Edited by mbhcsf at 15-12-2018 11:01 PM
Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dalam menjawab persoalan ini, kami nukilkan daripada Syeikh Sofiyyurahman al-Mubarakpuri dalam bukunya, beliau berkata:
“Selepas Rasulullah SAW berasa tenteram daripada ancaman Khaibar selepas penaklukannya, Zainab bint Harith, isteri Salam ibn Misykam memberinya daging biri-biri panggang. Sebelum itu dia bertanya kepada orang ramai, bahagian manakah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. Telah dikatakan kepadanya bahawa bahagian yang paling disukai oleh Baginda adalah bahagian paha. Maka Zainab lalu meletakkan racun yang sangat banyak pada bahagian paha tersebut. Kemudian bahagian-bahagian lain juga diletakkan sedikit racun. Selepas itu, dia membawanya kepada Rasulullah SAW.
|