CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 4

Mentakrif dalamnya maksud 'ADAB

[Copy link]
Post time 25-6-2019 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Konsep adab mampu selesai masalah dunia Islam sejagat
pautan asal:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/06/577736/konsep-adab-mampu-selesai-masalah-dunia-islam-sejagat?fbclid=IwAR1RW3jT3rfVFu_pIlbyKWYc-XnstHPwJqUZ8yH_1OGHK07HUUZ2YAl-9KE

Tradisi Islam menggelarkan tokoh ‘pembaharuan’ sebagai mujaddid dan mujtahid. Gelaran itu bagaimanapun adalah pengiktirafan kepada kepakaran mereka, namun ia tidak bermaksud golongan ini mengubah hukum dan prinsip Islam sedia ada, sebaliknya melakukan modifikasi untuk memperkukuh ajaran agama selari dengan kandungan al-Quran dan hadis.
Ia antara lain bagi membantu umat Islam menghadapi pelbagai isu termasuk salah faham, manipulasi, kekeliruan dan gejala ekstremisme yang berlaku dengan melihat kesesuaiannya mengikut konteks serta keadaan semasa.
Bagaimanapun, tokoh seperti itu sebenarnya sukar dilahirkan dalam mana-mana tamadun dan kebudayaan termasuk dalam dunia Islam kontemporari.
Antara tokoh yang tidak dapat disangkal lagi kewibawaan, pemikiran dan integritinya adalah ilmuwan terkemuka, Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dengan sumbangannya dalam pelbagai bidang termasuk metafizik, falsafah sains dan pendidikan, perbandingan agama, sastera, sejarah dan kebudayaan.
Penyandang Kerusi Pemikiran Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, berkata, Syed Muhammad Naquib al-Attas antara tokoh mapan dalam dunia Islam dengan segala idea dan kaedah yang diperkenalkannya didasari tradisi keilmuwan Islam sejak zaman-berzaman.
“Seorang reformis sejati secara jelasnya adalah individu yang mempunyai pencapaian membanggakan dalam keintelektualannya.
“Selain itu, tokoh itu perlu berwawasan dan sentiasa mempertahankan idea atau pandangan walaupun berada dalam suasana intelektual dan persekitaran budaya yang tidak sebati dengannya.
“Justeru, tidak ada keraguan untuk menamakan Prof al-Attas sebagai reformis berasaskan penelitian ilmiah juga pemerhatian saya yang bekerja secara profesional serta peribadi bersama dengan beliau,” katanya dalam Siri Syarahan Malam Sabtu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur.
Pada acara itu juga, turut diadakan Majlis Penamaan Semula CASIS kepada Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofia (RZS-CASIS) yang disempurnakan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Tegas Wan Mohd Nor, antara idea utama dan paling penting diketengahkan Prof al-Attas adalah konsep adab melalui pelbagai dimensi yang ditawarkannya kepada pemikiran moden Islam.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2019 01:57 PM | Show all posts
Diperkenalkan semula, dihuraikan secara sistematik

“Adab ialah konsep tradisi Islam yang diperkenalkan semula dan dihuraikan secara sistematik. Ia turut dikaitkan dengan terma serta konsep Islam dalam ontologi, epistomologi, pendidikan, etika, mahupun ekologi.

“Definisi adab mengikut Prof al-Attas ialah pengiktirafan realiti bahawa ilmu dan makhluk disusun secara hierarki berdasarkan tahap dan kedudukan masing-masing.

“Ia juga tempat paling sempurna bagi seseorang dalam perhubungan dengan realiti sama ada secara fizikal, intelektual, kapasiti kerohanian dan potensi seseorang,” katanya.

Beliau berkata, menurut Prof al-Attas, tanpa pengiktirafan itu sudah tentu pendidikan tidak bermakna, selain hanya satu proses pembelajaran.

Bahkan menurutnya, adab mempunyai hubung kait daripada sudut pandang sejagat Islam dan etika dengan persoalan kebenaran (hak), hikmah dan kebenaran.

“Adab apabila merujuk kepada perhubungan sesama manusia, ia bermaksud norma etika yang merujuk kepada tindak-tanduk sosial mengikut keperluan tertentu termasuk dalam keluarga dan masyarakat.

