View: 2426|Reply: 14
|
Adakah saya akan diampunkan Allah SWT
[Copy link]
|
|
Assalamalaikum wbt, saya tersedar dosa saya selepasendengar ceramah agama di facebook. Dan dosa tersebut berkaitan syirik. Ini adalah cerita saya semasa tingkatan 5(2016). Apa yang saya lakukan dahulu adalah kerana menginginkan wanita. Bukan bertemu bomoh atau seumpanya tetapi meng-google jampi dan berkata dihati wahai setan tolong aku dptkn gadis ini lalu membaca jmpi yg saya search. Hasilnya, jampi itu tidak menjadi. Lalu saya cuba beberapa lagi jampi yg saya google. Selepas 4 cubaan tidak menjadi saya pun berhenti hingga disitu. Walaupun begitu, selepas sedar semula perbuatan saya dahulu saya berasa amat malu dan takut kepada Allah SWT. Kerana syirik adalah dosa yang tidak diampunkan. adakah saya akam diampunkan. Jika ya bantulah saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la solat taubat, mohon ampun maaf kepadaNya yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Masa tu u tak tahu benda ni besar dan berat. Dah tau ni bertaubatlah. Dosa dengan Allah boleh minta ampun dengan Dia, dosa dengan manusia kena minta ampun dengan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah mengampunkan kamu.. Allah maha pengasih dam penyayang.. bertaubat dan usah di ulangi... inshaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 29-6-2019 09:50 AM
Seriously? ........
Napa? Tak pecaya? Zety nk kne jampi ke?
Mndrem gitew. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 29-6-2019 07:16 PM
Menjampi lalu meminta bantuan selain Allah swt itu dosa yg tidak diampunkan oleh Allah swt. Bila kita melakukan sesuatu yg tidak disedari ianya dosa2 mensyirikkan Allah swt, maka dosa itu dibawa bersama2 sehingga kembali kepada Allah utk diperhitungkan. Meskipun Allah swt itu Maha Pengampun, makanya, hal ehwal yg pernah berlaku berkenaan mensyirikkan Allah swt tidak akan terlepas utk dibicarakan disana yg sebenar2nya.
Dosa2 yg diampunkan oleh Allah swt hanyalah selain dari mensyirikkan Allah swt.
Bila sesuatu itu, tidak diizinkan oleh Allah swt meskipun ianya jampi2 yg meminta pertolongan selain Allah swt, ianya tetaplah dosa bila bersangkutan dgn perbuatan dan kata2 yg menjelaskan makna mensyirikkan Allah swt itu. Sekiranya, jampi2 itu sekadar diucapkan di dalam hati, meskipun ianya merujuk makna mensyirikkan Allah swt, sedangkan Allah swt tidak menghitung akan dosa2 yg dilakukan oleh hati (kata2 di dalam hati).
Sekiranya jelas, mensyirikkan Allah itu jelas pada ainnya selain dari hati, maka itulah dosa.
Cara utk menghapuskan dosa2 mensyirikkan Allah swt itu sebenarnya TIADA. Akan tetapi, ada ruang utk tidak dibicarakan dihadapan Allah swt akan dosa2 yg dilakukan oleh pelaku yg mensyirikkan Allah swt. Ianya berkenaan Taqwa.
Hanya dgn taqwa, semua masaalah mensyirikkan Allah swt itu selesai. Ianya DIJAMIN oleh Allah swt tanpa penghisaban dihadapan Allah swt.
Dalam sebuah hadis, pernah disabdakan oleh Rasullullah saw mengenai pemuda yg ditanyakan oleh Allah swt "apa yg mahu kamu nyatakan", lalu pemuda itu berkata "saya mengaku akan semua dosa". Langsung Allah swt masukkannya ke dalam syurga. Hal ini agak unik, akan tetapi hanya berlaku menerusi Taqwa.
Moga2 bermanfaat.
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 29-6-2019 07:17 PM
Apa makna sebenar taqwa? Taqwa bermaksud meluruskan ketaatan. Ittaqillah bermaksud luruskan ketaatan kepada Allah.
Jalan utk taqwa itu mudah yg sebenarnya. Kekadang, menerusi taqwa, kita dihubungkan menerusi pembela2 (saksi2) yg diberikan hak syafaat oleh-Nya utk seorg pendosa itu tidak dihisab. Sebaik2 pembela, adalah Alquran.
Saya sudahi dgn Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bagi persoalan.
Katakanlah, si A suruh si B menyantau si C. Sesudah si C terkena santau, lalu Allah swt izinkan kesembuhan kepada C, adakah masih berdosa sekiranya si A itu meminta maaf kepada si C sesudah itu?
