CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3160|Reply: 16

About HIS THRONE , Wahabi dan Persoalan Di Mana ALLah ...DR Khalif Muammar

[Copy link]
Post time 18-12-2018 05:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 15-1-2019 08:08 PM

And He it is Who has created the heavens and the earth in six days
and His Throne was on the water

[Qur’an 11:7]





Assalamualaikum


ayat ini amat menarik sebab  terdapat sebuah buku  yg mempunyai tajuk  yg sama seperti di atas ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2018 05:21 AM | Show all posts

His Throne was on Water

Edited by mbhcsf at 15-1-2019 08:08 PM

Dalam  buku tersebut dibincangkan  persoalan dan kupasan dalil naqli dan kaitannya dengan sains dan teknologi...

dan ayat tersebut mempunyai satu tarikan pada pengarang buku tersebut  kerana implikasi akidah dan kehalusan , kedalaman makna itu kalau dikupas dari aspek saintifik alam semesta ...


okay kita tak akan membicarakan di mana  Allah itu


and kat sini i nak tahu


apa kah tafsir dan kupasan tafsir ayat ini ...

dan dalam banyak element  -  alam semesta , air ...satu jirim yg boleh mengalir dan mengambil bentuk bekas ..tak tetap bentuk ....disebut dalam kalam-Nya...


so deep

but what does this ayat  implicates ye

sebab menarik ...



we are not  talking about kat mana ALlah ye sebab itu bukan saya nak bincangkan

tapi kupasan tafsir ....

it is sooo appealing ayat ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 01:36 AM | Show all posts
arasy Allah adalah makhluk maka terpulanglah bagaimana bentuknya...
dan Allah bukan makhluk......


para salaf berhenti setakat tu... kerana terbukti dlm dalil bahawa dzat Allah tek boleh dibayangkan...

maka biarkan saja, tak perlu difikir.

kenapa begini kenapa begitu...tidak perlu disoal lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 05:17 PM | Show all posts
ussopp replied at 19-12-2018 01:36 AM
arasy Allah adalah makhluk maka terpulanglah bagaimana bentuknya...
dan Allah bukan makhluk......
...

adeh, loghat laaa hang ni  mr Ussop

kot kot la hang pi hurai tafsir ayat tu

isk isk.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 04:40 PM | Show all posts
hadis nabi saw sahih bukhari muslim

arasy Allah itu di atas air dan singahsana iblis atas lautan

sesunguhnya ARASHY Allah ni adalah antara ciptaan terbesarnya, tak dpt dibanding dgn alam dunia ini, tersangat besar sbg lambang - pentadbiran kekuasaanNya

nak belajar bab arasy Allah wajib ada mursid yg akan menerangkan secara mendalam tentang
TAUHID ZAT SIFAT ASMAK AFAAL - spt dlm kitab DAARUN NAFIS karya syeikh albanjari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 10:05 AM | Show all posts
Ikan tenggiri ikan pelaga..hilang diri tuhan yg ada....dunia akhirat sama sahaja..bg..mengenal yg maha esa..

Buah nangka buah sukun
Diamek masak buat gulai
Syuhud musyahadah menjadi rukun
Sempadan kunhi zat semua terlerai

Lompat sikatak lompat...jgn terjatuh dlm perigi...kunzi takkan nak dpt...hancur mertabat tujuh d dlm diri..

Pulau oandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur tujuh mertabat sudah
Biarlah di karam baqabillahi jua

Baqa pun tiada..fana pun tiada kedua2 itu baru mkam nafsu...tuntulah....bkn mengaji..nanti..baru tahu..siapa tuhan siapa hantu..

