CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 13

Bacalah bahan bacaan yang benar dan bermanfaat

[Copy link]
Post time 7-4-2019 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 7-4-2019 05:33 PM

Membaca biar dapat ilmu bermanfaat



https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/04/549371/membaca-biar-dapat-ilmu-bermanfaat

Oleh : Saudara Mohd Hilmi Ramli, Pemegang  Zamalah PhD UTM CASIS , tentang pembudayaan ilmu




Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang berlangsung, memberi ruang kepada kita merenung kembali aspek mentakrifkan budaya membaca dalam konteks budaya ilmu sebenar.





Kejayaan pesta buku dan sambutan masyarakat ialah cerminan budaya ilmu yang sihat. Walaupun ada berpandangan sambutannya tidak semeriah dan seramai seperti tahun sebelumnya, ia mungkin disebabkan faktor ekonomi. Namun, faktor itu tidak terus membatalkan makna dan tujuan sebenar budaya membaca dalam konteks budaya ilmu.





Membaca buku antara aspek penting dalam budaya ilmu, tetapi bukan satu-satu cara membudayakan ilmu. Menurut Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dalam karya edisi terkininya, Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini, budaya ilmu lebih luas daripada pembacaan, sebaliknya merangkumi cara seperti perbincangan dan pendengaran.





Menurutnya, budaya ilmu sebenar merangkumi aspek berfikir, merenung, berakhlak mulia, berani berkata benar dan menolak ingkar ilmu.



Jika mahu mencapai budaya ilmu benar dan membina masyarakat, negara serta peradaban baik dan berkekalan, kita perlu merenung kembali kerangka falsafah yang mendorong kepada budaya membaca, iaitu kenapa insan membaca buku?






Kerangka falsafah kabur, tidak sepadu atau dibuat-buat akan menghasilkan budaya membaca tidak jelas, sekali gus tidak membina budaya ilmu sebenar. Membaca pula menjadi budaya palsu dan ikut-ikutan semasa.






Insan membaca kerana ia sebahagian sifat dan kecenderungan diri mengenal serta mengetahui sesuatu. Insan dicipta dengan dwirealiti, rohani dan jasad. Melalui aspek rohani, insan mahu tahu dan kenal sesuatu realiti serta kewujudan yang hakikat perkara ini sama ada bersifat spiritual, metafizikal, sosial, politikal mahupun ekonomi.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2019 05:29 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-4-2019 05:34 PM

Fitrah manusia

Sebagai Muslim, hakikat paling tinggi mahu diketahui ialah Allah, kemudian nabi yang menyampaikan risalah wahyu, alam, ilmu, hari akhirat dan mengetahui diri insan sendiri.

Hal ingin mengetahui semua hakikat ialah fitrah asali setiap insan kerana memang bermula dalam keadaan asal mereka sebagai realiti spiritual ketika bersaksi dan membuat perjanjian dengan Tuhan pada hari alastu (hari roh membuat perjanjian depan Allah SWT). Cuma, apabila dihantar ke alam dunia, mereka lupa atau terus menafikan peristiwa asali itu.

Hal ini tidak unik kepada Islam sahaja kerana tradisi falsafah dan agama lain juga cenderung untuk tahu serta kenal hakikat berkenaan walaupun dengan cara pandangan alam mereka sendiri.

Contohnya, tradisi falsafah Yunani menyaksikan ahli falsafahnya membincangkan ketuhanan walaupun mereka sendiri tidak berupaya kenal hakikat sifat Tuhan dan meletakkan kedudukan Tuhan mereka. Namun, Tuhan mereka difalsafahkan hingga menjadi suatu abstrak. Hakikat abstrak itulah memberi makna kebahagiaan hakiki menurut pandangan mereka.

Oleh kerana insan mempunyai fitrah mengenal dan mengetahui sesuatu, membaca menjadi antara caranya. Ini bertentangan dengan teori yang mengatakan budaya membaca ialah hasil pembentukan sosial (social construct) oleh masyarakat.

Dalam teori itu, disebabkan insan tertindas atau sentiasa berkelahi, maka mereka perlu membaca sesuatu untuk memberi inspirasi bagaimana boleh keluar daripada keadaan tertindas, melawan penindas dan seterusnya menuntut hak yang mereka dakwa sebagai kaum tertindas.

Bagi mereka, gesaan membaca ialah sebab akibat penindasan yang didakwa, bukan fitrah asali setiap insan. Jika hal itu difahami, membaca bukan tujuan kekal dan tinggi, melainkan hanya tujuan sempit bersifat ‘ke-disini-kinian’ dan terhad kepada ideologi kelompok sosiopolitikal golongan tertentu.