Jawapan : bila seseorg itu melakukan dua jenis dosa, maka dosa meminta maaf itu diampunkan oleh Allah, cumanya, dosa mensyirikkan Allah swt itu tidak diampunkan-Nya. Makanya, bertaqwalah agar diri itu selamat dari dosa mensyirikkan Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Imam al-Sanusi dalam al-Muqaddimat membahagikan syirik kepada enam jenis:
Syirik istiqlal : Menetapkan adanya dua tuhan atau lebih yang berlainan seperti akidah Majusi yang mempercayai adanya Ahura Mazda dan Angra Mainyu.
Syirik tab’id : Menyatukan tuhan daripada beberapa oknum seperti akidah Triniti agama Kristian.
Syirik taqrib : Beribadah kepada sesuatu selain daripada Allah SWT dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Syirik taqlid : Beribadah kepada Allah kerana mengikut orang lain.
Syirik asbab : Menyandarkan satu kesan terhadap sebab tertentu yang bersifat adat seperti berpegang bahawa manusia kenyang kerana makan, dan bukan Allah SWT yang mengenyangkannya.
Syirik aghrad : Beramal kerana selain daripada Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk syirik Istiqlal, Tab'id, Taqrib dan Taqlid. Ianya pasti dipersoal-Nya. Hanya Taqwa sahaja yg mampu membantu.
Utk syirik Asbab dan Aghrad, hanya menerusi kefahaman yg jelas. Kejahilan tidak akan membantu utk urusan ini. (perlu belajar) |
|
|
|
|
|
|
|
Utk post kali ini, berkenaan syirik taqlid.
Hanya berlaku MENERUSI PERBUATAN DAN KATA2 (lisan mahupun tulisan).
An-Nisā':48 - Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa makna syirik Aghrad.
Contoh :
Seorg isteri itu melakukan amal kebajikan utk suaminya tanpa sandaran kepada apa yg diperintahkan oleh Allah swt menurut adat (bukan pula Alquran dan Sunnah). Makanya, syirik jenis ini akan dipersoalkan-Nya
Moga penjelasan ini menjelaskan keberadaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jampi yg berkaitan "....berkat doa lailahaillah"
Di zaman dahulu, wujudnya pelbagai jenis jampi2. Saya kongsikan sebahagian dari jampi (contoh) bukan utk diamalkan, akan tetapi utk memahamkan diri betapa bahayanya jampi2 jenis ini.
Contoh :
1) jampi utk kebal "tok besi hang besi, patah..... Berkat doa lailahaillah
2) jampi utk cinta "pah nam pah tembaga, pah.... Berkat doa lailahaillah.
3) byk lagi, tak yah kot?
Jampi2 jenis ini hakikatnya menyeru makhluk selain Allah sebagai perantara yg diajarkan oleh makhluk itu atas izin Allah. Jampi2 jenis ini termasuk sihir peringkat tinggi (lebih tinggi dari santau yg sebenarnya), yg mana ianya BUKAN MAINAN DAN PERLU DIPEROLOKKAN, melainkan utk dijadikan rujukkan agar diri kita senantiasa berhati2 bila mengetahui kewujudannya.
Dosanya terlalu BESAR, dan tidak akan diampunkan oleh Allah swt yg sebenar2nya. Dan utk membuang sihir ini, sebenarnya AMAT SUKAR dan tiada BOMOH ATAU PAKAR PERAWAT ISLAM MAMPU LAKUKANNYA melainkan, hanya diri sendiri benar2 bergantung kepada Allah swt, lalu Allah swt ajarkan caranya.
Moga2, peringatan yg diulangkan ini, bermanfaat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apapun yg kita lakukan mll perantara dn yakin kalau dgn perantaraan itulah yg menyebabkan kita berjaya maka kita sudah mengkhianati kebesaran Allah swt yg maha Esa. Perbetulkan semula keyakinan dn tauhid sdr kpd-Nya. Berusahalah dn berdoa sesuai cara dn jgn sekali diselitkan dgn unsur2 syirik. Syirik, dosa no wahid yg tak akan Allah ampunkan.
Tak salah kalau sdr minati seseorang gadis. Ttpi kena ingat, miskipun minat tetapi belum pasti akan dapat. Banyak perkara yg mempengaruhi, maklum soal hati dn jodoh bukan boleh dipaksa2. Maka jgn pula sdr menggunakan cara yg 'memaksa' kerana cinta yg tidak luhur tidak berakhir dgn baiknya.
Sdr belum jauh terpengaruh dn terpesong dgn hal2 syirik begitu, masih ada kesempatan yg luas untuk bertaubat nasuha, jgn diulangi lagi. Sebesar apapun harapan sdr, berusahalah sesuai adat dn aturan dn kemudian sandarkan ia dgn doa semoga Allah maqbulkan. Andai si gadis jodoh sdr, maka dia tidak akan ke mana ttpi kalau dia terlepas ke tangan orang lain, maka dia bukan cocok sbg jodohmu dn dia bukan untukmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Baqarah:254 - Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Baqarah:255 - Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Al-Baqarah:272 - Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Al-Baqarah:284 - Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Baqarah:285 - Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Al-Baqarah:286 - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". |
|
|
|
|
|
|
| |
|