facing is that a perfect industry is being replaced by one filled with chaos and opportunity.

Perfect?

Limited shelf space plus limited competitors plus well-understood cost of creation and production meant that stability reigned. The industry was polished and understood.

For three hundred years or so, book publishing had nothing in common with technology businesses where the underlying economics of the business were questioned regularly. That meant that just about all of the creative energy in the business went into finding new content, not new business models.

Yesterday, I wrote about a short film online called Caine’s Arcade. It’s worth noting that more people have spent ten minutes watching this film in the last week than have read all but a handful of books over the same period of time. And even more profoundly, that this short film has raised almost $200,000 for the star’s college fund without really trying.

Conceptually, this is a book.

Of course there’s no paper and there’s no store and there’s no sale. Which is why people in the book industry won’t see it as a book. That’s because they grew up in an industry that never worried about technology changing what they do or how they do it.

[As I read this, I’m worried that some may think I meant that Caine’s Arcade ought to be turned into a book, written down and printed. Yikes. No, I meant that the act of finding Caine, of investing in a short film, of bringing that idea to the public–it’s stuff like that that publishers are actually quite good at–the format and the economics will change, but the risky act of bringing ideas to the public is what publishers do.]

Revolutions enable the impossible at the same time they destroy the perfect. There’s entirely too much handwringing about how the perfect book industry is no more. That’s true. It’s no longer perfect. What’s happening now, though, is the impossible.

If the companies (and the people who work for them) are going to be in this business just five years from now, they will only thrive if they understand that an entirely new business model will have to be built and understood. And it will have nothing whatsoever to do with paper. It will be about ideas.

Which is what book publishing was supposed to be about all along, right?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I beli buku yang lama2, sebab murah. Harga puluh2 ringgit tinggal rm10/rm15.
Beli sebab nak tambah kosa kata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list