View: 2607|Reply: 4
|
Mentakrif teras konsep Ekonomi Islam - Artikel IKIM
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:40 PM
Takrifan Ekonomi Islam- Encik Muhammad Syafiq bin Borhanuddin
- June 13, 2019
- sumber pautan asal
http://www.ikim.gov.my/index.php/2019/06/13/takrifan-ekonomi-islam/
Mutakhir ini, semakin ramai cerdik pandai dari pelbagai agama yang menganggap ekonomi sebagai disiplin ilmu pada masakini telah menyimpang daripada hala-tujunya dan menjadi suatu disiplin yang bermasalah (a dismal science). Ilmu pengetahuan ini telah menjadi teknikal semata-mata manakala tujuan besarnya telah menjadi kabur kerana visi kewujudan yang mendasarinya telah disekularkan.
Ia telah menjadi ilmu yang terpisah daripada hakikat insan dan alam dalam pandangan hidup Islam dan akibatnya, membawa kepada kemusnahan alam sekitar dan kesengsaraan manusia amnya. Malah, ia juga telah menyimpang daripada pemahaman ekonomi terdahulu dalam tradisi ekonomi Barat seperti Adam Smith (meninggal 1790) yang mendasari perbahasan ekonomi beliau kepada suatu “projek ketamadunan” yang lebih besar demi mewujudkan masyarakat yang lebih baik.
Penyempitan makna istilah “ekonomi” itu sendiri telah membentuk cara berfikir jutaan manusia di dunia untuk memikirkan bahawa matlamat kita di dunia ini adalah untuk memperuntukkan sumber yang terhad demi memenuhi apa yang dipanggil keinginan tanpa batas manusia (unlimited wants); dan bahawa untuk berjaya bererti mengejar kekayaan yang tidak berkesudahan melalui faham ‘pertumbuhan ekonomi’ tanpa tujuan dan makna yang lebih luas.
Akibatnya, makna asal “ekonomi” yang dianjurkan zaman berzaman oleh para pemikir dan bijak-pandai terdahulu diabaikan dan manusia moden telah melupakan tujuan asal ekonomi, iaitu untuk membawa ketertiban dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang membawa kepada ketenangan jiwa (atau kesejahteraan: sa’adah dalam al-Qur’an).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:49 PM
Pemahaman ini digantikan oleh definisi teknikal ekonomi, yang tidak menyumbang kepada tujuan yang disebutkan di atas. Pada hakikatnya, semangat dan visi ekonomi moden berlawanan dengan fitrah manusia (jika anda memahami manusia sebagai keturunan Adam – “insan”), serta melanggar ketertiban alam (cosmos) lalu menyumbang kepada pelbagai bentuk kezaliman.
Oleh itu, penyelesaiannya ialah untuk kita kembali kepada semangat dan pengertian atau visi asal “ekonomi” seperti yang difahami dalam pandangan hidup Islam yang merujuk kepada tadbir-urus rumah-tangga di peringkat peribadi, keluarga, dan masyarakat (tadbīr al-manzil); sebagai ilmu mencari nafkah (ilm al-iktisāb wa al-infāq); dan sebagai ilmu pengurusan sumber alam secara adil (ilm al-iqtisad) – yang mencerminkan bagaimana umat Islam sepanjang zaman memahami alam semesta (‘alam), manusia (insan), kebahagiaan (sa’adah), keadilan (‘adl), dan akhirnya, Tuhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 14-6-2019 01:50 PM
Kehidupan ekonomi yang dibayangkan dalam Islam didasari oleh suatu disiplin diri (zuhd) dan bertujuan untuk mencapai ketenangan jiwa (sa’adah), yang dibentuk oleh sistem kepercayaan tentang kebenaran dalam Islam, didorong oleh aspirasi rohani yang tinggi, dan dipandu oleh hukum Ilahi. Jadi sebagai contoh, orang yang benar-benar beriman misalnya, tidak memerlukan terlalu banyak barang-barang mewah, tetapi menyalurkan semula lebihan kekayaannya kepada masyarakat kerana dia bebas dari diri haiwannya (nafs al-hayawaniyyah).
Orang yang beriman juga tidak perlu melancong secara berlebihan, atau bahkan untuk melaksanakan Umrah atau Haji lebih dari satu kali, apabila terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk menyokong usaha-usaha ilmiah dan sarjana Muslim yang dapat menyumbang kepada kemaslahatan umat.
Orang yang beriman sepanjang sejarah juga memberi perhatian kepada persoalan keberkatan ilahi (barakah). Kepekaan ini membawa kepada keinginan untuk mencapai kemakmuran dengan matlamat untuk menyucikan jiwanya; dan demi memastikan tidak ada yang dipinggirkan dalam masyarakat. Oleh itu, orang-orang beriman yang berkemampuan memainkan peranan penting dalam tamadun Islam melalui pelbagai cara seperti zakat, ṣadāqah, wakaf, hibah, dan wasiyyah.
Walaupun pada abad ke-20 terdapat sejumlah ahli ekonomi Muslim yang mula mengungkapkan semula “Ekonomi Islam”, namun kebanyakan penulisan ini tidak memberi takrifan (definition) yang jelas dan terperangkap dengan takrifan-takrifan sekular Barat seperti erti “ekonomi” sendiri, erti “kualiti hidup”, erti “pembangunan” dan sebagainya.
Oleh itu, golongan cerdik pandai Muslim perlu peka dan tidak mengulangi kesilapan ilmiah ini yang akan menyebabkan kekacauan. Sekiranya hubung-kait dengan pandangan hidup Islam itu tidak difikirkan dengan baik, ia akan membawa kepada pelaksanaan yang tidak membawa kepada ketenteraman jiwa, malah kemungkinan bertentangan dengan kepercayaan pada Keesaan Tuhan (Tawhid) dan ajaran-ajaran Rasul-Nya (Anbiya‘).
Perkara ini tidak bermakna kita perlumenolak sumbangan tradisi ekonomi Barat atau ahli ekonomi yang dilatih di luar negeri. Sebaliknya, ahli-ahli ekonomi, korporat, politik, penggubal dasar dan sebagainya perlu bermuhasabah dan merujuk kepada ahlinya berkenaan pandangan hidup Islam secara menyeluruh – demi berlaku adil kepada pengetahuan amali yang sudah mereka ketahui.
Kita perlu ingat bahawa pandangan hidup Islam, seperti yang diungkap-semula oleh Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas contohnya dalam karya agung Risalah untuk Kaum Muslimin mempunyai logik dan rangkaian konsep yang dipancarkan oleh Wahyu. Tanpa memahami pandangan hidup Islam dan warisan ilmiah kita sendiri yang berupaya memberi suntikan kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi dan terpuji, kita tidak akan berupaya menilai secara kritis pendirian dominan tamadun besar dunia hari ini—iaitu tamadun Barat. |
|
|
|
|
|
|
|
Adam smith - laissez faire - ekonomi bebabs , sa;ah satu ciri materi revolusi industri ..itu sajelah dalam sejarah dunia yg i ingat |
|
|
|
|
|
|
| |
|