CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2496|Reply: 19

Prophet Yusof AS 's wife...who was she?

[Copy link]
Post time 13-12-2018 04:30 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-315: ISTERI KEPADA PEMBESAR MESIR DI DALAM SURAH YUSUF
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub Diterbitkan: 12 Disember 2018
sumber pautan asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2870-irsyad-al-hadith-siri-ke-315-isteri-kepada-pembesar-mesir-di-dalam-surah-yusuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2018 04:43 AM | Show all posts
Soalan:

Siapakah “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” (isteri kepada pembesar Mesir) di dalam surah Yusuf dan benarkah Nabi Yusuf berkahwin dengannya?


Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sebelum kami menjawab persoalan di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan terlebih dahulu ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang kisah nabi Yusuf AS dan isteri pembesar Mesir yang dikenali sebagai “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” (isteri kepada pembesar Mesir). Antaranya adalah:
  • Firman Allah SWT:
وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَىٰ أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا
Yusuf:21
Maksudnya: “Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak.”
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ ۖ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا
Yusuf:30
Maksudnya: “Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir berkata: Isteri al-Aziz (isteri kepada pembesar Mesir) itu memujuk hambanya (Yusuf) kerana berkehendakkan akan dirinya dan sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu telah meresap ke dalam lipatan hatinya.”
قَالَتِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ الْآنَ حَصْحَصَ الْحَقُّ أَنَا رَاوَدتُّهُ عَن نَّفْسِهِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Yusuf:51
Maksudnya: “(Isteri kepada pembesar Mesir) pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf kerana berkehendakkan dirinya (tetapi dia telah menolak) dan sesungguhnya dia daripada kalangan orang yang benar.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-12-2018 04:50 AM




Antara ahli tafsir yang menyatakan bahawa nama “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” adalah Ra’il (راعيل) ialah Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya. [Lihat: Tafsir al-Baghawi, 225/4] Selain itu, Imam al-Thabari menukilkan pendapat Ibn Ishak di dalam tafsirnya bahawa nama “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” adalah Ra’il (راعيل) [Lihat: Tafsir al-Thabari, 15/18] dan Imam al-Qurtubi juga menukilkan yang sama. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 158/9] Adapun, Imam al-Baidhawi juga ada menyatakan di dalam tafsirnya bahawa nama “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” adalah Ra’il atau Zulaikha. [Lihat: Tafsir al-Baidhawi, 159/3]



Berdasarkan soalan di atas, nama “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” adalah Ra’il binti Ra’ail (راعيل بنت رعاييل). Antara pandangan lain mengatakan bahawa namanya ialah Zalikha atau Zulaikha. Akan tetapi, yang zahir adalah Zalikha dan Zulaikha itu merupakan gelaran baginya dan bukannya namanya. [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 232/1]





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:47 AM | Show all posts
Tambahan pula, Imam Ibn Kathir menyatakan kebanyakan pandangan atau pendapat ahli tafsir ini diambil daripada ahli kitab. Maka, menjauhkan diri kita daripadanya adalah lebih baik. [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 234/1]
Selain itu, Nabi SAW pernah memberi panduan kepada kita dalam berinteraksi dengan riwayat ahli kitab ini yang mana tidak jelas akan kesahihan atau kepalsuan riwayatnya. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW:
لا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الكِتَابِ وَلا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا: آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ
Maksudnya: “Jangan kamu mempercayai ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakan mereka (kata-kata mereka). Katakanlah: “Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu.” [Riwayat al-Bukhari (7362)]




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:48 AM | Show all posts

Justeru itu, para ulama’ membahagikan hukum berinteraksi dengan riwayat ahli kitab ini kepada tiga, iaitu:
  • Pertama: Riwayatnya bertepatan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW. Riwayat seperti ini dibolehkan untuk kita mempercayainya dan bercerita tentangnya.

  • Kedua: Riwayat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi SAW. Riwayat seperti ini wajib untuk kita dustakannya dan tidak menceritakan berkaitannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

  • Ketiga: Riwayat yang tidak jelas di mana al-Quran tidak membenarkannya dan al-Quran juga tidak menafikannya. Maka riwayat seperti inilah yang dimaksudkan di dalam hadith di atas iaitu dengan mengambil langkah bertawaqquf (iaitu tidak mempercayainya dan tidak juga mendustakannya).



