Post time 7-2-2019 08:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 7-2-2019 08:25 PM
1) menu utama nasi beriani atau nasi hujan panas atau nasi bukhari beserta daging masak black pepper, nanas masak apa Bombay ka kari ka, peha kepak ayam masak merah, kambing golek, sup tulang, isi ikan dibalut serbuk roti di goreng. Yum2
2) menu sampingan rojak mamak, bubur ayam, laksa, cendol, ABC, ais krim, buah2, pisang goreng cheese, mini murtabak, kuih traditional spt kuih lapis, kole kacang , kuih cara, pulut panggang, pulut tampal hijau pandan, atas meja ada tempenyek kacang kuda rempenyek dal kerepek ubi etc, byk betul booth
3) air panas kopi Teh, Dan berbalang2 air manis spt bandung, cincau, kelapa, katira, honey dew, Asam boy, coconut shake, macam booth hotel pasar mlm gitu
4) hiasan pelamin yg perfek tak sepesen dgn org lain utk bergambar. Ada sofa kecik utk snap picca, juga ruang utk budak2 bergambor, ada maskot atau clown belon
5) audio, DJ, Dan lagu2 kawen. Ada karaoke, bunyi sederhana x bising, kompang pakai group kompang bukan pakai kaset tau, ada tarian budak2 Dan silat. Ada perempuan dayang pengapit comel kanak2 remaja Dan dewasa
6) door gift tak kisah la, I suka telur pindang, air kotak, Dan ada bagi box n jajan, jgn bagi brg x boleh dipakai spt mug hiasan kecik buat semak Rumah. Dapat nasi kenduri bawa balik
lagi best tak payah masak mlm. Dapat telur pindang 10 ketul lagi best
7) mknn sedap air sedap layanan bagus Dan perfek bagi la salam keruk yg setarap wakakaka
Post time 7-2-2019 10:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ofcourse nasi minyak. Time musim kawen je dpt rasa. Hehe
Tapi kalau pergi kenduri kawen kat kl ni, catering yg buat lauk pun standard je mcm ayam masak merah, ayam goreng berenpah, daging msk hitam, dalca, acar buah, papadom. Air pun standard, sirap.. tak pun sirap limau or yg best skit oren sunquick.
Mana yg femli pengantin yg have2 skit tu, meriah lagilah lauk pauk dia mcm2 jenis, fevret iols fillet ikan yg kecik2 salut tepung tu.. xtau plak apa nama dia. lepas tu butter prawn, yg ni mmg iols makan ratah jela. Sbb fevret.hehe
Trend sekarang kan ada sides mcm kuih muih, apam balik rangup, donut leleh, aiskrim, laksa penang, air teh.. yg ni mmg iols dah aim, so kena makan nasik myk n lauk sikit jelah. Simpan kuota perut utk kuih2 fevret iols ni.
Ape2 pun, tak boleh lawan lah dengan kenduri zaman iols kecik2 dulu, kenduri makan berhidang. Tak payah bangun dari kerusi/lantai langsung pun. Penanggah tolong topupkan lauk kat meja/dulang. Lauk pauk pun makcik2 rewang yg masakkan, macam lauk2 kampung yg kita makan kat rumah. Nak tambah lauk pun xpe. Feel dia lain sikit. Kalau makan lauk kenduri yg pakai catering segan pulak nak bangun pergi topup lauk kan.
Post time 7-2-2019 11:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semestinya nasi minyak. Waktu kenduri je blh dapat nasi minyak. Lepas tu, ayam masak merah( yg kenduri punya special sedap sgt). Rendang tok. Air asam. Memang sedap sgt. Tu yg paling besar musim kenduri.
Tp yg seronok musim kenduri blh jumpa kawan lama n sedara mara yg jarang jumpa.
Post time 8-2-2019 07:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Suka kalau kenduri kahwin hidang makanan kampung sesuatu negeri atau daerah. Mungkin dah biasa dengan nasi minyak, lebih tertarik kalau hidangan kedua adalah nasi putih berlaukkan masakan kampung.
Kalau kenduri kahwin di Pahang, biasanya tuan rumah akan sediakan nasi putih disamping hidangan utama nasi minyak. Dan lauk nasi putih tu selalunya mengikut asal tuan rumah. Kalau sebelah Raub dan Lipis, mesti ada sambal hitam . Kalau belah Temerloh pula, sambal tempoyak sayur kampung atau sambal peparu. Kalau Pekan pulak, acar buah.
Post time 8-2-2019 08:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mesti lah lauk kenduri yg paling best!!!
Tapi iolls favourite mmg lauk kenduri belah johor sbb masa kenduri ni lauk ayam masak merah daging beryani daging kurma acar buah ni rasa dia lain. Mmg aunthentic x dpt kat kedai. Org2 kalau dtg kenduri mmg makan nasi minyak bertambah2.
Dan biasa lah kan..johor mesti ada telur pindang. Negeri lain mmg xde kan...cuma skrg ni ada lah jual kat klang valley ni...
Dannnnnnn tidak lupa jugaaa....acara kompang.
