Encik Imam Express slot Astro MegaDrama
Setiap Isnin - Khamis, 10pm
saluran Astro Ria & Ria HD
Nantikan drama adaptasi novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tet yang disiarkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Mengandingkan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies. Encik Imam Ekspres akan bersiaran bermula 11 Mac 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.
JUDUL : ENCIK IMAM EKSPRES
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia
WATAK PELAKON
Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)
Elisya Sandha sebagai Atun
Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi
Ruzana Ibrahim sebagai Zura
Anne Abdullah sebagai Suriani
Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien
LAGU TEMA / OST
Ismail Izzani - Bidadari
SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES
Diya pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.
Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad kurang selesa dengan situasi keluarganya.
Awish mula rapat dengan Diya, sehingga mahu memanggilnya Umi. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.
SINOPSIS NOVEL ENCIK IMAM EKSPRES
Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.
Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.
Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil
Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.
Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!
“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.
GAMBAR PELAKON
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Engku, Tengku, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri...... orang yang ada title ni ke aje sesuai untuk didramakan?? Kami rakyat marhain nak tengok drama tentang rakyat marhain, bukan asyik berangan ke langit ke 7 aje....
Post time 12-3-2019 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dengar tajuk je dah rasa nk muntah.. belum baca sinopsis lg... kliseeeeeee.. dah la pelakonnya nya pusing2 tah org tu.. org ni... yg jd datuk datin sampai ke bibik semua pelakon yg serupa..
sama la kita semalam tenguk epi 1..mcm ok laaa..lawak gak si Fikry..dan comei sgt si Awish tu,,walaupun klise citer2 gini..maklum lah ceduk novel..tau2 laa penulis novel sekarang ni..asik nak jadi mcm citer prince princess..mcm angan2 anak dara sunti dalam tadika
ada je banyak novel2 karya sasterawan negara..novel yg berat..tapi payah nak cari pengarah, penulis skrip yg ada kredibiliti nak garapkan jadi drama hebat..ada la..mcm ranjau sepanjang jalan (contoh) lagipun selera penonton especially Melayu..emm layuuu je..so layan je la novel2 picisan ni yg pi mai pi mai tang tu
disebabkan is, iolls dah terrrrlayan.. ok jugak
1st time tgk anak org kaya 4 org tp kalau 2 org pon dh cukup - fikriaq dgn adk Fasha Sandha tu, sbb kekadang dgq loghat utghara depa
khannn...ramai pastu rasa serabut kemain dlm tuh...nak paham2 watak memasing
tula tersembuq jugak utaqa depa dua tu
nampak kegalakkan+kegedikkan abi dok qeling2 umi siap main tarik2 tudung maa
syok tgk si iyad tuh muka chom ja..tau stress pun tgk kegedikkan abg dia nk masuk jarum kat diya
tapi abi tak main kotor maaaa.....tak guna2 kan si awish untuk goda2 diya
si awish nak "peyuk"...ok ni lawak....iyad kata g la ambil kat dpur dah tau ank buah tu pelek g susah nak hadam pehal