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:49 AM | Show all posts

Penutup
Kesimpulannya, nama “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” (isteri kepada pembesar Mesir) yang dikatakan isteri kepada pembesar Mesir itu ialah Ra’il dan kisah perkahwinannya dengan Nabi Yusuf AS ini tidak terdapat di dalam al-Quran mahupun hadith Nabi SAW. Al-Quran dan Hadith Nabi SAW tidaklah mengisbatkan atau menafikannya. Adapun Zalikha dan Zulaikha itu merupakan gelaran baginya dan bukan namanya seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Kathir.


Umum mengetahui bahawa di antara uslub al-Quran (kaedah al-Quran) adalah tidak menceritakan melainkan perkara tersebut memberi faedah atau pengajaran kepada orang yang mengetahuinya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ


Yusuf:111

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar (pengajaran) bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.”



Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mempelajari al-Quran dan sunnah Nabi SAW dalam mencontohi akhlak para nabi dan orang-orang soleh. Amin.
Wallahua'lam

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2018 04:54 AM | Show all posts
so, of course Quran is kalamullah , benda yg  trivila dan tak ada impak factor yg berkesan tak akan diceritakan oleh al Quran , yg penting ialah  inti pati pengajaran..


but  : WHO WAS  IBNU ISHAQ EXACTLY?

the real Mc Coy ...?

who was he?

sebab hmm......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 04:54 AM | Show all posts
but i have to say , Rail  is a nice name

what does it mean?
What Zalikha / Zulaikha means in Arabic?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2018 05:08 AM | Show all posts
ada dikatakan bahawa  Rasulullah saw  was more handsome  than Prophet Yusof AS

sapa yg cakap , sumber mana tak tahulah , dan diumpamakan kalau diambil satu delima, separuh delima mewakili ketampanan Rasulullah saw ( tapi dikatakan juga Allah hijabkan ...wallahu a'lam )

dan hanya 1/4 kpd Prophet Yusof AS

well...apa apa pun kan saya kira  , Allah bagi intipati pengajaran untuk kisah depa , bukannya aesthetics  of their physique, kot - yg penting pengalaman dari kisah merela , pengajaran dan amalan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 05:53 AM | Show all posts
ra 'il is quite a rare name  ye

sedap gak ....simple
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 13-12-2018 04:49 AM
Penutup
Kesimpulannya, nama “ &#1 ...

Tq for this.
I read about this years ago n cringe whenever people say sesetia Zulaikha kpd Yusof.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
May i link this thread to my thread?tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 07:05 AM | Show all posts
lagi satu pasal siapa ye, lupa nama nabi khidir tak silap ada kisah membunuh anak nelayan.. boleh kongsikan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:17 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 13-12-2018 05:56 AM
May i link this thread to my thread?tq

sure, yups.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:20 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 13-12-2018 05:55 AM
Tq for this.
I read about this years ago n cringe whenever people say sesetia Zulaikha kpd Yusof.

what s the intended connotation ye...i mean sesetia Zulaikha in what way ye....tang situ not quite clear ...

i meant Yusof AS was the victim in the incident obviously.
Zulaikha is cunning in a way. Dia tahu semua org sure marah then buat party, Yusof pun di debut kan lah ..but wow  jari tangan terputus..mesti something ...maksudnya Yusof AS ni lawa la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:21 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-12-2018 07:05 AM
lagi satu pasal siapa ye, lupa nama nabi khidir tak silap ada kisah membunuh anak nelayan.. boleh ko ...

yiu nak i tanya team Pejabat Mufti ke?

atau dah ada dalam archive depa

nanti i carikan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 13-12-2018 08:21 AM
yiu nak i tanya team Pejabat Mufti ke?

atau dah ada dalam archive depa

Boleh juga. Lepas tu minta tlg tanya amalan fatihah 41 , selawat kamilah which is banyak amalan tidak bersanad kepada hadis alquran.. kebanyakan amalan ni di amal perawat 'islam' tujuan menangkis sihir.. adakah amalan ni di bolehkan? Pe kaka faham selagi tiada pendamping jin amalan baik dibolehkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 10:55 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-12-2018 08:40 AM
Boleh juga. Lepas tu minta tlg tanya amalan fatihah 41 , selawat kamilah which is banyak amalan ti ...

