CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4334|Reply: 26

Perihal Ketuanan dan Konsepnya dari Perspektif Islam

[Copy link]
Post time 22-11-2018 04:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:33 AM

KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAKYAT DARI PERSPEKTIF ISLAM
Dr. Khalif Muammar (CASIS-UTM)
pautan asal:
https://khalifmuammar.wordpress. ... Y9mncTSzkh5y2lTbxBg


Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan Melayu? Apakah konsep ini bertentangan dengan prinsip keadilan di dalam Islam? Apakah konsep ketuanan rakyat konsep yang lebih baik dan sesuai dengan ajaran Islam? Tulisan ini cuba membahas persoalan di atas secara ringkas dan padat.

Konsep ketuanan Melayu terhasil daripada pandangan jauh ke hadapan para pemimpin Melayu di zaman kemerdekaan. Mereka telah mengenalpasti adanya ancaman terhadap survival orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi. Umumnya orang Melayu bertani di kawasan luar bandar, mereka tidak berniaga, sehingga perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Tanpa hak istimewa ini dikhuatiri masyarakat Melayu akan terus terpinggir dari arus pembangunan, mereka akan merempat di negeri sendiri. Keadaan ini telahpun berlaku di beberapa negara yang mana sesuatu kaum yang merupakan  minoriti kecil boleh menguasai dan menjadi tuan kepada bangsa lain yang merupakan majoriti. Ketuanan Melayu adalah satu istilah bagi merujuk kepada hak istimewa orang Melayu. Sebagai tuan tanah dan penduduk asal, mereka berhak diberikan keistimewaan berbanding kaum-kaum lain yang datang pada zaman penjajahan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2018 04:28 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:32 AM

Namun ketuanan Melayu telah disalahtafsir menjadi Malay supremacy, yang memberi isyarat wujudnya diskriminasi dan penindasan kepada kaum lain. Ia seharusnya diterjemahkan kepada Malay ownership, sebagaimana ditegaskan oleh Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud dalam buku beliau Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (2011). Pengakuan bahawa bangsa Melayu adalah tuan rumah, tuan tanah, perlu difahami sebagai sebahagian daripada kontrak sosial ketika kemerdekaan dicapai. Ia bukan hanya kerana orang Melayu telah menduduki tanah Melayu lebih lama daripada kaum lain. Tetapi hakikat sejarah bahawa orang Melayu, yang terdiri daripada pelbagai etnik, telah membangun suatu peradaban jauh sebelum kedatangan British dan Belanda di gugusan kepulauan ini. Mereka telah memiliki dan menubuhkan banyak kerajaan atau kesultanan Islam, yang disegani sejak abad ke-11 Masehi sehingga abad ke-20. Sebagaimana ditunjukkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Historical Fact and Fiction (2011), Umat Melayu yang telah memeluk Islam sekitar seribu tahun yang lalu telah membina banyak kerajaan di wilayah-wilayah yang hari ini dikenali dengan Indonesia, Malaysia, Fatani, Singapura, Brunei, dan Selatan Filipina, kesemua kerajaan ini merupakan peradaban Melayu yang menjadi sebahagian daripada peradaban Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:28 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:38 AM

Persoalan ketuanan Melayu berada dalam ruang lingkup Siyasah Shar’iyyah. Islam memberi ruang yang cukup luas bagi para pemimpin memperkenalkan dasar dan pendekatan berdasarkan pertimbangan untuk menjaga maslahat umum. Dalam sejarah Islam, kita dapati pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar, dalam pembahagian harta ghanimah, saham kaum Muhajirin lebih besar daripada saham kaum Ansar, demikian juga peserta perang Badar memiliki saham yang lebih besar daripada orang lain, dan orang yang masuk Islam sebelum Fathu Makkah (Pembukaan Mekah) lebih besar dari yang masuk Islam setelahnya. Pendekatan yang diambil oleh Sayyidina Umar ini, meskipun berlainan daripada pendekatan Sayyidina Abu Bakr, diakui sebagai tindakan yang tepat dan adil. Selain daripada itu, menyedari perbezaan antara orang bukan Islam dengan orang Islam, Imam al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, walaupun membenarkan pelantikan orang bukan Islam sebagai menteri pelaksana (wizarat al-tanfiz) namun beliau tidak membenarkan pelantikan orang bukan Islam sebagai menteri yang melibatkan wewenang yang lebih besar (wizarat al-tafwid). Ini menunjukkan bahawa kesamarataan (equality), bukan suatu prinsip yang mutlak yang mesti dipegang oleh pemimpin Islam, sebaliknya Islam menekankan prinsip keadilan yang jelas lebih baik dan lebih utama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:36 AM

