View: 5035|Reply: 32
|
Khutbah jumaat masjid as salam
[Copy link]
|
|
Edited by system_failure at 5-7-2019 03:53 PM
Baru je selesai solat jumaat di masjid as salam pengkalan chepa..
Khatib telah memberikan khutbah yg mengellirukan dan dikhuatiri melakukan fitnah yg berniat jahat dihadapan jemaah.
1) Beliau mengatakan kerajaan baru skrg ni telah mengurangkan subsidi haji.
Tetapi hasil carian sy mendapati kenyataan rasmi mengatakan subsidi haji addalah kekal :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/530807/subsidi-haji-kekal-mujahid
Malah, kerajaan juga menafikan fitnah bahawa pengiring mahram takkan dpt subsidi:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mujahid-nafi-subsidi-kepada-bakal-haji-rayuan-dihapuskan-198727
2) Khatib juga secara terang dan jelas membuat fitnah bahawa pengurusan TH adalah dari orang bukan islam.
Berikut adalah fakta yg telah lama diterangkan oleh Dr.Zaharuddin sekaligus menafikan fitnah tersebut:
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/04/548658/fakta-spv-bangsa-cina-dan-tabung-haji
3) khatib juga telah mengeluarkan kenyataan bersifat fiksyen dan tidak didokong oleh mana2 bukti apabila menggatakan batu hajratul aswad boleh mengeluarkan gelombang yg boleh dilihat dari langit oleh angkasawan.
Khatib berkata pengkaji barat yg mengesahkan penemuan gelombang dan cahaya yg keluar dari masjdil haram tetapi yg kelakarnya khatib mengatakan pihak barat telah berusaha menutup fakta ini.
Bagi sy ini adalah fittnah keatas kesucian masjidil haram dan cerita tersebut adalah hoax.
Mungkin niat asal si pembuat cerita adalah bagi mengagungkan kisah masjiidil haram dan supaya org mengaguminya, tetapi dikhuatiri org ramai akan tersalah tafsirkannya dan menganggap batu hajratul aswad adalah berrsifat magik, mempunyai kuasa dan bakal menimbulaan fitnah keatasnya.
4) Khatib jjuga secara jelas mengatakan bahawa tanpa org2 muslim yg mengerjakan tawaf di kaabah, maka bumi ini akan musnah dan tidak boleh berputar sseperti biasa.
Sy tak pasti sejauh mana kebenaran kata2 beliau itu tetapi apa yg pasti mekkah pernah diserang dan ditawan pd 1979 dan batu hajratul aswad pernah dicuri oleh sekumpulan penyamun malah dahpun terpecah belah skrg ini....
Ini bukan kali pertama masjd inii membaca khutbah bersifat mengelirukan..
Harap pihak berkenaan mengambil tinddakan sewajarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
BENARKAH RAKYAT TAK RESAH ISU TABUNG HAJI?
Kelmarin Menteri Agama Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa di Parlimen mendakwa rakyat tidak resah dan tidak kisah isu Tabung Haji jadi tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji (TH).
Saya ingin bertanya kepada semua rakyat di sini:
1. Benarkah Rakyat tidak kisah dengan Hibah 1.25% setahun sedangkan semasa BN memerintah purata Hibah tahunan adalah 6.75%?
2. Benarkah rakyat tidak kisah dengan tuduhan PH bahawa wujud penyelewengan oleh Kerajaan BN yang telah mengakibatkan Tabung Haji rugi RM17.8 bilion?
3. Benarkah rakyat tidak kisah dengan akaun TH yang didakwa telah dimanipulasi sehingga menampakkan tiada sebarang defisit untuk tahun 2017?
4. Benarkah rakyat tidak kisah dengan tuduhan Kekanda bahawa akaun TH telah dipalsukan untuk menutup defisit RM4.1 bilion?
5. Benarkah rakyat tidak kisah dengan dakwaan bahawa defisit RM4.1 bilion yang dialami TH kerana dirompak atau dicuri oleh BN?