Membaca dengan erti kata benar, tidak boleh terpisah dengan proses berfikir kerana ia kegiatan membabitkan mata fizikal sebagai pancaindera utama untuk mencerap maklumat atau objek ilmu di luar insan.

Mata fizikal boleh mencerap sahaja, tetapi tidak boleh menilai dan mentafsirkan maklumat serta objek ilmu itu. Menurut Imam al-Ghazali, mata fizikal mempunyai sekutunya yang bersifat spiritual, iaitu mata hati. Mata hati dikenali juga sebagai akal, roh, qalb atau nafs yang berfungsi menilai dan mentafsir objek ilmu. Mata hati yang jika berfungsi khusus untuk tugas mengatur hujah, membuat kesimpulan dan menganalisis hujah, dikenali sebagai akal.

Buku atau kitab hanya sebagai alat dan wahana untuk insan mengetahui sesuatu. Kandungan buku yang mengandungi idea mewakili suatu objek ilmu. Jadi, kita boleh bezakan dua perkara, iaitu pertama, insan dengan dwirealitinya, rohani dan jasad, sebagai subjek yang ingin tahu sesuatu, Kedua, idea atau kandungan dalam buku atau kitab sebagai objek yang ingin diketahui.

Dalam tradisi Islam, objek ilmu luas. Secara umum, Allah SWT menurunkan dua kitab, iaitu kitab bertulis, al-Quran dan kitab terbuka, alam semesta. Al-Quran sebagai kitab penuh mukjizat diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ialah kitab yang sarat dengan ilmu, hukum dan panduan, sekali gus menjadi objek kajian dan penyelidikan.

Alam semesta mengandungi sesuatu perlu direnungi umat manusia. Segala ciptaan tidak dicipta secara sia-sia dan bukan menunjukkan diri ciptaan itu sendiri, sebaliknya tanda atau alamat menunjuk kepada suatu lebih hakiki dan tinggi.

Kerangka falsafah membaca melalui pandangan alam agama sangat penting kerana tujuan akhir membaca ialah memperoleh ilmu untuk memperelokkan diri. Memperoleh ilmu benar ada implikasinya kepada diri dan masyarakat secara keseluruhan.

Tidak dinafikan ada tujuan membaca yang ringan seperti merehatkan minda, mempelajari seni, bahasa atau kemahiran, menyelesaikan masalah harian atau mendapat motivasi, tujuan ringan itu tidak menafikan tujuan lebih tinggi dan mulia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2019 05:31 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 7-4-2019 05:35 PM

Takrif ilmu

Perihal dan tujuan memperoleh ilmu benar ditekankan dalam budaya membaca kerana ilmu itu sendiri suatu sifat dalaman insan yang memberi keyakinan. Ilmu tidak sama dengan maklumat kerana ilmu ialah ketibaan makna atas diri serempak dengan tiba dirinya atas makna.

Takrif ilmu itu dibincangkan ramai pemikir Islam seperti Sayf al-Din al-Amidi, al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi dan dirumuskan dengan sepadu Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Apabila insan memiliki ilmu benar, dia akan cuba sebaik mungkin berkelakuan baik menuruti makna dan tujuan ilmu itu. Ini termasuk pemilihan bahan bacaan bermutu tinggi yang membina pemikiran dan akhlaknya.

Buku yang menuntut insan berfikir memang susah difahami kerana objek ilmu dalam buku suatu yang bersifat spiritual dan metafizikal, sesuai dengan diri insan yang mempunyai realiti spiritual.

Dalam hal ini, budaya membaca yang mendorong ke arah pemikiran benar dan tinggi perlu dipupuk. Buku hanya alat atau bahan bacaan dan tidak semestinya buku ilmiah perlu dalam bentuk serius dan kaku, bahkan boleh dalam bentuk komik, majalah, dan dalam talian. Semua ini perlu berpandukan kerangka faham dan tujuan ilmu yang benar serta kreativiti dalam mengolah bahan ilmiah berkenaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2019 07:14 PM | Show all posts
so, membaca itu aktiviti bersikap aqali dan  ruhani dan  atas sebab inilah pilihlah bahan bacaan dan bacalah benda yg membuatkan timbangan kita berat di sanaa......
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Insya allah.. satu perkongsian yang bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Terima kasih tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2019 06:23 PM | Show all posts
Kajian ilmu ambil kira nilai kerohanian

Oleh Mohd Hilmi bin Ramli
[email protected]


Kita bersetuju membaca bertujuan mendapat ilmu bermanfaat. Oleh itu, apabila Menteri Pendidikan melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan bermula 2021 hingga 2030, ia usaha tepat dan wajar dipuji kerana bertujuan memupuk budaya membaca yang lebih giat dan semarak.