Kalau amalan "tak bersanad hingga ke al Quran dan hadith', tak semesti tak boleh amal. Tapi kaedah nak beramal dengan amalan "tak bersanad hingga ke al Quran dan hadith' ialah dnngan bertalaqqi dengan orang yang mempunyai sanad amalan tersebut, baru umpphh dia punya khasiat dan fadhilat.
Kadang2 ia bersanad hingga seseorang alim. Contoh, saya ada satu sanad amalan yang bersanad hingga Imam Abu Hanifah, tak sampai Nabi pun. Ada amalan, yang bersanad sehingga rasulullah, tapi sebab yang dapat dari rasulullah tu mungkn mursyid traiqat tertentu, maka taklah dapat dicari dalam sahih bukhari. Ada juga sanad dari rasulullah yang takde dalam main kitab2 hadith, tetapi diperturun dalam keluarge mereka sahaja.

The best is to ask orang yang introduce sesuatu amalan tu, tanya sanad. Klu dia takde sanad, maka your sanad is only up top him. Kalau dia pun ambik dari buku yang penulis zaman moden yang tulis, yg dia pun tak memiliki sanad, maka your sanad akan mati sampai situ sj.

Pengalaman saya, kalau rajin mencari sanad, esp yg sampai rasulullah, insya allah akan jumpa. Especially apabila ramai kata amalan tu tak de dalam hadith.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:16 PM | Show all posts
baulu replied at 13-12-2018 10:55 AM
Kalau amalan "tak bersanad hingga ke al Quran dan hadith', tak semesti tak boleh amal. Tapi kaedah ...

no.. amalan ni tak de dalam alquran hadis.. jadi kenapa nak sanad dengan orang alim? ulamak? sedangkan rasulullah s.a.w. ahlak melambangkan isi kandung alquran dan apa yang tiada dalam alquran ada dalam hadis.


jadi amalan2 sebegini mungkin rekaan para ulamak atau imam2.. jadi soalannya dalam konteks islam dibolehkan atau tidak? kalau amalan ni bersanad daripada rasullulah s.a.w. tentu dibukukan dalam hadis..

contoh amalan2 palsu kalau puasa sekian sekian akan masuk syurga sedangkan tiada dalam hadis dan alquran .. jadi banyak pekara yang musykil.. banyak orang sudi berkongsi ilmu tapi ilmu di kongsi tak pasti asal usulnya.. contohnya selawat kamlilah.. ada yang cakap boleh ada cakap tak boleh.. wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 02:28 PM | Show all posts
Edited by baulu at 14-12-2018 02:32 PM
CiliPadiSedap replied at 13-12-2018 04:16 PM
no.. amalan ni tak de dalam alquran hadis.. jadi kenapa nak sanad dengan orang alim? ulamak? sedan ...

Boleh amal wpun tak sampai sanad sampai rasulullah.

Selagi tak langgar syariat amal je, tetap dapat pahala. Dalam Quran sendiri tidak banyak disebut secara khusus nak buat apa tetapi ayat perintah untuk buat amalan yang meminta sesuatu pada Allah & Rasulullah etc tetap ada.

Contoh...kalau nak kata semua amalan kena ada sanad hadith dia, cuba cek doa kita. Doa kita, adakah doa nabi kesemuanya dalam b arab? Atau BM, sebut nama anak itu anak ini nak mintak pas upsr etc. Kalau nak ikut hadith, mana ada upsr zaman nabi, doa upsr pun takde. The other contoh, doa naik kenderaan. Betul ke yg ada dalam buku doa tu seperti yang betul2 dalam ijazah sanad. I can tell you, tak lengkap....klu sanad lengkap lepas baca doa full dia kita kena senyum. Jadi, sebab buku tu tak record betul2 cara nabi buat, adakah tak sah, tak boleh?

Kadang tok wan kita peturun ilmu wirid2 tertentu pd kita sb dia tengok pada dia menjadi. Tu orang panggil sanad la. Cuma tak sampai nabi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.092959 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list