6. Benarkah rakyat tidak kisah wang mereka berjumlah RM17.8 bilion digunakan untuk bail-out atau sebagai suntikan dana kepada TH sedangkan sejak puluhan tahun di bawah BN tidak pernah kerajaan terpaksa berbuat demikian?
7. Benarkah rakyat tidak kisah dengan penjualan aset-aset strategik TH termasuk bernilai RM10 bilion kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd?(Nota: Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang dibeli pada harga RM196 juta dan dijual pada harga RM400 juta; Platinum Park dijual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta; ini tidak termasuk hotel-hotel TH yang turut dijual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu).
8. Benarkah rakyat tidak kisah ke mana dibelanjakan baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset-aset berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd?
9. Benarkah rakyat tidak kisah dengan dakwaan Kekanda sebelum ini yang mengaitkan pelbagai kerugian pelaburan Tabung Haji yang dikaitkan dengan penyelewengan dan pelbagai salah laku seperti TH Heavy Engineering, Putrajaya Perdana, FGV dan PT TH Indo Plantation di Riau?
10. Benarkah rakyat tidak kisah apabila Sukuk yang diterbitkan untuk mengumpul dana dengan penjualan aset-aset TH hakikatnya TIDAK DIJAMIN KERAJAAN? Apakah jaminan bahawa aset-aset yang dijual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd mampu ditebus pada nilai yang sepatutnya dan tidak merugikan pendeposit TH pada masa depan?
Kenapa agaknya Kerajaan PH takut sangat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai TH yang bebas sebagaimana janji manifesto mereka?
https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-7-2019 07:05 PM
Kalau berpolemik susahlah tubuhkan sahaja RCI. habis cerita, dan kurangkan polemik sebab ia membuang masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pe benda ni bang mohdcsf??
4 point aku tu hang lgsung tak komen pun?
Pastu copy paste artikel dari asyraf pemuda umno yg kaki pitnah tuh..
Itu je ke hang punya sumber rujukan yg sahih?
Tu la dia bebudak mod zaman skrg... bukan mcm zaman aku dulu...
Aku ingat mod agama ni bijak2 belaka..
Ingatkan mahir dlm cross reference dlm meneliti fittnah akhir zaman..
Rupanya pemikiran jumut tak terkata...
Tabung Haji Membuat Dua Laporan Polis Terhadap Mantan Pengerusi, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengurusan Kanan
Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat dua laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini yang melibatkan mantan Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah; dan pengurusan kanan.
Pengurusan kanan ialah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji’s (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/fri-11302018-1200/tabung-haji-membuat-dua-laporan-polis-terhadap-mantan-pengerusi
Hibah langgar undang-undang, Tabung Haji buat laporan polis
"Kertas kerja itu mengandungi kenyataan dan pembentangan yang membawa kepada maklumat salah yang digambarkan dalam penyata kewangan berkenaan yang dipersetujui oleh Lembaga Pengarah,"menurut agensi itu. Atas asas penyata kewangan itu, Lembaga Pengarah Tabung Haji membuat cadangan kepada menteri yang bertanggungjawab yang kemudian meluluskan pengisytiharan hibah bagi tahun kewangan 2017 iaitu Hibah Tahunan 4.5 peratus dan Hibah Haji 1.75 peratus bertentangan dengan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hibah-langgar-undang-undang-tabung-haji-buat-laporan-polis-1.823663
TH bayar hibah guna simpanan pendeposit - laporan juruaudit bebas PwC
KUALA LUMPUR: Laporan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) 2017 mendapati agensi itu membayar hibah menggunakan simpanan pendeposit, bukan daripada keuntungan.
Berdasarkan laporan disediakan juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen, TH memberi gambaran seolah-olah hibah dibayar kepada pendeposit menggunakan keuntungan syarikat.
PwC dalam laporan itu menyatakan, keuntungan diperoleh TH adalah berdasarkan transaksi yang tidak menjana wang tunai dalam tempoh segera.