Jgn banyak baca buku nanti dpt guru tiga suku...makrifat pun tak tau mana satu..ikut dan dia sapu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2018 10:07 AM | Show all posts
bukan senang nak tahkik tamkin YANG MAHA ESA...

esa pada syariat awam lain
esa pada tarekat lain
esa pada mertabat hakikat lain
esa pada makrifatullah lain

fahami....kerna tu wajib ada guru mursid rabbani...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 12:56 AM | Show all posts
Edited by ussopp at 6-1-2019 01:04 AM
mbhcsf replied at 19-12-2018 05:17 PM
adeh, loghat laaa hang ni  mr Ussop

kot kot la hang pi hurai tafsir ayat tu

cik mod,

anda kenal saya dan aliran saya mmg tak minat elaborate hal hal ghaib?
walopun awal awal sy di sini memang minat betul elaborate secara saintifik....

tp skrg dah lain, anda kenal saya...sy terpengaruh dgn ibnur.....huhu

anda pun tahu kami tidak berfikir untuk hal ghaib.. cukup apa yg ada.

itu disiplin yang bukan aliran saya patut pegang..tetapi semua patut pegang disiplin yang sama...bukankah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2019 02:46 PM | Show all posts
Tuhan tidak berada di alam makhluk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:07 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 15-1-2019 08:18 PM




Persoalan Tentang Pseudo Salafi


Ada yang bertanyakan saya apakah sebenarnya Aqidah para imam mazhab dan ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang lain dalam persoalan “di mana Allah”. Sebenarnyadalam persoalan ini para ulama’ dahulu telah bincangkan dengan teliti dan telah bersepakat, ia adalah perkara yang telah diijma’kan. Sebagaimana terakam dalam al-Aqidah al-Tahawiyyah oleh Abu Ja’far al-Tahawi (m.321), al-Farq Bayn al-Firaq oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (m. 429), ‘Qawa’id al-‘Aqa’id oleh Imam al-Ghazali (505), Aqa’id al-Nasafi oleh Imam al-Nasafi (537), dan banyak lagi. Teks dan kata2 4 tokoh besar ini saya lampirkan di bawah. Ia sekaligus membuktikan bahawa tuduhan ianya diambil daripada kepercayaan Syi’ah hanyalah dakwaan kosong, tiada asas sama sekali.
Inilah kitab2 Aqidah yang menjadi rujukan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah daripada 4 mazhab. Karangan mereka semua mewakili mazhab2 yang diterima pakai oleh umat Islam. Semua mereka bersepakat bahawa Tuhan tidak boleh dihadkan pada tempat tertentu, arah tertentu, kerana Tuhan bukan jisim, bukan ‘arad bukan jawhar. Perbincangan lebih lanjut boleh dirujuk dalam kitab2 tersebut dan syarah2nya yang dikenali dengan ilmu Kalam. Malangnya ilmu ini dikatakan bid’ah oleh Wahhabi, dan kitab2 di atas juga telah diselewengkan maknanya oleh ulama’-ulama’ Pseudo-Salafi.
Mereka bahkan tidak boleh menerima hakikat bahawa Imam2 besar dalam hadith seperti Imam al-Nawawi dan imam Ibn Hajar ber’aqidah dengan Aqidah Ash’ariyyah dan menuduh kedua ulama’ ini telah terpesong Aqidah wal’iyazu billah.
Kita boleh berbeza, asalkan atas dasar ilmu, dan bila berbeza berbeza lah dengan penuh adab dan sopan santun, bukan dengan cacian dan makian, kerana itu bukan Akhlak Islam. Saya sertakan juga gambar celaan yang dilontarkan kepada saya kerana mempertahankan Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah oleh mereka yang mendakwa memperjuangkan sunnah tetapi pada hakikatnya amat jauh daripada sunnah dan akhlak al-salaf al-salih.
Tiada seorang pun dari mereka berhujah dengan ilmu. Ini bermakna guru2 mereka tidak mengajarkan ilmu dan adab, hanya taassub dan fanatik buta.

https://www.facebook.com/drkhali ... 901174029806/225988



Berkenaan Persoalan : Di Mana Allah  - Satu Kupasan

Ini adalah contoh kedangkalan wacana Wahhabi (Pseudo-Salafi) dalam memperkatakan persoalan aqidah. Mereka tidak menghormati ilmu teologi (Ilmu Kalam), metafizik, dan ilmu-ilmu yang bukan daripada imam2 mereka. Mereka juga anti akal kononnya demi menjaga kemurnian agama Islam.


