Edited by OttoVonBismark at 13-5-2019 09:03 PM
Anjing, ada dalam pelbagai lagenda, mitos, dan sejarah. Even didalam lembaran sejarah islam sendiri pun ada pelbagai cerita yang memaparkan kehadiran anjing dalam kehidupan seharian. Contoh paling kuat, cerita Ashabul Kahfi. Allah menceritakan didalam Al-Quran bagaimana beberapa pemuda ditidurkan didalam gua bersama sama dengan anjing mereka selama beratus ratus tahun. Nampakkkk.... Anjing ada dalam quran hokkeyyy. Ko hade ? So korang. Jangan la kelim terlalu islamik sampai nak membenci hanjing tanpa sebab.
Meet Sarjan Stubby. Menjadi maskot utama kepada U.S Infantry Regiment. Dan ditugaskan khas untuk Yankee Division No.26 masa Perang Dunia Pertama. Millions of amareka admire sarjan Stubby tau. Keberanian menatang empat kaki ni dimasa perang dunia pertama ( WWI ) sangat lejen. Dia ni menjadi anjing pertama dalam sejarah yang dapat pingat untuk aksi aksi dia didalam peperangan.
Stubby ni asalnya dia sebagai anjing jalanan je. Tak ada rumah, tak ada tuan. Satu hari, Stubby ni jalan jalan kat sekitar padang bola kat Yale University. Itu jam masa perang dunia, padang bola ni jadi kem sementara untuk regimen infantry 102 sebelum mereka pegi berperang. Nak jadi cerita, Stubby ni pegi mintak makan kat sorang pemuda sojar yang bernama J.Robert Conroy. Si Conroy masa ni umur dia baru 25 tahun. Terpikat dengan kecomelan Stubby ( Masa ni tak kasik nama Stubby lagi ) si Conroy decide nak bela anjing ni. Maka Stubby pun dapat la rumah dan tuan untuk jaga dia.....
Beberapa bulan lepas tu, Conroy ditugaskan untuk joint peperangan dekat France. Masa ni undang undang askar U.S mengatakan tak boleh bela binatang kesayangan. Tapi dia tak peduli itu semua. Conroy sorok Stubby ni dalam baju dia dan seludup bawak naik sekali atas kapal untuk pegi berlayar ke France. Bila dah atas kapal, krew dengan member yang ada baru perasan kehadian si empat kaki ni atas kapal.
Stubby buat buat la muka comel dia minta belas ihsan kat orang atas kapal tu. Dan guest what, geng geng officer ni berkenan pulak dengan si Stubby ni. diorang kata why not kan ? alang alang dah naik atas kapal. Takkan la nak campak tengah laut pulak. So by the time askar askar ni berlabuh kat France, si Stubby ni jadi unofficial maskot untuk derang. hahaha.
Dimasa era perang dunia pertama, tentera amareka masih belum ada unit anjing lagi. Satu satunya negara yang terlibat dengan perang yang tak pakai unit anjing. Tahun 1943 baru amareka start pakai unit anjing. So Stubby joint perang secara unofficial. Dari tahun 1917, geng 102 infantry ni hadap lebih banyak perang dari division infantry yang lain, selama 210 hari mereka berada dimedan pertempuran dan selama tu jugak lah Stubby bersama sama dengan 102 infantry ni berperang.
Sepanjang 210 hari dimedan perang, Stubby jadi tukang bunuh tikus yang bawak penyakit dan makan ration askar sakar ni. Dia tukang cari askar askar musuh yang menyorok dalam semak. Stubby juga akan berbunyi gong gong gong bila nampak orang pakai uniform German, semacam dia dah kenal siapa musuh siapa kawan, dan dia akan became agressif.... Grrrrrr..... warf warf warf....
Dia menyelamatkan geng 102 ni banyak kali daripada serangan bom dari udara pihak German. Telinga dia dapat dengar bunyi kapal terbang musuh yang datang dari jauh lagi dan dapat dengar bunyi bom terbang dan jatuh dari udara awal awal lagi. Bila ada kejadian sedemikian, dia awal awal akan menyalak bising bising kat geng 102 dia bagi warning.
Pernah sekali Stubby ni kena tangkap dengan geng German masa serangan gas beracun. Dia tak sempat melarikan diri. Tapi lepas tu dia dapat lepaskan diri dan lari cari balik tuan dan geng 102 dia. By that time, dia dah dapat ingat satu lagi jenis senjata baru, gas weapon. So bila pegi ikut berperang balik, dia dapat cam bau gas yang pihak German gunakan tu dan bagi warning dengan menyalak kat geng 102 ni.
Selepas perang tamat pada 1918, dia balik ke amareka. Stubby suddenly became a hero hasil dari penceritaan geng 102 infantry kepada orang ramai. Stubby telah dianugerahkan pingat kehormat oleh tiga presiden amareka : Woodrow Wilson, Calvin Coolidge dan Warren G. Haaa hebat tak hebat Stubby ni. Tiga pingat dia dapat. Dan that time, dia menjadi anjing paling femes kat amareka. Every body like Stubby like pakcik Otto.
Pada tahun 1926, Stubby menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan tuan kesayangannya Robert Conroy. And ofcourse Conroy berasa sangat sedih atas pemergian Stubby. Dengan jasa jasa yang telah dicurahkan, Conroy ambik keputusan untuk awetkan mayat Stubby. Dan hari ini, diletakkan di muzium Smithsonian dekat Washington. Kisah kehebatan Stubby ni telah difilemkan dalam bentuk animasi pada tahun 2018 bertajuk - Sgt. Stubby : An American Hero
Begitulah kisah seekor anjing jalanan yang menjadi hero kepada amareka. Stubby si anjing tentera membuktikan kepada kita yang heroic tu datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Hanya tinggal kemahuan kita sahaja yang menentukan sama ada kita mahu kedepan atau tidak. "Not everyone can become a great artist, but a great artist can come from anywhere" - Anton Ego, film Ratatouille.
Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|