Berdasarkan laporan itu, TH menjual 2.551 billion saham miliknya dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan mendapat keuntungan RM553 juta hasil penjualan saham itu tahun lalu.
Bagaimanapun, pada tahun sama, TH membeli semula saham terbabit pada harga RM2.688 bilion.
Menurut laporan itu, penjualan terbabit tidak memberikan faedah tunai kepada TH, sebaliknya hanya menaikkan keuntungan untuk tahun kewangan 2017.
Hasil temubual PwC, peniaga ekuiti TH mengakui penjualan dan pembelian semula saham BIMB itu hanya untuk menunjukkan keuntungan bagi membolehkan pembayaran hibah bagi 2017.
PwC juga mendapati, pengisytiharan dividen yang tinggi oleh anak syarikat TH iaitu sebanyak RM510 juta, namun sejumlah RM222 juta masih belum dibayar setakat 31 Disember tahun lalu.
“Walaupun transaksi yang dinyatakan dilihat sebagai langkah komersial, kami faham niatnya adalah untuk membolehkan TH melaporkan perolehan keuntungannya yang lebih tinggi supaya dapat diagihkan kepada pendeposit.
“Tindakan ini mendorong kepada pembayaran hibah menggunakan simpanan pendeposit dan bukan daripada keuntungan yang diisytihar,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507687/th-bayar-hibah-guna-simpanan-pendeposit-pwc
Paras Rizab Tabung Haji Negatif, Bank Negara Beri Amaran
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, paras rizab Lembaga Tabung Haji (LTH) adalah negatif dan Tabung Haji berkemungkinan tidak akan dapat membayar sebarang dividen pada tahun ini kepada 8.8 juta pencarumnya jika tiada sebarang jalan penyelesaian diambil.
Memetik laporan portal berita The Malaysian Insider, pada 23 Disember lalu, Zeti telah memaklumkan kepada Pengerusi LTH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa nilai aset yang ada hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih dari RM0.98 bagi setiap seringgit nilai liability.
Dibawah Seksyen 22 Akta Tabung Haji telah menyatakan bahawa LTH tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen serta bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset adalah kurang daripada nilai kesemua obligasinya.
Zeti juga turut memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menerusi sepucuk surat bahawa keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
Mengulas lanjut, Zeti berkata, ini kerana, Putrajaya telah menjamin sepenuhnya simpanan deposit di LTH.
Zeti turut memaklumkan kepada Jamil bahawa disebabkan perkara tersebut, keberkesanan LTH dalam membantu umat Islam di Negara untuk menunaikan ibadah haji di Mekah mungkin terjejas.
Sementara itu, dalam surat beliau kepada Azeez, Zeti berkata, LTH mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan dalam masa yang singkat bagi memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Ini kerana, kata beliau, ianya dapat mengurangkan nilai aset Tabung Haji dan kestabila sistem kewangan dan sistem ekonomi Negara pada risiko yang lebih tinggi melalui ‘kesan penularan’.
Dalam pada masa yang sama, Zeti turut menyalahkan LTH kerana telah membayar dividen lebih daripada kemampuannya kepada pendeposit sejak tahun 2012.
“Amalan pengagihan dividend an bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purat sebanyak 107 peratus bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul LTH yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.
“Ini seterusnya menyebabkan rizab LTH menjadi negatif,”kata Zeti, memetik laporan The Malaysian Insider.
Tambah Zeti lagi, antara masalah lain yang dihadapi oleh LTH ialah deposit Tabung Haji hanya tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – lima peratus pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75 peratus jumlah keseluruhan pendeposit.
Katanya, disebabkan itu, ianya akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran sekiranya pendeposit hilang keyakinan terhadap LTH.
Justeru itu, beliau mencadangkan agar LTH segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan oleh Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2015.
Zeti turut mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam bidang kewangan.
https://peraktoday.com.my/2016/01/paras-rizab-tabung-haji-negatif-bank-negara-beri-amaran/
Ambil duit pendeposit umpama skim 'pak man telo' - CEO TH
ISU hibah Tabung Haji (TH) 1.25 peratus dipolemikkan banyak pihak tanpa memahami apa sebenarnya berlaku dalam agensi yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam di negara ini menyimpan wang bagi menunaikan haji.