Hadith yang sering mereka rujuk untuk mensabitkan bahawa Allah berada di langit adalah hadith yang mana Rasulullah salla’Llah ‘alayhi wa sallam bertanya kepada seorang pengembala kambing badawi (orang tidak berpendidikan) “di mana Allah?” Badwi itu menjawab Allah di langit. Maka Nabi menyuruh untuk membebaskannya daripada perhambaan kerana ia seorang yang beriman dan tidak menyembah berhala). Perhatikan kepada siapa soalan itu ditanyakan. Rasulullah bukan bertanya kepada para Sahabat yang sudah puluhan tahun belajar tentang Islam, Rasulullah tidak bertanya soalan seumpama itu dan Sahabat tidak akan berfikir sesederhana pemikiran badawi itu. Tetapi itulah tahap pemikian orang badwi dan Rasulullah tidak meminta mereka berfikir lebih tinggi daripada itu.


Persoalannya mengapa kelompok Wahhabi ingin memaksa umat Islam berfikir seperti mereka, yang simplistik dan sangat literalis, sedangkan para ulama’ telah membahas persoalan ini dengan panjang lebar, bahawa Tuhan tidak memerlukan tempat seperti manusia dan semua makhluk yang berjisim dan memerlukan ruang? Kerana jika Tuhan bertempat sudah tentu Tuhan itu jisim, terhad dan terbatas. Pandangan seperti ini jelas bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Tuhan di langit dan di atas Arash bukan sebagai tempat (makan) tetapi sebagai kedudukan (makanah)yang tertinggi lebih tinggi dari semua makhlukNya.
Perhatikan bagaimana para ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dipelekehkan dan dipersendakan di hadapan orang awam.

Pautan asal :
https://www.facebook.com/khalif.muammar






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:13 PM | Show all posts
Jadi, pengajaran dari situasi perbahasan soalan ini ialah, anda perlu memahami Islam, AQidah dan ilmu ilmu sokongan , jgn kerena ghairah akan  na tahu  apa pandangan alternatif tapi kita sebenarnya masih bertatih terkial dalam mencari kerangka untuk membuat penilaian.

Ilmu agama ni kena belajar sepanjang hayat

ilmu fardhu kifayah  adalah ilmu lain selain fardhu ain, so yg faham Islam dah jelas

dan segala perbuatan itu  ibadat ( ini silibus menengah  rendah i think ) sekiranya niat dan perlaksanaan it mengikut syriah

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:50 PM | Show all posts
Lebih baik jadi literalis Al Quran dan Hadith kerana Al Quran dan Hadith tidak akan menyesatkan ummah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 03:04 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA : MERUJUK KEPADA SALAH FAHAM TENTANG ILMU KALAM DI DALAM BUKU IRSYAD AL-FATWA

Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) mengambil maklum penularan keratan-keratan daripada buku Irsyad al-Fatwa wa al-Ahkam (7 Jilid) yang memiliki pernyataan yang boleh disalahtafsir sebagai mengecam tradisi ilmu kalam secara umum dalam pengajaran aqidah Islam. Sebenarnya, pernyataan tersebut secara terperincinya merujuk kepada ilmu kalam yang menyeleweng daripada al-Quran dan al-Sunnah, dan daripada kaedah bahasa Arab yang betul, seperti yang dipelopori oleh golongan Mu`tazilah dan ahli falsafah yang mengutamakan akal daripada nas-nas Syarak. Kami mengiktiraf bahawa dewasa ini istilah ilmu kalam sudah sebati gelaran merujuk kepada aliran ilmu kalam Ahlu Sunnah wa al-Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al-Asy`ari an Imam Abu Mansur al-Maturidi, rahimahumallah, yang menyusun dan mengemas hujah-hujah akli dan naqli untuk membanteras golongan bid’ah. Maka, istilah ini tidak lagi merujuk kepada golongan falsafah yang sesat seperti yang dinyatakan dalam keratan-keratan tersebut. Kami juga menyokong usaha semua pihak yang menggunakan ilmu kalam untuk melawan ajaran-ajaran sesat seperti ateisme moden dan ahli falsafah materialistik yang semakin membarah dan menjauhkan manusia daripada hidup bertuhan.
Justeru, kami berharap pernyataan ini dapat menjernihkan kembali suasana dan kami memohon maaf seandainya pernyataan tersebut telah disalahfahami sehingga boleh mengeruhkan hubungan sesama Muslim.