Dari sudut sains peradaban, konsep ketuanan Melayu berkaitrapat dengan konsep ‘Asabiyyah yang diutarakan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14. Ibn Khaldun, yang diiktiraf sebagai pelopor ilmu sosiologi dan falsafah sejarah, telah menggariskan bahawa untuk sesuatu tamadun dan negara itu bangkit dan menjadi kuat, ia memerlukan perpaduan dan sokongan padu bangsa yang menjadi terasnya. Dari sini kita dapat menarik kesimpulan bahawa tanpa perpaduan, solidariti, semangat kebersamaan ini bangsa Melayu tidak akan berkuasa, bahkan pemimpin/raja/sultan tidak akan wujud dan tegak disegani, dihormati oleh kawan dan lawan. Ibn Khaldun telah melihat corak yang sama pada kerajaan-kerajaan yang muncul di zamannya termasuklah yang menjadi faktor penting yang menentukan naik turunnya tamadun Islam. Rasulullah saw juga telah menggariskan bahawa kepimpinan setelah baginda mestilah dari kalangan Quraysh. Daripada hadith baginda ini Ibn Khaldun merumuskan bahawa maksud dari hadith ini bukanlah makna literal iaitu bangsa Quraysh tetapi sebenarnya ialah kedudukan kaum Quraysh yang tinggi dan penting di kalangan masyarakat Arab, sehingga hanya mereka yang dapat menyatukan bangsa Arab. Semestinya faham ‘Asabiyyah yang diutarakan oleh Ibn Khaldun berkait rapat dengan faham kebangsaaan, nasionalisme, namun ia adalah faham kebangsaan yang positif sehingga membawa kepada natijah yang positif bagi bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:48 AM

Faham ‘Asabiyyah ini tidak harus dikelirukan dengan konsep perkauman, yang juga sering dinamakan ‘asabiyyah. ‘Asabiyyah yang sering diterjemahkan kepada semangat perpaduan, social solidarity, tidak sama dengan seruan perkauman, yang telahpun wujud sejak zaman jahiliyyah lagi.
Antara slogan yang digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah adalah “tolonglah saudaramu sama ada ia zalim atau dizalimi” (unsur akhaka zaliman aw mazluman), telah ditukar oleh baginda Rasulullah saw dengan makna yang berbeza iaitu menolong orang yang zalim adalah dengan menasihati dan menegurnya agar ia tidak terus dengan kezalimannya. Penggunaan frasa ini oleh baginda menunjukkan bahawa baginda sedar ada aspek positif daripada semangat ‘Asabiyyah ini jika digunakan mengikut prinsip yang betul.

Oleh yang demikian, hadith-hadith yang menyatakan bahawa baginda mencela sikap ‘asabiyyah perlu difahami bukan sebagai celaan kepada semangat perpaduan, semangat kekitaan, tetapi celaan kepada aspek-aspek negatif dari semangat itu yang berlebihan sehingga tidak menghiraukan prinsip kebenaran dan keadilan, yang lebih tepat disebut sebagai semangat perkauman.