TH di bawah pengurusan baru berdepan pelbagai cabaran untuk memulihkan agensi berkenaan yang kini dilihat seolah-olah tidak memihak kepada pendeposit.
Orang ramai dimomokkan kononnya TH bakal ‘tutup kedai’ sedangkan apa yang berlaku sebaliknya, malah TH kini berusaha keras mengembalikan agensi berkenaan ke landasan sebenar penubuhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Datuk Seri Zukri Samat berkongsi dengan wartawan Metro Ahad berkaitan isu yang melanda TH.
Mengapa hibah 1.25 peratus?
Hibah yang mampu dibayar TH hanya 1.25 peratus.
Sebelum saya pergi lebih lanjut, di bawah Akta TH, TH hanya boleh membayar dividen jika menyempurnakan dua kriteria iaitu TH mesti menjana untung dan kedua, aset TH mesti melebihi liabiliti.
Ketika kami ambil alih tampuk kepemimpinan TH pada Julai tahun lalu, ketika itu lagi, Jabatan Audit Negara mengatakan aset TH adalah kurang daripada liabiliti, iaitu kira-kira RM4.1 bilion, bermakna aset berkurangan dan itu setakat 31 Disember 2017.
Pada tahun lalu, keadaan pasaran yang tidak menentu dan banyak lagi perkara berlaku dalam TH.
Jurang perbezaan antara aset dan liabiliti semakin meningkat, sehingga akhir tahun lalu, ia mencecah RM10 bilion.
Jadi dengan kadar ini, jika tanpa Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan, sudah tentu kami tak mampu membayar dividen untuk tahun lalu.
Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menyokong pelan pemulihan yang kami cadangkan iaitu melalui penubuhan SPV.
Jadi apa yang berlaku kepada SPV adalah kami sudah mengambil kira terhadap semua aset yang kurang berdaya saing sama ada hartanah atau saham yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Yang mana kami mengalami kerugian besar, tetapi tiada peruntukkan dibuat dalam tahun sebelum itu, jadi kami mengambil semua aset ini yang berjumlah RM9.6 bilion yang tidak berprestasi.
Kami kemudian terpaksa menjual aset ini pada harga jauh lebih mahal untuk menutup ‘lubang’ (defisit) RM10 bilion tadi.
Jadi kerajaan, dengan penubuhan SPV, kami menjual aset tadi kepada SPV yang dimiliki penuh oleh kerajaan pada harga RM19.9 bilion.
Jadi, lebihan antara RM19.9 bilion dengan RM9.6 bilion kira-kira RM10 bilion. Oleh itu, dengan menggunakan lebihan ini, kami dapat menutup defisit TH.
Jadi, selepas pemulihan berjaya dilakukan, aset TH pada akhir tahun lalu melebihi liabiliti iaitu kira-kira RM1 bilion.
Setakat 31 Disember tahun lalu, aset TH berjumlah RM76.5 bilion dan liabiliti TH RM75.5 bilion.
Lebihan adalah RM1 bilion, walaupun pada tahun sama TH mencatat keuntungan RM1.6 bilion, tetapi lebihan aset daripada liabiliti hanya RM1 bilion.
Mengikut Akta 22 TH, maksimum jumlah hibah yang kami boleh beri kepada pendeposit adalah RM1 bilion sahaja.
Kalau kami mempunyai deposit RM74 bilion, untuk memberi hibah satu peratus ini memerlukan RM740 juta.
Jadi kami ada kelebihan RM1 bilion sahaja. Oleh itu, maksimum hibah yang boleh kami beri hanya 1.25 peratus supaya ia tidak melanggar Akta TH.
Apa masalah sebenar yang melanda TH?
Masalah sebenarnya adalah pelaburan tidak menguntungkan dan jatuh daripada harga belian. Pada masa sama, tiada peruntukan dibuat dalam akaun untung rugi TH.