Sekarang org x main kompang dah...kalau masa budak2 dulu pengantin sampai dengan kompang tu rasa cam gah sgt sampai terpegun kalau kompang tu best. Siap ada cam rebana besar la....
kalau pasal kenduri kahwin zaman kami kecik dulu dioarang masak pakai kuali besar kat luar rumah nenek dan saudara mara masak pakai kayu api ok! Samada lauk ayam atau daging bila lepas dah masak sebab x sabar merasa keenakannya so kita ambil daun dari pokok2 kat tepi penanggah org masak tu kemudian ratah lauk yg panas atas daun tu sedapnya!
lagi satu rindu dan suka gila kat bau bunga rampai yg diracik halus semua daun tu...wangi sgt memang tunggu jer bau2 tu nak buat main dgn sedara mara yg sama umur masa tu...
daku kalau kenduri kahwin area kampung2 tu.. tak akan tak datang.. nak2 kalau buat area rumah.. laju jek daku tiba.. suka lauk pauk dari kampung... syahdunya rasa masakan kampung.. kalau mmber jemput teros tgk mana dorg buat.. kalau setakat area melaka perak sempadan2 KL ni.. mmg pasti sampai la.. dan kalau umah mentua habaq ada kenduri di kejiranan.. daku apa lagi.. time tu gak bedesup ajak balik kampung dia.. haha.. eh tapi baru sedar, daku kalau KL susah sikit nk p.. kalau satu hari tu ada dua tiga kenduri area KL, p satu ja.. malas harung jammed haaa..
daku jarang bawak balik doorgift sbb selalunya akan buang gitu jek.. paling kurang pon amek satu jek.. dan akan pesan ke husband jangan amek.. nanti berbuang..
lagi satu suke tengok pelamin.. comelnya pelamin.. dlu masa daku kawin pelamin persis kereta kuda cinderella.. cuma xde kuda jek.. ahaks.. plus skrg ni suke tgk depa yang seragam2 dari baby sampai la ke tok nenek depa semua sebenang ja..
dan kalau kenduri kahwin kat dewan akan pakai baju cotton plain.. kalau uma kampung akan pakai cotton corak2.. kalau hotel2 sah baju grand2.. hahahaaa... plus tak lupa time tu la nak melaram gelang cincin emaih bagai..
Author|Post time 8-2-2019 12:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols suka kenduri zaman iols kecik2 dulu. Makan atas gedahok orang kedah panggil. Lepas tu telur pulak balut dalam kertas tisu kaler merah. Telir masa tu telur itik. Makan pulak dalam satu talam kongsi. Klu dapat geng yg kuat makan, kita tak sempat la makan lauk tu. Habis dibedal semua. Kalau pu lat kedah, especially lkwi, zaman dulu2 ni, biasanya kurma daging, pajeri nenas, ayam masak cabai. Klu mlm, depa masak kan kerabu perut cicah ayaq asam. Zasss. La ni dah makin pupus. Sekua katering
ikut didikan arwah mak..kalu ada sedara mara kenduri dia akan hantar aku dgn kakak sbgi wakil..tolong buat keja persiapan kenduri di kemah..dari memotogn bawang smpi memarut kelapa semalaman..esok pagi blik kejap mandi siap2 blik semula utk bantu susun pinggan mangkuk apa yg patut,
bila dh besar aku pegi atas jemputan..makan tak makan tk amik pot..penah pi tgk jemputan telebih ramai dari meja..2 3 kali jgak la..meluat aku..jempt org ramai tpi persiapan tak lengkap..mcm kebulur pulak kita nk makan nasik kenduri. buat malu je..
first skali suka sbb nasi minyak dgn ayam merah
selalunya ada daging kicap/black paper skali
kalo ayam merah dia sedap dan daging dia lembut, mmg saya akan amik biz card caterer tu
lagi suka kalo ada air panas contohnya teh tarik sbb saya jarang minum ais
kalo dtg dgn ayah dia suka kalo ada bubur kacang
lagi2 suka kalo ada lauk kambing
mmg selalunya lauknya sama tapi org kahwin bukan hari2
jadi mmg excited nk pegi org kawin sbb nak makan
sejujurnya mana2 laki sume sama, dtg sbb nk makan hihi
excited jugak bila dgr bunyi kompang sbb teringat masa kahwin dulu
cuma majlis kat bandar selalunya yg main kompang tu budak2
pastu pemakaian biasa2 je jadi efek dia biasa2 jela
lain masa saya kahwin dulu kat kg, team kompang mmg org2 senior
pemakaian diorg hmpir sama dgn saya (pengantin) bertanjak bersampin, leader dia lagila nmpk berkarisma
diorg main mmg bersungguh2, hayun kompang dgn gendang tu mcm nk pegi berperang
terasa sungguh adrenalin saya kat depan tu mcm panglima mengetuai pendekar2 kat blkg
fuhhhh.........~rasa mcm nk kawin lagi la pulak heh
erm saya plak xsuka kalo ada DJ
bg saya DJ tu menyemakkan bunyi lagi2 ada karaoke
majlis nk bg berkat ada pulak makcik2 menyanyi kat dpn
kalo nk pasang lagu biar yg santai2 je xyah ada DJ pon xpe
ini DJ dgn lagu pasang kuat nk bercakap pon susah
yg paling i suka bunga telur,but nowadays payah dapat,goodies with sweets baulu bagai tu i tak gemar,telur kenduri sedap,dont know why,klu rebus sendiri tak sedap la pulak,,may be keberkatan kenduri tu