Jika ditelusuri dari segi akar katanya, konsep ‘Asabiyyah dari perkataan ‘asabah dan ‘usbah, bermaksud kelompok keluarga, maka ‘asabiyyah memiliki erti semangat kekeluargaan, saling bantu membantu, tanggung menanggung, tidak seperti konsep perkauman dari perkataan al-qawmiyyah yang berbangga dengan kaum sendiri dan merendahkan kaum yang lain, semangat ‘Asabiyyah boleh wujud pada unit yang kecil seperti keluarga dan suku sehinggalah kelompok masyarakat yang lebih besar seperti etnik, kaum, bangsa, negara dan ummah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:40 AM

Menyedari hal ini, Ibn Khaldun mengatakan bahawa suatu kepimpinan tidak akan tercapai tanpa kemenangan dan kemenangan hanya akan tercapai dengan ‘Asabiyyah. Beliau bahkan berkesimpulan bahawa dakwah Islam tidak akan berhasil tanpa ‘Asabiyyah. Kesimpulan ini beliau ambil setelah menganalisa hadith Rasulullah saw “Allah tidak akan mengutus seorang nabi melainkan ia seorang yang terpandang dalam kaumnya”. Kepentingan kaum ini juga dapat dilihat dalam al-Qur’an surah Hud: 91, di mana perkataan raht bermaksud kaum kerabat dan suku kaum, yang menjadi sandaran dan kekuatan seseorang manusia. Sewajarnya sebagai umat Islam kita wajib memanfaatkan hasil pemikiran Ibn Khaldun ini. Kita tidak boleh memisahkan Islam daripada bangsa yang menjadi tunjangnya. Perjuangan Islam tidak mungkin dilakukan di ruang hampa (in a vacuum), ia memerlukan sokongan bangsa. Kemampuan para pendakwah untuk menyatu dan mewarnai budaya sesuatu bangsa, sebagaimana dilakukan oleh para Wali Songo di Jawa, adalah antara faktor kejayaan mereka. Maka kekuatan bangsa dan faktor kebangsaan patut diberi perhatian dalam memperjuangkan Islam dan bukan diketepikan dan dianggap terkeluar daripada Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2018 04:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:37 AM

Adalah menjadi kewajipan ke atas pemimpin memberi perhatian kepada bangsanya, memberi hak istimewa, dengan menggunakan kuasa yang ada, yang disokong oleh Institusi Raja, yang sememangnya berdaulat sejak sekian lama, sebelum British dan sebelum digubalnya perlembagaan. Tindakan afirmatif (affirmative actions) perlu dilakukan bagi memastikan bahawa Masyarakat Cina tidak menguasai keseluruhan perdagangan dan perniagaan di negara ini. Sejak diperkenalkan DEB target yang disasarkan daripada affirmative actions ini adalah 30% ekuiti orang Melayu. Langkah-langkah ini tidak diragui lagi telah mengurangkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan Cina. Hakikatnya orang Melayu akan terpinggir dari arus pembangunan jika hak istimewa tidak diberikan. Dan ketuanan Melayu merupakan dasar yang penting bagi survival orang Melayu di tanah sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:38 AM

Ketuanan Melayu bukan dasar yang rasis apalagi chauvinis. Rasisme berkaitrapat dengan pandangan bahawa suatu bangsa, kaum atau etnik tertentu lebih unggul dan mulia (superior) daripada bangsa atau etnik yang lain.

Berbeza dengan sistem apartheid di Afrika Selatan, kaum Cina tidak dipandang hina (inferior) dan dinafikan hak mereka untuk diperlakukan secara terhormat sebagai manusia biasa. Wujudnya sekolah vernakular itu sendiri merupakan penanda aras bagaimana kaum Cina mendapat layanan yang istimewa di Malaysia, sesuatu yang tidak didapat di mana-mana negara di mana mereka adalah minoriti.

Sekolah-sekolah ini mendapat bantuan daripada kerajaan. Bahkan jika dibandingkan dengan orang Islam minoriti yang berada di negara-negara Barat, yang sering dianggap model negara liberal, keadaan kaum Cina di negara ini lebih baik, apalagi jika dibandingkan dengan negara-negara lain di timur. Daripada banyak kebaikan ini dapat disimpulkan bahawa kaum Melayu yang memerintah negeri ini tidak bersikap rasis terhadap kaum Cina. Orang Melayu telah melakukan banyak kebaikan kepada kaum minoriti, namun kebaikan mereka ini sering tidak dihargai dengan sewajarnya (taken for granted), bahkan atas nama kesamarataan (equality), kelebihan yang diberikan kepada orang Melayu pula yang dipersoalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2018 04:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:39 AM