Namun, mana-mana usaha baik kerajaan akan berjalan dengan baik dan mencapai matlamat tertinggi jika didasari prasyarat kerangka berfikir dan amalan sepadu.

Ini dikukuhkan dengan pentakrifan yang jelas mengenai inti pati utama usaha itu.

Hal itu dihuraikan dengan baik kumpulan sarjana, pendidik, aktivis dan ahli masyarakat berwibawa.

Jika prasyarat utama tiada, mana-mana usaha kerajaan yang baik akan diselewengkan dan disalah faham, lalu tujuan asal tidak akan tercapai, malah mungkin akan menghasilkan budaya bertentangan.

Latar belakang kepada Dekad Membaca Kebangsaan yang ingin digerakkan berasaskan kepada dua pernyataan masalah. Pertama, tahap celik rakyat Malaysia masih rendah hingga The World’s Most Literate Nation pada 2016 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-53, jauh di belakang negara jiran Singapura (36).

Kedua, tabiat membaca rakyat Malaysia hanya 15 buku setahun. Kajian Tabiat Membaca oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2014, mendapati rakyat membaca 15 buah buku setahun. Kajian itu menunjukkan bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah majalah sebanyak 62.8 peratus; akhbar (61.2); buku ilmiah (54.8); novel dan fiksyen (47); bahan dalam talian (46.4); buku bukan fiksyen (29.9 ), komik (25.3 peratus) dan jurnal (19.9 peratus).

Menarik diperhatikan statistik buku ilmiah menjadi pilihan ketiga tertinggi dalam senarai bahan bacaan.

Namun, takrif buku ilmiah tidak dijelaskan. Ada aspek ilmiah dalam buku berbentuk novel, fiksyen, bukan fiksyen, dalam talian, jurnal dan komik.

Sebenarnya ada juga aspek bertentangan dengan pemahaman ilmu dalam kategori buku ilmiah, seperti buku yang menyebarkan aspek keraguan dan idea bertentangan dengan hukum akal serta wibawa ilmu dalam hal agama, bangsa dan negara.

Berkaitan statistik itu, kajian tabiat membaca mempunyai sejarah tersendiri. Sebelum 2014, sudah ada kajian sama dilakukan pada 2005, yang mendapati rakyat Malaysia membaca sebanyak dua buku setahun.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 06:24 PM | Show all posts
Tabiat membaca rendah

Malah, usaha awal berkenaan sebenarnya bermula sejak 1984, apabila kajian Allahyarham Prof Atan Long mendapati rakyat Malaysia membaca dua muka surat sahaja setahun.

Apa yang kita boleh tafsirkan daripada kajian berterusan itu? Kita boleh tafsirkan kaedah kuantitatif digunakan secara dominan, dalam mengukur tabiat membaca rakyat Malaysia.

Dari tahun ke tahun, tabiat membaca diukur sejauh mana
jumlah buku yang dibaca. Namun, apa kandungan dan tujuan tertinggi membaca tidak pernah dijadikan kayu ukur.

Kaedah kuantitatif secara umumnya bermaksud sesuatu makna dan tujuan realiti diukur menggunakan kaedah numerikal dan statistik. Melalui kaedah ini, budaya ilmu dikatakan berjaya dan benar berdasarkan jumlah produktiviti yang terbanyak digunakan.

Kaedah ini mudah untuk mengukur popularnya sesuatu realiti berdasarkan jumlah banyak dan tinggi. Ia secara umumnya tidak bermasalah dalam tradisi ilmu, tetapi sekiranya dijadikan satu-satunya kaedah sah dan benar dalam mengukur budaya ilmu dengan menafikan aspek kualiti, ia menyempitkan makna dan tujuan budaya ilmu itu sendiri.

Kecenderungan melampau untuk menyukat produktiviti melalui kaedah kuantitatif semata-mata berlaku juga di pusat pengajian tinggi, yang sepatutnya memainkan peranan sepadu dalam budaya ilmu.

Sehinggakan penilaian keilmuan dan naik pangkat hanya diukur jumlah penerbitan dan jumlah geran diperoleh.

Dalam kerangka faham ilmu, tiada dikotomi antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif penting kerana ia mengukur sesuatu perkara secara empirikal dan objektif. Namun, ia bukan satu-satunya kaedah muktamad.

