Edited by OttoVonBismark at 15-5-2019 08:24 PM
Hari ni kita baca serba sikit pasal sejarah India pulak. Asyik tengok belah omputih je, boring jugak. Panjang sikit tapi berbaloi untuk dibaca. Ok, sedikit pengenalan kepada Gandhi. Mohandas Karamchan Gandhi, atau nama femes beliau Mahatma Gandhi adalah tokoh nasionalisme dan bapa kemerdekaan India. Asalnya dia seorang loyar yang berkhidmat di Afrika Selatan, kemudia balik ke India untuk berkhidmat dinegaranya sendiri. Pada yang belum tahu, Gandhi mengamalkan Non-Violent dalam memerdaheka kan India dari belengu penjajahan British. Gelaran Mahatma diberikan kepada Gandhi atas jasa jasa yang beliau curahkan kepada India. Asal perkataan mahatma datang dari bahasa sanskrit yaitu MAHATMAN yang membawa maksud holly-man, blessing, yang terpuji, yang dimuliakan dari sudut agama dan filosofi hinduism. Kira antara derjat paling tinggi la bagi derang ni. Panggilan lain keatas Gandhi juga ada yaitu Gandhi Ji yang membawa maksud Bapa Kepada Negara, cakap omoputeh dia Father Of The Nation. Ironiy-nya, Gandhi mati dengan cara keganasan dimana kontra dengan ajaran beliau, non-violent.
Hokey... Berbalik kepada si pembunuh. Nathuram Godse, nama penuh beliau Nathuram Vinayak Godse, dilahirkan di Maharashtra, India pada tahun 1910. Nathuram ni anak kelima dalam family dia. Dia ada tiga abang yang paling tua tapi semua tiga tiga ni mati masa kecik kecik, yang survive cuma kakak dia, anak keempat. Bila mak bapak Nathuram nampak yang tiga anak lelaki dia mati masa kecik, diorang fikir mungkin kalau ada anak lelaki akan disumpah sampai mati. Jadi nathuram ni dibesarkan dengan cara perempuan. Semasa kecil Nathuram dipakaikan dengan pakaian perempuan, malah hidung dia ditindik sebagaimana kanak kanak dan orang perempuan di India masa tu menindik hidung diorang. Lama lepas tu, dia dapat adik lelaki dan adik lelaki dia dapat hidup lama tak mati masa kacik. Barulah Nathuram dibesarkan dengan cara yang sepatutnya yaitu lelaki. Lagi satu, family dia ni percaya yang Nathuram ni seumpama ada belssing dan kelebihan. Maka dia dijadikan perumpama antara doa family dia dengan tuhan dia.
Bila Nathuram membesar, dia dah mula terjebak dengan dunia politik, dan perlahan lahan menjadi pengikut politik pada masa tu. Nathuram sangat terkesan dan tertarik dengan cara Gandhi dalam berpolitik dan sekali gus menjadi salah seorang pengikut Gandhi pada waktu tu. Dia sangat bersetuju dengan pendirian dan cara Gandhi yang tak mahu bagi support dan tak sokong kat penjajah British masa tu.
Tapi bila family dia pindah ke Ratnagini, jauh dari Gandhi, dia terpaksa ikut sekali dan disitu dia joint pulak satu gerakan politik radikal dalam menentang penjajahan British kat India. Beberapa tahun yang mendatang, dia joint banyak group politik yang berteraskan kemerdekaan tanah India. Salah sorang tokoh yang menjadi ikutan Nathuram masa ni adalah Vinayak Savarkar.
Si Vinayak ni dia menyeru kepada rakyat india untuk bangkit menentang penjajah dengan mengangkat senjata, yang mana sangat kontra dengan cara Gandhi yaitu dengan jalan perdamaian dan keharmonian. Cara Gandhi banyak main style boikot boikot. Agak tak suke, boikot jangan beli produk British. Tu pasal Gandhi rela berlapar dan puasa dari makan makanan produk British. Rakyat pulak nampak cara ni, dan mainan psikologi Gandhi berkesan bila rakyat turut sama berlapar demi tak beli barang keluaran British. Balik kepada cara Vinayak tadi, Vinayak juga mengetengahkan idealisme "Hindutva", yaitu tanah India untuk agama hindu sahaja. Walau bagaimana pun, kedua dua tokoh ni, Gandhi dan Vinayak menuju kepada tujuan yang sama. Nak bebaskan India dari belengu penjajah Barat.