Konsep ketuanan Melayu sering disalahfahami sebagai bermaksud orang Melayu adalah tuan kepada bangsa lain. Sebenarnya ia tidak sama sekali bermaksud demikian, kerana tiada kaum yang diperhambakan. Ia hanya bermaksud bahawa orang Melayu adalah tuan tanah, pemilik asal negeri ini yang perlu dihormati dan dikekalkan haknya. Sewajarnya Melayu menjadi tuan di bumi sendiri, keadaan ini akan membangkitkan kemuliaan (al-izzah), rasa percaya diri, yang disuntik oleh Islam dan bukan oleh sentimen perkauman. Sememangnya Islam tidak membezakan Arab dan bukan Arab, Melayu dan bukan Melayu, kelebihan dari kaca mata Islam bukan pada bangsa, kaum atau etnik mana seseorang itu berasal, Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kita (maksud hadith). Ketaqwaan yang menentukan kedudukan sebenar kita di sisi Allah (lihat surah al-Hujurat:13). Konsep ketuanan Melayu tidak boleh ditafsirkan sebagai pandangan bahawa orang Melayu lebih baik dan mulia daripada kaum lain, ia hanyalah dasar yang diambil oleh pemimpin (siyasah shar’iyyah) untuk melindungi kepentingan orang Melayu, maslahat majoriti rakyatnya, tanpa menafikan hak minoriti, agar keamanan dan kesejahteraan dapat dikecapi bersama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:40 AM

Kini terdapat ramai masyarakat yang terpengaruh dengan idea equality, mereka berpandangan bahawa seharusnya Melayu dan Cina diberikan hak sama rata, kononnya kerana Islam menjamin kesamarataan, di sini keadilan (justice, al-‘adl) dianggap sama dengan kesamarataan (equality).
Sebenarnya konsep equality ini konsep yang baru. Ia tidak dikenal melainkan setelah zaman Renaissance di Perancis, iaitu setelah munculnya konsep égalité dan egalitarianism. Equality atau kesetaraan membawa maksud kesamaan (sameness), ia mengisyaratkan penyamarataan (levelling).

Berbeza dengan equality, keadilan (justice) mengambil kira perbezaan yang sememangnya terdapat pada seseorang manusia. Pemimpin yang adil tidak akan menyamaratakan rakyatnya yang berbilang kaum, ia mengambil kira keperluan yang berbeza bagi setiap kaum. Oleh itu, seperti diungkapkan oleh Aritstotle dalam Nicomachean Ethics, antara konsep yang penting dalam keadilan adalah “to treat equals equally and unequals unequally”. Keadilan seperti ini disebut sebagai distributive justice bagi memastikan bahawa setiap orang mendapat apa yang sepatutnya ia dapat sebagai warganegara dan anak watan. Dalam Islam pun para ulama’ telah menegaskan bahawa keadilan adalah “meletakkan sesuatu pada tempatnya”, ia mengisyaratkan bahawa setiap sesuatu memiliki tempat masing-masing yang tidak sama dari segi derajat dan kepentingannya. Jelas bahawa Melayu dan Cina di negara ini tidak sama, dari segi kepemilikan, keterikatan dan sejarah, maka sewajarnya perbezaan ini diambil kira dan setiap dari mereka diberikan hak yang berlainan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:41 AM