Contoh, saham Felda FGV, kami beli pada harga RM4.60, masa kami masuk pada Julai tahun lalu, harganya jatuh kepada 78 sen.
Maknanya, peruntukan sepatutnya sudah dibuat, tetapi dalam buku TH, masih mengekalkan harga RM4.60, sepatutnya sudah rugi.
Saham ini sahaja pun menyebabkan TH rugi RM1.1 bilion, ia sepatutnya direkod dalam akaun TH, tetapi tidak direkodkan.
Begitu juga dengan saham lain seperti Malakoff. Kami sudah buat kenyataan umum, ketika TH beli harganya RM1.80 sen.
Kemudian, setakat Disember tahun lalu, sudah tinggal 80 sen. Ia membabitkan kerugian RM500 juta, pun tidak direkodkan dalam akaun.
Jika mengikut prinsip akaun, biasanya, kalau susut nilai 20 peratus, peruntukan mesti dibuat, tetapi tidak dibuat. Jadi ia tidak mengikut peraturan.
Pada 2017, Jabatan Audit Negara mengatakan, setiap tahun TH menukar polisi rosot nilai.
Bagi 2017 contohnya, rosot nilai ditukar dua kali bermula 75 peratus, selepas itu 85 peratus dan tiga hari kemudian, ditukar kepada 90 peratus rosot nilai.
Ini adalah langkah yang saya rasa tidak betul.
Jadi, sebenarnya, kedudukan TH sebagaimana dilaporkan juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk 2017, daripada untung RM3.4 bilion, ia sebenarnya rugi RM1.4 bilion.
Kerana perkara seperti ini dan banyak lagi benda yang tidak konsisten menyebabkan TH bermasalah.
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/441830/ambil-duit-pendeposit-umpama-skim-pak-man-telo-metrotv
Semua soalan2 asyraf tu dah dijawab oleh CEO TH sendiri kat atas nih... terutama soalan2 mengenai bailout aset2 TH.
p/s: so terang dan nyata bang mohdcsf hanya berpaksikan sumber satu pihak shj yg terang2 bermotifkan politik.
Langsung tak merujuk maklum balas dari sumber sekunder yg bebas politaik sepertti juruauddit bebas daan ceo th sendiri..
ustad jenis apa ni... apaaadaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan aku yg no 3 & 4 tu.... tolong sesape pakar jawab...
Aku nk pakar hokayy... bukan minah yg copy paste dari blog pitnah..
dh le lari dari skop tajuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Meh aku buat ringkasan:
1) khatib pitnah kata kerajaan mengurangkan subsidi haji.
- Dr.Mujahid kata No. Kerajaan kekalkan subsidi. (link dilampirkan di #1)
2) khaatib pitnah kata pengurusan TH adalah non muslim.
- Dr. Zaharuddin kata No. Tiada non muslim dlm management TH. (link dilampirkan di #1)
3) khatib kata hajratul aswad mengeluarkan gelombang sehingga angkasawan nampak.
- aku kata bullshit.
sebabnya langsung takde pembuktian dari segi sains mahupun saksi.
malah kau hanya akan jumpa dlm blog2 melayu sampah yg kuat berkhayal..
Lagipun ianya hanya mainan minda agar kau terpesong dari matlamat asal iaitu 'mengerjakan haji' dan hanya Allah yg maha berkuasa.. bukan batu..
4) khatib kata kalau jika tiaada org islam tawaf di kaabah maka bumi akan berenti berpusing.
- aku kata bulshit.
sebabnya takde langsung hadis, mahupun quran yg berkata demikian. cuma blog melayu kuat berkhayal je yg tulis.