Budaya ilmu sebenar tidak dapat diukur melalui kaedah kuantitatif semata-mata. Apabila hampir 30 tahun Kajian Tabiat Membaca diadakan, sasaran dan tujuannya masih bersifat kuantitif. Apakah dengan jumlah buku bertambah, ia memberi maksud masyarakat juga sudah berilmu?

Ilmu ialah perihal bersifat kerohanian. Apabila bersifat kerohanian, ia mempunyai makna yang hadir ke dalam diri insan serempak dengan tibanya diri insan ke atas makna itu. Ia duduk menetap dalam diri insan.

Apa yang berada di luar diri insan ialah objek ilmu, seperti buku, kertas, perpustakaan, data, maklumat dan alam itu sendiri. Ahli pemikir Islam giat membincangkan ilmu ini, hingga muncul tiga mazhab besar dalam mengenali apa itu ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2019 06:26 PM | Show all posts
Mazhab mengenai ilmu

Mazhab pertama diwakili Fakhr al-Din al-Razi yang berpandangan ilmu suatu yang daruri. Ia bermaksud ilmu sedia diketahui dalam diri insan, tanpa perlu berusaha mencapainya dan tidak perlu menggunakan logik akal, sebagai contoh konsep keseluruhan lebih besar dari sebahagian, satu campur satu sama dengan dua atau api itu panas.

Mazhab kedua diwakili Imam al-Juwayni dan Imam al-Ghazali yang berpandangan, ilmu sukar ditakrifkan tetapi boleh dihuraikan melalui al-qism atau pembahagian dan al-mathal (metafora).

Mazhab ketiga diwakili jumhur pemikir yang berpandangan ilmu itu boleh ditakrifkan tetapi takrifan bersifat al-rasm, iaitu huraian sifatnya.

Disebabkan ilmu bersifat kerohanian, tidak material dan menetap dalam diri insan, kaedah yang sesuai digunakan untuk mengukurnya mestilah bersifat kerohanian dan tidak material. Kaedah ini dinamakan kualititatif tetapi bagaimana kaedah itu boleh digunakan dalam konteks budaya ilmu?

Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam karya terbarunya, Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini, kaedah yang menilai hasil ilmu berdasarkan kajian mendalam dan teratur, ditulis dengan adil dan membicarakan perkara penting dalam bidang falsafah, agama, bahasa, sains dan teknologi mestilah diberikan keutamaan istimewa.

Bagi menilai perihal ini, insan yang menilai juga perlu memiliki prasyarat seperti mengetahui hakikat apa itu ilmu dan apa itu bukan ilmu, klasifikasi ilmu, kepentingan dan tujuan tertinggi ilmu, orang mengandungi ilmu dan institusi membudayakan ilmu sebenar.

Kita memperakui kaedah kuantitatif penting dalam menilai budaya ilmu.

Kaedah kuantitatif membantu dalam menyediakan data terkini, untuk tujuan penyelidikan dan seterusnya belanjawan yang sesuai untuk pembangunan budaya ilmu.

Pada masa sama, kaedah kualititatif menyempurnakan suatu budaya ilmu secara sepadu, kerana melaluinya budaya ilmu sebenar dapat dihidupkan dan tujuan mulianya untuk kebahagiaan dan keharmonian hidup dapat diperoleh.

Penulis adalah penerima Zamalah PhD, Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pula cara terbaru nak baca (mencakupi semua faham dahulu, kini dan akan datang).

"Bacalah dgn nama Tuhanmu yg menciptakan"

Byk yg buat kajian, tapi tak kaji habis ilmu bacaan. Katakanlah, seorg nurse nak ambil bacaan, nurse itu perlu sibuk membaca buku sahaja atau terus mengambil bacaan tertentu? Katakanlah, seorg pemandu lori memandu lorinya. Bukankah pemandu lori juga perlu membaca? Nak kena baca sign board, baca jalan, baca lampu isyarat. Katakanlah, semua mereka itu sambil bekerja sambil membaca buku? Agak2 bakal jadi apa?

Kita ambil pula, mereka yg baca pasal sukan. Sukan itu dan ini. Mcm2 manusia baca, akan tetapi makin ramai yg tak menyedari hakikat membaca.

Bila kita hanya melihat dari kaca mata membaca menerusi "dalam tempurung", kita akan sedari, bukan semuanya itu hakikat, sedangkan majoriti manusia itu dtg dalam keadaan fitrah membaca. Akan tetapi, bila terlalu byk yg perlu dibaca selain dari buku disebabkan oleh faktor2 yg tiada keperluan bg diri seseorg utk dijadikan pedoman dalam meneruskan kehidupan, makanya, hanya keperluan shj yg akan mereka baca, tanpa melihat selain dari itu.