Konsep ketuanan rakyat yang cuba diperkenalkan untuk menggantikan ketuanan Melayu adalah konsep yang bertentangan dengan ajaran Islam. Konsep ini memberi kedudukan yang teramat tinggi kepada suara rakyat. Sehingga segala tuntutan rakyat dianggap keramat dan mesti dipenuhi dan ini boleh menimbulkan ketidakstabilan. Konsep ini lahir di Barat ketika masyarakat Barat ingin keluar dari sistem beraja yang mengamalkan pemerintahan absolutis. Konsep sovereignty of the people (ketuanan rakyat) diperkenalkan dengan slogan vox populi vox dei (suara rakyat suara tuhan), bersama-sama dengan konsep one man one vote (satu orang satu undi). Jelas bahawa konsep ini tidak meraikan ilmu dan golongan ilmuwan, ia justeru meraikan golongan awam yang mudah dipengaruhi oleh penampilan luaran, provokasi dan pencitraan. Tidak wajar contohnya seorang ilmuwan disamakan dengan buruh kasar dari segi kedudukan dan kepentingannya kepada bangsa dan negara. Meskipun banyak persamaan antara keduanya, namun perbezaan yang ada, iaitu kelebihan ilmu, sudah cukup untuk kita mengangkat golongan ilmuwan dan bukan mensejajarkan mereka dengan kelompok lain.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:32 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:46 AM

Berlawanan dengan konsep ketuanan rakyat, Islam mengajarkan kita konsep Shura, di mana ilmu dan ilmuwan merupakan paksinya. Di zaman al-Khulafa’ al-Rashidun, para Sahabat telah memberi contoh bagaimana sesuatu keputusan diambil di kalangan ahl al-hall wa al-‘aqd (people of binding authority), merekalah golongan yang mewakili keseluruhan masyarakat. Shura dari segi prinsipnya berbeza dengan demokrasi, dalam Shura bukan pandangan majoriti rakyat yang diikuti dan menjadi penentu, tanpa mengambil kira hujah dan ilmu, melainkan pandangan yang benar walaupun ia datang dari segelintir orang yang diberikan oleh Allah ilmu dan hikmah. Yang diikuti dan dicari adalah kebenaran bukan pandangan orang awam. Konsep ketuanan rakyat, yang lahir daripada sistem demokrasi liberal, terlalu menitikberatkan hak (rights) dan bukan kewajipan. Sebaliknya Islam menitikberatkan kewajipan (obligations) baik kepada pemimpin mahupun kepada rakyat, sehingga apabila semua pihak menunaikan kewajipan masing-masing maka hak dan kepentingan semua pihak akan terjamin. Seorang Muslim oleh kerana itu perlu menyelidiki dan mempertimbangkan dengan saksama dan kritis sesuatu konsep asing yang sarat dengan nilai-nilai sekular sebelum diterima dan disebarkan ke dunia Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 04:32 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-11-2018 04:46 AM

Oleh kerana Islam dan Melayu adalah dua entiti yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan, dan Islam telah banyak mewarnai jiwa dan raga orang Melayu, maka perpaduan Melayu akan memberi natijah yang baik kepada kedaulatan Islam di negara ini, dan perpecahan Melayu akan membawa kepada kehancuran kedua-duanya iaitu Melayu dan Islam di negara ini. Wacana perpaduan Melayu oleh kerana itu perlu dipandang serius oleh setiap parti dan golongan. Kedaulatan Islam tidak akan terlaksana apabila masyarakat Melayu berpecah belah, tidak bersatu walaupun untuk mencapai agenda bersama. Pastinya Islam menuntut umatnya bersatu padu. Kerana Islam tidak akan berdaulat, bahkan umat Islam tidak akan dihormati dan disegani di negara ini apabila masing-masing pihak lebih mengutamakan kehendak parti dan golongan berbanding kehendak Islam.

*Sebahagian besar daripada makalah ini telah diterbitkan dalam Berita Harian, 19/5/2013.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik!

Sebenarnya tajuk ini antara yg paling berat yg sebenar2nya.