Lagipun kaabah pernah ditawan pada 1979. Takde pun bumi berenti berpusing?
|
|
|
|
|
|
|
|
actually thread ni thread yg tak masuk klasifikasi board agama pun .lebih daripada kembangan isu politik.
kalau mod lain bersetuju dengan kandungan ini dipindag ke board yg lebih sesuai silakan,
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 5-7-2019 11:40 PM
board ni baord agama board ilmu , tengoklah perkataan awak tu, so boleh gunakan bahasa yg baik , ke?
kenapa perlu biadab?
saya cuma tengok awak lampiaskan amarah awak kepada pihak tertentu.
tak perlu buat di board agama sebab board ni untuk thread sebegini tak sesuai ya.
so tolong jaga bahasa, boleh kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
saya suggest kalau anda di pihak yg benar silakan berhujah di FB si polan dan si polan. kalau nak pakar ke sini mungkin ya mungkin tidak.
so , pada saya rasional saya menajwab untuk adakan siasatan oleh suruhan jaya di raja tu lebih tepat. polemik dalam isu ini tak menguntungkan memana pihak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpulangah... hang guna je kuasa hang utk humban thread ni ke stor 3 sekalipun.
Tapi yg pasti aku bukan bodoh tu tak reti nak clasify thread ni under bod agama.
Nampak sgt hang tak baca dgn teliti..
Persoalan yg aku lontarkan ialah = fitnah yg dilakukan ketika khutbah jumaat.
Biarpun khatib bercerita tentang artis sekalipun, isunya disini ialah kenapa mesti dlm khutbah jumaat?
khutbah jumaat sepatutya bersifat neutral dan tiada unsur2 fitnah.
Thats why aku bangkitkan dlm bod agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by system_failure at 6-7-2019 12:36 AM
Baca tulisan aku kat #1.
Nampak biadap ke?
Tetiba ada pulak datang komen dari asyraaf yg terkenal caci maki kaki pitnah..
Terus aku ubah tune..
I assume u adalah pro umno dan peminat dia..
dont deny this..
if want to say u are neutral... why only post source from him?
knpa ambik "hadis" tak sahih sedangkan byk lg rujuk silang dari hadis ahad yg lain?
and suppose no issue when i use rude words agains his fitnah yg dihiasi dgn kata2 lembut beralaskan fitnnah itew... right?
|
|
|
|
|
|
|
|
Fyi, aku jarang solat jumaat kat sini.
Cuma kebetulan balik kelate dan kebetulan hari ni jumaat so aku solat je la kat sini..
Mana aku kenal pak imam, bilal, khatib, tukang kebun, tok mudim kat sini...
And i already log a report to maik.
Takde masa la nak post dlm fb bagai...
Org tua tu entah2 internet pun tak kenal....
|
|
|
|
|
|
|
|
And yet.... still no one answering my question no 3 & 4..
Takkan nak suh aku post dlm bod lawak and jenake pulok....
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu sesuai di board isu semasa.
aah mungkin saudara DOVOB berminat, barangkali? untuk mejawab?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dovob at 6-7-2019 10:44 PM
Bila ada yg bertanya,
1) saya ada jawapannya, saja tak mau jawab.
2) khutbah itu tidak berlangsung dalam kawasan saya. Maka tak de keperluan utk dinyatakan disini.
3) dalam menyatakan sesuatu, ianya mengikut kawasan. Makanya, yg boleh bertindak utk perkara2 fitnah itu, makmum2 yg menyedari hakikat sebenar. Jika saya makmum yg dengar benda yg tak betul dan menyalahi hukum yg ditetapkan-Nya, saya selaku makmum terus bangkit waktu solat jemaah berkenaan lalu melaungkan "Allahuakbar x3! Wahai khatib! Mengapa kamu berdusta? Keluar kamu dari mimbar masjid ini! Tidak layak mana2 imam utk menyatakan sesuatu khutbah yg tidak berkenaan Alquran dan Sunnah Rasullullah saw! Barang siapa yg menyekutukan sesuatu berserta Allah swt ketika berkhutbah di dalam masjid, Allah swt tidak swt tidak akan sama sekali mengampunkannya berserta mereka2 yg mengikutinya! Allahuakbarx3"
4) jika nak jaga maruah imam, sesudah khutbah, terus terang apa yg dinyatakan seperti di perkara (3)
5) solat dibelakang imam yg menyekutukan bersama Allah itu, solatnya TERTOLAK. Sebaik2nya, yg faham isu ini, langsung keluar dari masjid berkenaan kerana solat dibelakang imam yg tertolak amalannya itu, sama ertinya dgn makna Allah tidak meredhai solat berkenaan sekalipun solat Jumaat! Dan pada hari itu, solatnya itu dikira BATAL!