Akhukum fillah,
SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
2 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 18 Februari 2018M


https://www.facebook.com/drzulmu ... y/1097713493701962/
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 03:06 PM | Show all posts
Lebih baik jadi literalis Al Quran dan Hadith kerana Al Quran dan Hadith tidak akan menyesatkan ummah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 10:30 PM | Show all posts
Kilokahn replied at 12-2-2019 03:06 PM
Lebih baik jadi literalis Al Quran dan Hadith kerana Al Quran dan Hadith tidak akan menyesatkan umma ...

kenape aspek litera yg saudara tekan, kan?

sudi berkongsi?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 08:55 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 13-2-2019 08:57 AM

Isu 'Di mana Allah' ni biasanya akan muncul dalam polemik perbahasan berkaitan Aqidah yang tak habis-habis...

Kenapa?

Kerana ada ayat Al-Quran sebut Allah di Langit, Allah di mana-mana, Allah Istiwa 'Ala Al-Arsh, 'Arsh Allah atas Air

Saya tulis Langit dan Air ni huruf besar sebab kita manusia TAK TAHU ZAT Langit dan Air, namun untuk kita faham betapa Hebatnya Allah..... betapa Tinggi Nya Allah...

Kalau Zat 'Langit' dan 'Air' kita tak mampu faham, sudah tentu Zat Allah lagi lah kita tak faham....

Perbincangan berkaitan Zat Allah tak akan berkesudahan bila kita cuba samakan Allah tu macam makhluk yang bertempat dan perlu ruang dan masa.....

Dalam hadith ada sebut Allah itu Masa.... ini pun kita susah nak faham.... sebab kotak pemikiran kita makhluk ada permulaan (sangkut dengan masa) dan makhluk dicipta (ada tempat)

Allah Melangkau Masa dan Tempat...  tak terfikir akal kita.... Sebab tu samada Allah di Langit, atau di mana-mana, tiada masalah pun sebab semua tempat tu Allah yang berkuasa ke atas tempat-tempat tu, dan Allah tak perlu tempat pun (Dia yang menciptakan semua tempat termasuk 'Arsh)
Allah ciptakan tempat-tempat untuk Zahirkan Kehebatan-Nya kepada mahkluknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 03:41 PM | Show all posts
Edited by Kilokahn at 13-3-2019 03:42 PM

Jika kita kata, Allah berada di atas Langit, di atas Arasy-Nya, mesti Golongan Asyairah akan bertanya kembali soalan berikut:

"Di mana Allah sebelum Langit atau Arasy dicipta?"

Berikut adalah hadith dari Kitab Sahih Ibn Hibban yang menjawab persoalan ini:

حَدَّثَناَ أَبُوْ مُوْسَى مُحَمَّد بْنِ المثنى قَالَ ثَناَ الْحَجَّاجُ (حَجَّاجُ بْنُ اْلمِنْهَالِ) قَالَ ثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ وَكِيْعِ بْنِ حُدُسٍ عَنْ عَمِّهِ أَبِيْ رَزِيْنِ اْلعُقَيْلِيِّ ( لَقِيْطِ بْنِ عَامِرِبْنِ صَبِرَةَ ) قَالَ : قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ أَيْنَ كَانَ رَبُّناَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضَ ؟ قَالَ فِى عَمَاءٍ مَا فَوْقَهُ هَوَاءٌ وَمَا تَحْتَهُ هَوَاءٌ ثُمَّ خَلَقَ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ .

