CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 3

HIKMAH HUDAIBIYYAH...

[Copy link]
Post time 17-12-2018 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Sekiranya kita pernah membaca slogan Vidi veni venci...

yg saya pasti semua  faham apa maksudnya

how about Hudaibiyah ?

adakah ruhnya sama dengan  I come I saw I conquered?

adakah ia sama dengan penaklukan

tapi ia dikatakan sebagai Fath ...pembukaan LIBERALISASI ( haa ini baru betul term ni )

why?


well bhgn pertama kalam mufti memperihalkan ini pada bhgn pertama

eloknya dirujuk juga perbezaan  KONSEP fath dalam Islam vs  penaklukan dlaam kerangka alam pandang barat

ada beza



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2018 10:43 PM | Show all posts
QALAM MUFTI #19: MAHALNYA SEBUAH KEJUJURAN…TERIMA KASIH YB HJ. KHALID SAMAD
Details
Uploaded by Mohamad Razif Mohamad Fuad
Published: 17 December 2018

sumber pautan asal:
http://muftiwp.gov.my/en/sumber/ ... _aCVCzboQnkiDYjnASU


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:43 PM | Show all posts
Saidina Umar pernah berkata:

الرُّجُوعُ إِلَى الْحَقِّ خَيْرٌ مِنَ التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ

“Kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.”

Antara hal yang semakin pudar dalam masyarakat masa kini adalah kejujuran. Kejujuran adalah satu sifat yang menzahirkan keikhlasan hati pemiliknya dalam menyatakan sesuatu. Hakikatnya, kita ada ramai pemimpin yang baik. Namun, tidak ramai yang mempunyai kepimpinan yang betul-betul baik.

Pengakuan YB Hj. Khalid Samad akan kekhilafannya, mencerminkan ciri-ciri pemimpin yang - insyaAllah - mempunyai kepimpinan yang baik. Tidak rugi untuk mengaku terkhilaf kerana fitrah manusia itu sendiri senantiasa melakukan kesilapan. Demikian jua sabda Rasulullah SAW:

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: “Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan, adalah mereka yang bertaubat.”

(Riwayat al-Tirmizi, no. 2499)

Apa yang jelas dalam fakta sejarah, Nabi SAW tidak pernah berjanji untuk memasuki Baitullah pada tahun tersebut. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam hadith no. 2581. Mungkin kerana sedikit bersemangat dalam ucapannya, YB Hj. Khalid Samad terkhilaf dalam menggunakan perkataan yang lebih sesuai (sabq al-lisan). Terima kasih YB Hj. Khalid Samad kerana membuktikan betapa mahalnya sebuah kejujuran dan betapa indahnya seorang pemimpin yang mempunyai nilai kejujuran yang tinggi.

Benar, sebaik-baik orang yang tersilap adalah bertaubat, memperbaiki kesilapan dan menjelaskan kesilapannya sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّـهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ (159) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَـٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (160.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.   Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Baqarah: 159-160)

Dalam kenyataan penuh beliau bertajuk Penjelasan Kes "Nabi Tak Tunai Janji", kami merasakan beliau benar-benar jujur dalam meluahkan apa yang tersimpan dalam hatinya. Justeru, permohonan maaf beliau kepada masyarakat wajar diterima dan bentuk kekhilafan seperti itu hendaklah dielakkan pada masa akan datang. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah serta mendapat keampunan Allah SWT. Saya akhiri penulisan ini dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.

Saya sedang menyiapkan artikel khusus berkenaan Perjanjian Hudaibiah dari sudut sejarah, fiqh dan pengajarannya. InsyaAllah akan dimuatnaik seperti biasa, di laman web www.muftiwp.gov.my. Diharapkan ianya bermanfaat buat kita semua. Apa yang telah berlaku, pasti ada hikmah daripada-Nya.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 10:44 PM | Show all posts
Dear Dr Zulkifli , mohon rasanya  kalau diluaskan konsep fath...selepas hudaibiyyah tu denga bezanya panklukan dlm kerangka alam barat ...ada beza...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.482275 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list