View: 4278|Reply: 2
|
Sejarah Platform Audio - Winamp
[Copy link]
|
|
Adalah tidak lengkap sejarah audio digital jika tidak menyebut Winamp.
Bagi yang tak tahu, Winamp adalah pemain media yang direka untuk pelbagai platform termasuk Microsoft Windows, Mac OS dan Android.
Pemain media ikonik hasil ciptaan Nullsoft ini adalah yang paling popular ketika "revolusi mp3" pada awal abad ke-21 ini dan telah mencapai mencapai status budaya di kalangan generasi komputer yang menyukai muzik.
Antara sebab utama Winamp menjadi pilihan adalah mudah untuk digunakan, keupayaan penyesuaian dan senibina plug-in yang kuat yang menjadi trend sehinggakan masih dapat dilihat dalam aplikasi hari ini.
Walau bagaimanapun, Winamp tidak terlepas daripada dilanda kontroversi.
Versi yang sepatutnya telah dikemas kini sering menawarkan fungsi yang yang lebih rendah (downgrade) atau dipenuhi dengan iklan-iklan (adware) membuatkan pengguna sering memilih untuk kekal dengan versi ketinggalan zaman.
Namun disebalik perkara itu dan agak unik dalam sejarah pembangunan aplikasi, Nullsoft sering memilih untuk mendengar aduan-aduan ini dan membatalkan pembangunan yang menelan masa hampir 2 tahun untuk memberikan tumpuan kepada mengemas kini versi lama yang lebih popular.
Sejarah awal Winamp
Winamp dihasilkan pada April 1997 oleh Justin Frankel dan Dmitry Boldyrev dari syarikat Nullsoft untuk Windows.
Winamp bukanlah pemain MP3 pertama untuk Windows sebaliknya perisian yang dikenali sebagai Winplay3 adalah satu-satunya pemain media yang boleh memainkan MP3 untuk Microsoft Windows ketika itu, yang dikeluarkan pada tahun 1995.
Ia menjadi popular disebabkan oleh dipenuhi dengan CD dan MP3 cetak rompak.
(WinPlay 3)
(Winamp 0.92)
[img]
[/img]
(Winamp 1.0)
Versi awal Winamp menampilkan fungsi yang sangat asas, namun versi 0.92 yang dilancarkan sebaga perisian percuma (freeware) pada Mei 1997 lebih dikenali dengan bingkai Windows standard dan bar menu serta lampu hijau bercahaya.
Versi 1.0 telah dikeluarkan pada Jun 1997 dan menyempurnakan penampilan klasik Winamp dengan penambahan penyamaan grafik, editor senarai main (playlist) dan penganalisis frekuensi mudah.
Pada pertengahan hingga akhir tahun 1990-an, Nullsoft terus mengembangkan Winamp.
Penyemakan semula utama merangkumi versi 1.4 dan 1.5 yang ditambah beberapa paparan antara muka pengguna dan penambahbaikan kegunaan, serta osiloskop untuk memaparkan bentuk gelombang trek yang sedang dimainkan.
HTTP Streaming juga ditambah untuk memenuhi ketibaan stesen Radio Internet.
Cabaran dalam mengembangkan Winamp
(Winamp 1.4)
Antara contoh kontroversi yang timbul adalah, dengan versi 1.5 di mana Nullsoft menukar lesen dari perisian percuma ke perisian kongsi (shareware).
Ini bermakna pengguna mempunyai 14 hari untuk menggunakan perisian secara percuma namun terpaksa membayar selepas tempoih tamat dengan yuran sebanyak $10 untuk menggunakannya.
Berita baik untuk pemaju ini adalah ramai yang memutuskan untuk membayar yuran yang dianggap tidak begitu mahal ini.
Sementara itu, Winamp 1.6 pula menyampaikan keupayaan penyesuaian perisian dengan sokongan plug-in.
Nullsoft sebagai sebuah syarikat menerima pendaftaran rasmi pada tahun 1998 dan perisian Winamp mula memberikan ganjaran kewangan yang baik untuk mereka.
Ini disebabkan oleh reputasi Winamp sebagai pemain mp3 paling lengkap yang terdapat di pasaran pada ketika itu.
Tetapi lebih banyak masalah telah berlaku dan pada Mac 1999, PlayMedia memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan terhadap Nullsoft.
Playmedia telah diberikan injunksi oleh Hakim Persekutuan, namun tuntutan mahkamah itu diselesaikan di luar mahkamah dengan segera dengan perjanjian pelesenan dan kerahsiaan.
Akibatnya, Nullsoft beralih kepada penyahkod ISO dari Fraunhofer Gesellschaft, pemaju format MP3.
Pada Jun 1999, Nullsoft telah dibeli oleh AOL dengan harga RM335 juta dan menjelang Jun 2000, pemain media ini melepasi jumlah 25 juta pengguna berdaftar.
Maklum balas pengguna
(Winamp 2.0)
Pada Ogos 2002, versi utama seterusnya (WinaMP3) menandakan pemisahannya daripada kod dasar Winamp 2 dengan ejaan WinaMP3.
Ia juga menawarkan banyak ciri termasuk penulisan semula pangkalan data dan perpustakaan media.
Tetapi versi 3 tidak popular di kalangan pengguna kerana ia mengalih keluar sokongan plug-in dan rangka (skins) termasuk aduan pengguna mengenai perisian baru ini yang bermasalah seperti lebih perlahan, menggunakan banyak memori atau ruang cakera.
(Winamp 5.5)
Pengguna yang masih setia dengan Winamp telah beralih kepada versi 2 sebagai tunjuk perasaan.
Winamp versi 5 dilancarkan pada tahun 2003 dan versi 5.5 pada tahun 2007.
Pengambilalihan oleh Radionomy
Pada 20 November 2013, AOL mengumumkan akan menutup Winamp.com dan perisian ini tidak lagi boleh didapati untuk muat turun serta tidak disokong oleh syarikat ini selepas tarikh tersebut.
Keesokan harinya, laporan mengatakan bahawa Microsoft berbincang dengan AOL untuk membeli Nullsoft. Walaupun diumukan, namun laman sesawang Winamp tidak ditutup seperti yang dirancangkan.
Pada Januari 2014, radio atas talian Belgium, Radionomy membeli jenama Nullsoft termasuk Winamp dan SHOUTcast, namun jumlah bayaran tidak dedahkan.
TechCrunch melaporkan penjualan Winamp dan SHOUTcast bernilai di antara RM21 hingga RM41 juta, dengan AOL memegang 12% saham dalam Radionomy.
Pada 15 Oktober 2018, CEO Radionomy, Alexandre Saboundjan mengumumkan bahawa Winamp versi baru iaitu Winamp 6 akan dilancarkan pada tahun 2019.
Ketika ini tiada maklumat terperinci tentang bagaimana rupa bentuk versi baru ini, termasuklah perkhidmatan mana yang akan menyokong perisian ini atau bagaimana versi baru aplikasi ini akan bekerjasama dengan aplikasi seperti Apple Music, Spotify atau platform audio yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Winamp ni kalau boleh integrated & managed songs & media list antara komputer ke handphone; fluids, macam iTunes tanpa hanky-panky; memang best la.
Pastu, develop apps untuk iPhone yg boleh play FLAC files, OGG files.. merecik! |
|
|
|
|
|
|
| |
|