Mari lihat sudut sejarah penubuhan Malaysia pula. Bila membicarakan ketuanan melayu dan kontrak sosial yg diberikan di Malaysia utk merealisasikan kemerdekaan di tanah melayu suatu ketika dahulu, soalnya, dgn isu2 yg berbangkit kini :
1) Apakah kontrak sosial selepas ini akan membatalkan kerakyatan? Kerana bila sebut hak kesamarataan, hak kerakyatan yg terkandung di dalam perlembagaan utk mengesahkan kewujudan pemberian kontrak sosial kpd bekas2 pendatang pastinya berakhir dgn makna pelarian!
2) Negara luar akan mula campur-tangan utk tunjuk HERO termasuklah negara2 kuasa besar lain utk menaluki dan mempertahankan kepetingan2 mereka di Malaysia. Apakah mungkin, negara Malaysia kini diambang huru-hara yg disebabkan oleh KEPENTINGAN SESUATU PIHAK UTK MENGETENGAHKAN ISU YG MAHU MENYAMA-RATAKAN HAK sedangkan hak mereka semasa di Malaysia tidaklah benar2 MENYAMA-RATAKAN HAK? contoh byk, perlukah saya terangkan kenapa orang Melayu menjadi miskin sedangkan yg meminta hak menyama-ratakan hak itu sendiri tidaklah ADIL dalam makaud yg sebenar2nya?
3) bila ada cubaan utk menyama-ratakan kaum2 di Malaysia atas tajuk bangsa Malaysia, hakikatnya, bangsa Malaysia wujud atas dasar kontrak sosial semata2. Makanya, sekiranya dasar2 menyama-ratakan hak itu mula disuburkan, boleh atau tidak seorg pekerja melayu, meminta gaji yg SAMA seperti gaji pekerja cina, yakni, DI MALAYSIA hingga saat kini, masih adanya bangsa2 yg diberikan hak kerakyatan dalam kontrak sosial yg meminta hak menyama-ratakan, sedangkan mereka tidaklah MELAKSANAKANNYA meskipun diperingkat bawahan.

Kita sembang ketuanan melayu, hakikatnya tak der pun melayu yg bantu melayu. Yg melayu tahu hanyalah menyakat melayu dan kemelayuan. Kenapa ek, orang2 melayu ni BAIK DAN BODOH SGT? Pasalnya, nama aje ketuanan melayu, dijajah dan dijarah oleh orang luar SUDAHLAH LAMA, dan kini mereka2 ini jugalah yg CUBA MENUKAR LANSKAP PERLEMBAGAAN utk merealisasikan hak2 yg mana mereka juga TIDAKLAH IKHLAS DALAM MENYAMA-RATAKAN HAK demi memenuhi kehendak kontrak sosial.

Rasanya, jika ada yg cuba masukkan unsur2 yg dinamakan ICERD atau apa2 yg berkaitan, eloklah jika orang yg diusulkan itu dilucutkan kewarga-negaraannya SERTA-MERTA. ini kerana, bila ketuanan melayu selama ini MASIH BERTOLAK-ANSUR dgn hal2 yg nampak mcm tak sama-rata pun dari mereka, tetaplah mereka2 itu tidak mencetuskan situasi yg akan MENAMBAHKAN LAGI KEMARAHAN yg mana akhirnya, negara kita ini dijajah semula oleh negara2 yg merencanakan agenda2 mereka, untuk kepentingan mereka shj.

Akhir kata, setiap pembaharuan, akan berakhir dgn pembatalan sesuatu yg mana tidak akan sama sekali menguntungkan sesiapa, kerana, orang melayu itu sendiri terlalu lama bersabar yg sebenar2nya. Dan apa yg sudah dibina selama ini, hakikatnya cuba diperalatkan oleh pihak luar, dan akhirnya, sesudah ini, berlakunya pembatalan kontrak sosial yg mana, hanya melayu dan pribumi SAHAJA yg dinamakan rakyat Malaysia, dan selain dari itu dinamakan pendatang (kontrak sosial terbatal secara automatik).

Yg untungnya, ICERD ini antara cara, ketuanan melayu disimpan ditempat yg betul. Dan hak pemilikan pendatang sesudah itu pastilah mengikut perlembagaan yakni, perlu membayar kpd ketuanan melayu (levi/cukai khas) jika mahu tinggal di Malaysia.

Saya SOKONG ICERD utk jadikan bangsa selain Melayu pendatang HARAM! Mereka hanya layak dilayan cara orang melayu. Tak mau ikut, boleh balik negara sendiri (pasal tamak sgt hingga lupa asal usul dari mana). Apa yg berlaku diluar negara, patutnya dipraktikkan di Malaysia. Makanya, saya setuju ICERD, tapi dgn syarat, semua kontrak sosial terbatal, dan pendatang tak layak duduk dalam mana2 kabinet, penjawat awam dan lain2. Mereka nak berniaga di Malaysia, BOLEH TERUSKAN sebagai pendatang aje. Tak lebih dari itu. (sebab nak mintak, biarlah ADIL)!! HAHAHAHAHA.

