Edited by mbhcsf at 11-12-2018 03:04 PM
- Daripada Aisyah dan Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata:
لَمَّا نَزَلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً لَهُ عَلَى وَجْهِهِ، فَإِذَا اغْتَمَّ كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ، وَهُوَ كَذَلِكَ يَقُولُ: لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى اليَهُودِ، وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ Maksudnya: “Apabila turun wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda SAW memegang bajunya sambil menutup secarik kain ke wajahnya dan saat beliau beliau mula merasa sesak, kami pun membukanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Laknat Allah ke atas orang Yahudi dan al-Nasrani yang mana mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.” [Riwayat al-Bukhari (4443)]
Hadith ini diletakkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bab sakit dan kewafatan Nabi SAW. - Daripada Aisyah R.anha berkata:
فَكَانَتْ آخِرَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى Maksudnya: “Adapun ucapan terakhir yang diucapkan oleh Baginda SAW: اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi).” [Riwayat al-Bukhari (4463)(6348)(6509) dan Muslim (2444)]
Tambahan pula, di antara wasiat Nabi SAW sebelum Baginda SAW wafat adalah berkaitan solat sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab sirah iaitu: وَأَوْصَىْ النَّاسَ، فَقَالَ: الصَّلَاةُ الصَّلَاة ُوَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانَكُمْ Maksudnya: “Peliharalah solat, peliharalah solat dan hamba-hamba yang kamu miliki.”
Di dalam perkara ini, kami cenderung kepada hadith Aisyah R.anha iaitu ucapan Nabi SAW yang terakhir sebelum Baginda SAW wafat adalah “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)”. Ini kerana, hadith atau riwayat tersebut disepakati oleh Imam al-bukhari dan Imam Muslim bahawa itu adalah ucapan Nabi SAW. Tambahan pula, ucapan tersebut diceritakan oleh Aisyah R.anha yang mana Nabi SAW wafat di rumah dan di pangkuannya. Justeru itu, beliaulah yang lebih layak untuk menceritakan perkara seperti ini. Selain itu, dikatakan ucapan Nabi SAW yang terakhir adalah “umatku, umatku”, perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana kami tidak menemui sumbernya yang sahih. Adapun ucapan Nabi SAW berkaitan laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, dan juga ucapan Nabi SAW berkaitan solat adalah diucapkan sebelum daripada Baginda SAW mengucapkan “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi).”
|