Katakanlah, seorg nurse membuat bacaan tekanan darah seseorg, makanya mereka perlu melakukannya dgn cara bacaan hakikat kebenaran dan bukan pula dgn cara bacaan hakikat kebatilan. Dan inilah cara yg diajarkan oleh Allah swt utk menjelaskan cara utk membaca.

Membaca itu TIDAK semestinya menerusi huruf, boleh jadi menerusi bunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita kaji, hal ehwal membaca sesuatu yg memberi manfaat ke atas diri kita.

Katakanlah, seorg pemandu kereta itu mahu memandu keretanya. Pertama sekali, perlu ada ilmu berkenaan kereta. Keduanya, perlu byk membaca. Ketiganya, membuat pilihan. Perkara pertama dan kedua itu FITRAH, akan tetapi perkara ketiga itu pilihan pemandu.

Kesemua perkara itu bermula dgn ilmu. Tanpa ilmu, tak akan ada membaca dan memilih bukan? Begitulah halnya dgn diri seorg pemandu.

Katakanlah, seorg pemandu itu ada ilmu utk memandu kenderaanya ke destinasi tertentu. Makanya, pemandu itu akan membaca menerusi ilmunya dan petunjuk2 yg dilaluinya bukan? Kemudian, barulah dirinya membuat pilihan, samaada nak kepada yg benar, atau yg batil.

Ini cabang displin kepada mana2 pakar ilmu Allah utk faham, bagaimana diri kita itu berfungsi.

Katakanlah, seorg pemandu itu berilmu, akan tetapi dirinya memandu dalam keadaan tak tahu membaca, cuma reti pandu, tapi tak faham sign board lah, lampu isyarat lah.. Tapi dirinya berilmu. Agak2nya, dalam hidupnya pilih kebenaran atau kebatilan?

Jika awak baru taip bab membaca menerusi buku, siap ada statistik dan phd sifulan itu dan ini, pernah awak jumpa satu orang manusia, nak ceritakan kepada awak semua, phd awak itu sememangnya standard utk jadi tisu lap punggung saya aje kan?

Apalah yg awak nak nyatakan disini, sedangkan saya BERKALI GANDA lebih faham berbanding kesemua professor2 yg tak faham hakikat yg sebenar2nya. Tak rasa mcm sia2 aje post ilmu, tapi ilmu yg dipost tu menerusi guru2 yg akalnya takat berangan?

Oh ya, bukankah berkali2 saya pernah katakan kepada awak semua "awak semua ada ilmu yg saya tak ada, dan pastilah, saya ada ilmu yg awak semua tak ada".

Maksudnya begini, ilmu awak itu agak hebat, akan tetapi ilmu Allah itu Maha Hebat!!

Bersyukurlah kpd Allah kerana, saya mampu jadikan awak punya ilmu menerusi phd, tisu lap pungkoq saya aje. Apa gunanya, nak cerita sesuatu yg kelihatan mcm bermanfaat, akan tetapi ada perkara yg lebih bermanfaat berbanding itu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila seronok perasan diri pandai, tu pun tak sedar, selama ini Allah perli awak semua menerusi saya kerana awak hanya ada ILMU, tapi awak tak mampu nak faham ILMU.

Awak tak rasa mcm layak kekal dalam neraka Allah swt hingga saat kini ke? Ataupun awak tak sedar, selama ini, ilmu yg awak miliki itu membelengu kehidupan awak setiap hari?

Apasal awak punya guru2 ni, tak mau nak kenal Allah? Sombong sgt ke perasan semua guru awak itu berilmu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 28-4-2019 12:37 AM

Okeylah ye.

Jika nak kumpul semua guru awak, leh ke semua prof awak nak lawan ilmu Allah yg meliputi kesempurnaan?

Awak tak rasa org mcm saya ni, Allah utuskan kepada awak semua utk tegur makna "dibodohkan oleh Allah selama ini ke"? Ataupun awak rasa, awak pakar nak lawan hamba2 Allah sesudah ini?

Okeylah ye, faham2 ajelah, makna yg memaknakan. Dah berapa kali awak nak tunjuk? Dah berapa kali dah tertomoih takat ler ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 12:12 AM | Show all posts
saya sedang nulis kumpulan doa agama Islam di sini. Boleh tengok tapi belum lengkap..
https://www.yukampus.com/2019/03 ... ari-hari-islam.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.212517 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list