Telah menceritakan kepada kami Abu Musa Muhammad bin Mutsana, Ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Hajaj bin Minhal, Ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Ya’la bin A’tha dari Waqi’ bin Hudus, dari pamannya Abi Rozin Al-Uqoili ( Laqith bin Amir bin Shobiroh ), Ia berkata :

Saya bertanya :

Ya Rasulullah, dimanakah Tuhan kita ( Allah ) berada sebelum Dia menciptakan langit  dan bumi?

Nabi menjawab berada di Awan tebal di tempat yang sangat tinggi di atas dan bawahnya ada angin kemudian Dia menciptakan Arsy ( Singgasana ) Nya di atas air.

Syarah Ibn Hibban adalah seperti berikut:

قال أبو حاتم رضي الله تعالى عنه: وهم في هذه اللفظة حماد بن سلمة من حيث "في غمام" إنما هو "في عماء" يريد به أن الخلق لا يعرفون خالقهم من حيث هم، إذ كان ولا زمان ولا مكان، ومن لا يعرف له زمان، ولا مكان، ولا شيء معه، لأنه خالقها؛ كان معرفة الخلق إياه، كأنه كان في عماء عن علم الخلق، لا أن الله كان في عماء، إذ هذا الوصف شبيه بأوصاف المخلوقين.

"Abu Hatim Al-Busti menjelaskan maksud:

"Awan yang tebal" ini bererti kita terhijab daripada pengetahuan di manakah Allah sebelum wujudnya tempat dan sebelum wujudnya masa"

Maksudnya, makhluk tak tahu di manakah Al-Khaliq sebelum ciptaan langit dan bumi

"Fe Ghamam" atau "di dalam awan" bermaksud makhluk terhijab dari pengetahuan ini.

[Sheikh Ahmad Muhammad Syakir, Tahqiq Sahih Ibn Hibban]

Maksudnya, Abu Hatim Al-Busti menjelaskan bahawa yang dimaksudkan bahawa Allah berada di awan tebal bererti bahawa makhluk terhijab tetang pengetahuan di manakah Allah sebelum terciptanya tempat dan masa (إذ كان ولا زمان ولا مكان).

Maka jika ada orang tanya di manakah Allah sebelum Langit atau Arasy dicipta, jawablah sebagaimana yang dinyatakan dalam maksud hadith ini.

"Kita tidak tahu, kerana ilmu demikian terhijab dari kami, dan kami tidak tahu apa-apa tentang pengetahuan ini.

Yang kami tahu adalah Ulama-ulama Salaf percaya bahawa Allah berada di atas Langit, di atas Arasy-Nya, dan kami dengar dan taat pendapat mereka dalam hal ini, seperti kata-kata Al-Hafiz Abu Ja'far ibn Abi Shaybah (wafat pada tahun 297 Hijrah), anak saudara kepada Abu Bakr ibn Abi Shaybah penulis Musannaf Ibn Abi Shaybah:

فهو فوق السماوات وفوق العرش بذاته متخلصا من خلقه بائنا منهم، علمه في خلقه لا يخرجون من علمه

"Dia (Allah) berada di atas langit, di atas Arasy, dengan Zat-Nya (bi-dhatihi), bebas dari makhluk-Nya, berpisah dari mereka. Ilmu-Nya meliputi setiap makhluk, dan mereka tidak terkeluar dari pengetahuan-Nya"

[Abu Ja'far Muhammad ibn Uthman ibn Abi Shaybah, Al-‘Arsh wa ma Ruwiyah Fih (العرش وما رُوي فيه ), m/s 291 - 292]


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.266365 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list