Tak perlu phd utk hal ini. Mereka2 yg jahil, lalu solat dibelakang imam jenis ini, sama sahaja maksudnya yg sebenarnya. Dulu saya pernah solat belakang imam jenis ini. Selepas selesai solat, saya buat aje solat zohor pasalnya, solat jumaat itu ditolak-Nya (menerusi apa yg dimaksudkan itu). |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hidup ini, mcm2 cara utk beriman dan bertaqwa. Makanya, gunalah cara taqwa! |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ini, seperti yg berlaku di masjid Bedong, imam hari itu menyatakan DUSTA perihal "mengajar Alquran" lalu disalahkan ibu bapa. Hasilnya, Allah swt laknat imam berkenaan serta MENOLAK SOLAT JUMAAT dibelakang IMAM YG FASIK LAGI DERHAKA KEPADA ALLAH DI DALAM RUMAH ALLAH berkenaan. Saja saya biarkan pasalnya, bukan keje saya melainkan keje saya belajar aje.
Buktinya? Allah tarik perlindungan-Nya ke atas imam dan jemaahnya, dan tidak bermaksud, ianya tiada kebaikkan kepada semua, melainkan kepada sesiapa yg memahami hal itu.
Bila Allah swt tidak menerima solat imam yg bertuhankan nafsu lalu berdusta, makanya, imam itu akan tahu, betapa Allah swt murka kepadanya.
Okey le tu. Tak caya? Gi jumpa imam yg terlibat. Ada gangguan setan tak? Tu tandanya, imam itu dalam murka Allah swt.
Benda kacang goreng mcm ni pun awak semua tak tahu ke? Kesian, guru mursyid awak tu, ngaji jenis tak faham ilmu-Nya ke?
Saya? Jual burger reti le kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama laknat/murka Allah swt itu berlangsung?
Selagi mana, dosanya kepada mereka yg terlibat itu masih belum diselesaikan, makanya, selagi itulah, imam itu dalam murka Allah swt.
Sama aje dgn org yg buat dosa, terus dalam murka Allah swt. Lalu, setan2 ni terus menerus mengganggunya atas izin Allah swt (kerana tidak dilindungi oleh Allah swt).
Benda kacang goreng ni, dah bgtahu lama, tapi dok tak faham2 sampai ke sudah. Hari2 baca surah AlFatihah, tapi tak faham apa yg dibaca? Kesian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg dalam murka Allah swt itu, org yg sombong kepada Allah swt. Makanya, org yg sombong, tidak akan diberi perlindungan oleh Allah swt(termasuklah terhadap gangguan setan2). Kerana, keje setan2 itu, menyesatkan. Akan bertambah kesesatan dan kemurkaan Allah swt sesudah itu.
Last sekali, salah le itu dan ini, sedangkan diri itu pendosa, tak le pulak sedari. Kesian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa tanda2 org yg cuba buat dosa (fitnah), akan tetapi setakat hatinya sahaja, lalu Allah swt menegur-Nya?
Makanya, sewaktu membaca surah Al-Fatihah, pasti akan bermasaalah pada sebutannya atau lupa akannya (terutama yg difitnah dihati itu Waliyullah). Contoh ada, maka belajarlah!
Apa tanda2, menerusi perbuatan dan kata2nya, ia melakukan dosa2 (fitnah)?
Allah swt tarik perlindungan-Nya, lalu, menjadilah mereka itu sombong kepada Allah, lalu mengambil sekutu2 selain Allah swt utk menyelesaikan masaalah mereka itu. Mereka itulah org2 yg bodoh, lagi dalam murka Allah swt sedangkan mereka tidak menyedari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|