“Adab kepada Nabi Muhammad SAW pula adalah dengan benar-benar memahami sepenuhnya kedudukan akhlak dan metafizikal Baginda. Hal ini mendorong kita untuk mencintai Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri antaranya melalui pengamalan sunnah.

“Adab kepada pemimpin pula adalah dengan mempunyai pandangan yang baik terhadap mereka dan menyokong polisi baik yang dikemukakan, selain mengelakkan daripada membantu dalam hal bertentangan dengan prinsip agama antaranya ketidakadilan,” katanya.

Tegas beliau, konsep multidimensi adab juga boleh merujuk kepada bagaimana perilaku kita terhadap alam dan masa.

“Maknanya, setiap khalifah di muka bumi ini perlu memegang amanah dan sentiasa memastikan kesejahteraan tidak dimanipulasi dengan perkara yang bertentangan dengan hukum alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 01:59 PM | Show all posts
Manfaat waktu dengan patuh

“Dalam aspek masa, orang yang beradab akan memanfaatkan waktu yang ada dengan patuh dan melaksanakan aktiviti sebagaimana dianjurkan Islam.

“Ia bukan sahaja merujuk kepada penjagaan masa, bahkan seseorang yang beradab akan memastikan sentiasa sabar dalam tempoh ditimpa ujian dan bersangka baik dengan Allah SWT dalam apa sahaja keadaan,” katanya.

Beliau berkata, antara isu yang membelenggu Muslim hari ini adalah ramai reformis Muslim moden yang cuba menggabungkan pemikiran Islam dengan idea sekular Barat yang menyebabkan gangguan serius dalam beberapa asas agama, intelektual dan kehidupan sosial walaupun dengan niat yang baik.

“Ini mencetuskan bantahan dalam kalangan ilmuwan tradisional, sementara ada juga yang mahu melindungi Muslim daripada dicemari idea moden Barat dengan mengehadkan komuniti mereka kepada pendekatan konservatif yang berbahaya.

“Justeru, gabungan pemikiran Islam dan Barat adalah dinamik, namun menyebabkan gangguan dan kekacauan, sikap konservatif pula mewujudkan kestabilan tetapi jumud dan tidak progresif,” katanya.

Beliau turut melihat gagasan Prof al-Attas ini seperti reformis dan pemikir besar Islam yang lain sebagai dinamik kerana ia terhasil daripada aktiviti mental dan fizikal berterusan dalam percubaan untuk menyelesaikan beberapa masalah sejarah dan konsep tertentu yang membelenggu ilmuwan dan masyarakat secara umumnya.

“Walaupun penyelesaian dicadangkan Prof al-Attas sesuatu yang baharu, ia sejajar dengan kerangka Islam yang diguna pakai beliau daripada asas pemikiran Islam.

“Pandangan dunia dan kerangka asas tauhid beliau menggabungkan analisis tuntas terhadap konsep asas Islam, menggunakan semua sumber empirikal, rasional dan tradisi serta kontemporari yang relevan tanpa mengganggu prinsip, undang-undang dan moral,” katanya.

Beliau juga menyifatkan antara kejayaan Prof al-Attas apabila tokoh ini menghidupkan semula beberapa aspek dalam tradisi keilmuwan Islam yang diabaikan dan memperbetulkan perkara yang menimbulkan salah faham dengan mendatangkan formulasi baharu serta menghubungkan semua idea dan konsep ini bagi merungkainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2019 02:02 PM | Show all posts
sebab itu pengerttian ADAB tidak terhad kepada  tatasusila dan sopan santun perbuatan tapi menecakupi pengertian  tentang tataatur sesuatu dalam alam dan dalam dunia metafizikal dan emngkui akan adanya  kedudukan memasing  dalam  alam ini  termasuk hal spiritual /metafizikal.
Selepas itu mengetahui akan PERANANA MEMASING setelah pengertian ADAB itu didalami  dan mempraktikkan keadilan dalam apa jua aspek.

then barulah insan yg kamil itu terpancar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2019 04:21 PM | Show all posts
We were extremely honored to learn from Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud at the #RIHLA2019. We thank him for imparting knowledge to the Rihla students - those present and those online!

Watch RIHLA 2019 live at www.deenstream.tv.
#DeenIntensive
https://www.facebook.com/deenintensivefoundation/photos/a.10150089800287121/10156065082307121/?type=3&
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.931531 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list