Walau bagaimana pun juga; Gandhi bukan sahaja nak bebaskan India dengan cara tak melawan dan angkat senjata, tapi Gandhi juga banyak menyebelahi dan melindungi orang Islam yang ada di India. Ini dah sangat bertentangan dengan cara Vinayak yang mana dia akan buat apa saja untuk merdekakan India dan dia anti kepada agama selain Hindu. So dari sini, si Nathuram ni dah banyak termakan kata kata dan dakyah Vinayak.
Pakcik respek kat Gandhi, ada satu kisah. Sorang rakyat marhen datang kat Gandhi kata masa riot antara hindu dengan muslim dia ada bunuh sorang budak muslim. Mamat ni tanya Gandhi cam mana nak hapuskan dosa dia tu. Gandhi kata, ko cari sorang budak anak orang muslim yang sebaya dengan budak yang ko bunuh dulu tu, ko besarkan dia dengan cara muslim juga. Sikit pun ko jangan culas dalam membesarkan dia cara muslim. ko ajar dia sembahyang cara muslim, ajar dia mengaji kitab muslim ko pakaikan dia cara pakaian tutup aurat muslim. See ???
Ok, berbalik semula kat tajuk utama. Pada tahun 1947, India pun merdeka dari British.... sepuluh tahun sebelum kita merdeka. Sejarah kata, pakistan berpecah dari india dan jadi negara islam dengan presiden pertama diorang Liaquat Ali Khan. Masa ni berlaku migrasi besar besaran orang muslim di India pindah ke Pakistan. Masa ni jadi riot kat India, dan Gandhi protes bila India potong budget untuk tolong bangunkan negara baru Pakistan seperti yang pernah dijanjikan dalam perlimen.
Perkara ni jadi terlalu sensitip dan keterlaluan kat Nathuram Godse, bila tokoh pujaan dia Gandhi yang juga penganut Hindu buat perkara macam tu. Ye la, ko agama laing kenapa nak sibuk sibuk tegakkan hak agama orang laing. Pasal duit pulak tu, pepandai la dia nak cari duet sendiri bila dah jadi sebuah negara. Gandhi antara penyokong kuat penubuhan Pakistan satu hal, ni nak boikot boikot pulak pasal tak bagi duit satu hal. Wal hal Gandhi nampak, hindu dan muslim tak boleh duduk dalam satu negara. sejak zaman berzaman derang ni akan bergaduh.
"Tidak diragui, masa depan aku akan musnah sama sekali, tapi negara India akan selamat dari campur tangan orang muslim pakistan" - Nathuram Godse
Pada januai tahun 1948, Gandhi melawat salah satu daerah yang jadi riot antara muslim dengan hindu kat New Delhi. Tujuan lawatan dia sebab nak damaikan perbalahan antara dua agama ni. Pada 30 januari tahun yang sama, on the way dia nak pegi sembahyang kat kuil, datang si Nathuram Godse menghalang perjalanan Gandhi. Nathuram sempat sujud kat kaki Gandhi tanda hormat, kemudian bangun dan melepaskan tiga das tembakan kat batang tubuh Gandhi. Bang! Bang! Bang!.... Gandhi pun mati.....
Nathuram kemudiannya ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh. Semasa dibicarakan dimahkamah, dia mengaku bersalah atas tuduhan jenayah membunuh Gandhi. Nathuram dijatuhkan hukoman mati. Tapiiiiii..... anak anak Gandhi cuba untuk selamatkan Nathuram dari hukuman mati tu. Kerana ianya adalah satu hukuman yang sangat berlawanan dengan pegangan Gandhi selama hayat dia, non-violent. Tapi tak berjaya, lebih ramai rakyat india masa ni nak kan Nathuram dihukom mati. Jadi, pada tahun 1949 Nathuram dan konco konco dia dijatuhkan hukoman mati.
Begitulah serba sikit cerita tentang si pembunuh Mahatma Gandhi, Nathuram Godse. Apa yang kita boleh pelajari disini, janganlah kita menjadi terlalu fanatik dalam berpolitik. Kelak memakan diri sendiri. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.
- Otto Von Bismark -
|