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari study skit.

Kontrak sosial di Malaysia adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan wakil dari UMNO, MCA dan MIC yang melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.

Kontrak sosial berdasarkan andaian bahawa sebagai satu persetujuan di kalangan pemimpin atau kumpulan elit tertentu dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakkan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan kedudukan istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaan juga bersetuju dengannya[petikan diperlukan], walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian kedudukan istimewa kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).

Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan: (1) tanah rizab Bumiputera; (2) kuota dalam perkhidmatan awam; (3) kuota dalam biasiswa; (4) kuota dalam pendidikan awam; (5) kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Perlembagaan juga merangkumi unsur-unsur tradisi Melayu sebahagian identiti Negara Malaysia, itulah termasuk Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3), bahasa Melayu sebagai bahasa negara (Perkara 152), kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun banyak orang melayu, terutama orang parti UMNO merujukkan hak-hak keistimewaan tersebut adalah sebagai "rights", tetapi banyak pengkritik mendebatkan bahawa Perlembagaan tidak pernah manyebut hak istimewa orang Melayu:

There is no such thing as a racial "right" to be given special treatment. And that is not me being argumentative, it's the Constitution. You won't find "Malay rights" in the supreme law of our land, instead, you will find terms such as "special position" of Malays. The difference is more than semantics. A right implies something inalienable. A privilege on the other hand is a benefit, presumably given to those who need it. It is inconceivable that discrimination, whether affirmative or not, can be considered a right.[2]
Idea tersebut berhujah bahawa tujuan kontrak sosial adalah "untuk melindungi kaum Melayu dan mengurangkan kesan di segi ekonomi, pentadbiran dan politik daripada kaum pendatang pada masa itu", dan bukan memberi hak-hak khas kepada orang Melayu.[3]

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.[petikan diperlukan]

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka.[petikan diperlukan] Walau bagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

Justeru, kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." [4]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanya, mana2 perkara yg menyanggahi tujuan asal kemerdekaan dan hak2 ketuanan melayu, hakikatnya, perkara2 itu tidaklah susah utk dihukumkan yg sebenar2nya. Yakni, jika rasa duduk di Malaysia ini terasa mcm didiskriminasi, khususnya yg bukan bumiputera, bolehlah apply kerakyatan dinegara lain.

Kerana, impak dari ICERD berakhir dgn, org bukan bumiputera akan hilang hak utk mendaftar kelahiran anak2nya di Malaysia dan inilah impak yg akan berlaku bila cuba utk meminta sesuatu yg tidak sepatutnya berlaku.

Orang melayu ni, sikap mereka mudah aje. Alang2 nak cabar ketuanan melayu, lebih baik semua kelahiran yg mencabar ketuanan melayu bertukar kpd pendatang tanpa izin aje. Makanya, jsaya sokong ICERD dari sudut ini aje, yg lain2 itu, sendiri nak, sendiri tanggung le.

Jenis2 pengkhianat ni, kalau ada ada anak2 mereka yg baru lahir, tak perlu didaftarkan terus kerakyatan. Itu pun sudah cukup agar mereka2 ini boleh cari kerakyatan diluar negara berbanding merasa diri didiskriminasi disebabkan oleh faktor sedikit keuntungan duniawi.

Ayuh!!! Sokong le ICERD!! SENANG SIKIT NAK PUPUSKAN PENDATANG YG MAHUKAN KEADILAN dan KEMAKMURAN yg dikecapi selama ini. Huhuhu.

Itu kalau mereka (pendatang) itu rasa nak sgt ICERD le. Kalau negara luar, yg pupus itu org ronghiya, di Malaysia agak2 yg pupus itu bangsa apa? Tak caya? Try le.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 22-11-2018 10:37 PM

Selepas ICERD, sekolah2 vernakular tak akan wujud le. Yang wujud hanya sekolah yg bersifat sekular aje. Nak minta apa kalau SEMUA PERKARA tidak akan diluluskan? Hehehehehe

Pasalnya, hak2 pendatang yg diberi segala kelebihan cuba DIPERTIKAIKAN (rasa mcm tak cukup) dgn mengusulkan ICERD yg mana akan menyebabkan mereka dan keturunan mereka akan menjadi pelarian di dalam negara sendiri.

Mungkin ada negara2 luar yg akan memprotes tindakan dasar kerajaan sesudah ICERD. Akan terapi, mereka perlu mematuhi peraturan ICERD yakni, semuanya perlu dirujuk kpd jawatan-kuasa yg memahami hal ehwal itu. Jika naik mahkamah sekalipun, nak charge apa kalau negara tak benarkan mereka keluar dari negara melainkan dilucutkan hak kerakyatan sebagai membalas jasa yg diperlakukan ke atas negara yg aman dan damai selama ini.

Gi le negara Amerika ke, negara2 yg mahukan mereka! Minta le hak2 tidak didiskriminasi itu di Amerika! Kecik2 tak mau mampos, sudah besar nak susahkan diri sendiri? Huhuhu.

Islam ajar, kalau duduk dalam sebuah kawasab yg dah okey perjanjian yg dipersetujui selama ini, bila cuba minta lebih2, akibatnya, diri sendiri dan yg seangkatan dgnnya dipupuskan-Nya tanpa disedari.

Jgn marah, jika tiba2 tak leh nak keluar negara. Jgn marah jika nak daftar anak tak boleh. Pasalnya, pengkhianat yg rasa diri didiskriminsi, tak akan kemana2 sesudah ini.

Mungkin awak org2 besar, akan tetapi jgn lupa kekuatan sebenar bukan letaknya pada besarnya jawatan awak, akan tetapi amanah yg orang awam berikan utk mengurus-tadbir negara.

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 22-11-2018 10:58 PM

Saya bg cadangan.

Gamak2 rasa didiskriminasi, bila dapat anak perempuan, kahwin aje anak perempuan itu dgn lelaki melayu. Dapat le bumiputera tu le mangkuk ayun oit (anak yg dilahirkan sesudah itu). Tu pun tak rasa diri tu BANGANG. Dah nakkan sgt hak2, itu ajelah caranya. Mengaji aje tinggi2, bodoh mengalahkan keldai. Huhuhu.

Perlu ICERD ke? Tak perlu pun kalau gamak mengaji aje law tinggi2, kalau bodoh tak bertepi buat apa ye?

So, saya bagi solution yg sebenar2nya. Dan kalau BOLEH, ICERD ni tak perlu wujud pun di Malaysia. Pasalnya, ramai dah yg jadi bumiputra.(hakikatnya)

Dulu, ada kisah jiran dekat2 rumah mak ayah aje. Si lelaki melayu kawin dgn perempuan cina. Ayah cina itu okey aje. Makin tambah sayang cucu2 dia pasal cucu dah jadi bumiputra, si datuk ni lak kaya raya. Huhuhu. Tak der masaalah pun.

So, tak perlu ICERD pun dalam hal ini. Nak jadi bangsa melayu tak susah. Akan tetapi nak kekalkan keamanan negara adalah yg paling sukar yg sebenar2nya.

Allah bagi otak, tapi ramai yg tak reti guna. Pasalnya, sentimen diskriminasi tak perlu wujud jika kita itu benar2 BIJAKSANA.

Rupa2nya, selama ini, ramai yg tak tahu cara nak kekalkan keamanan negara ye? Tu pun nak kena ajar hal2 kacang goreng ni, pasal ramai yg bodoh sombong yg sebenar2nya. Dan hal ini, pernah saya maklumkan yg sebenar2 di dlm forum ini sebelum2 ini.

Jika sebelum2 ni saya pernah bagi solution tentang status anak, kini saya ingatkan kembali cara nak jadi orang melayu agar tak rasa diri didiskriminasi.

Tu pun tak faham2 sampai kesut... Hohoho
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.175016 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list