CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2806|Reply: 21

[Tempatan] Kesian adik ni :Remaja kecacatan alat sulit dapat RM150,000

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2019 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Remaja kecacatan alat sulit dapat RM150,000


Share


Tweet


Share















FOTO Hiasan











BERNAMA



REMAJA yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan, berjaya memperoleh pampasan RM150,000 atas kecatatan kekal yang dialaminya.
Ia selepas kes saman remaja berusia 17 tahun itu terhadap seorang pembantu perubatan hospital kerajaan berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja itu berkata, defendan pertama iaitu pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis bersetuju untuk membayar RM150,000 kepada anak guamnya.

“Jumlah pampasan itu dicadangkan oleh mahkamah ketika kedua-dua pihak berunding untuk menyelesaikan kes dan kami bersetuju dengan jumlah pampasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada prosiding kes saman tersebut di dalam kamar Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, yang kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan penyelesaian kes itu.

Mohamad Zainuddin berkata, pihak defendan juga memohon supaya jumlah pampasan itu dibayar secara ansuran iaitu RM2,500 setiap bulan dalam tempoh lima tahun, bagaimanapun pihaknya menolak cadangan terbabit.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Ogos untuk keputusan bagi mengetahui terma pembayaran berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Zainuddin berkata, rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Ogos ini.
“Anak guam saya merayu berhubung keputusan mahkamah yang membenarkan kerajaan Malaysia dan empat pihak lagi yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman berkenaan,” katanya.
Pada 20 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Malaysia, pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; sebagai defendan kedua hingga keenam untuk membatalkan saman itu.
Pada 19 Julai 2018, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 10 pagi, 13 Dis 2010, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantunya menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.
Plaintif mendakwa semasa berkhatan, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila memotong keseluruhan kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan, selain mendakwa defendan pertama membuat penyambungan semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitnya tanpa mengikut prosedur yang betul.
Dakwa plaintif, ketika anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumkan kepada plaintif serta anggota keluarganya bahawa keseluruhan kepala alat sulit atau glans penis terputus akibat prosedur itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saluran kencing anaknya telah terpotong.
Plaintif mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plaintif terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.
Plaintif juga mendakwa defendan keempat memberi jaminan bahawa glans penis berkenaan kemungkinan akan tumbuh apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun plaintif mendakwa apabila anaknya mencapai usia 17 tahun, kepala zakarnya tidak tumbuh.
Remaja itu mengalami kecacatan kekal dengan kemaluannya tidak dapat disambung semula dan dia berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.
Plaintif juga terpaksa menanggung perbelanjaan dan kos yang tinggi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang termasuk perbelanjaan perjalanan dan rundingan dengan peguam yang kesemuanya berjumlah lebih RM100,000.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 2:19 PM


*kesian adik nih aku juga ade anak lelaki, aku leh paham perasaan ibubapa adik nih, gantirugi nih x bebaloi ngn ape y adik nih kena...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 03:24 PM | Show all posts
kesiannya.. dpt duit sebanyak mana pun tetap x berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:28 PM | Show all posts
tapi masih ada fungsi kan

ke dah tak boleh guna
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 23-7-2019 03:28 PM
tapi masih ada fungsi kan

ke dah tak boleh guna

Tidak faham dunia seksualiti....

Maknanya tak berfungsi.....
Takziah dik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg la cukup sifat...tapi kene la modifed sikit..sebabtu kene sunat..kalau tak sunat..nanti penuh palat kt kulup kote tu..

lagi satu..kalau tak sunat..dapat pulak kote buta / tight foreskin / phimosis..lagi la susah..bile sunat..kepala takuk tu berkembang dgn jayanya umpama kepala ular tedung yg ingin mematuk...ssssssss....

sama la jugak mcm implant penis/breast tu..bende dh elok sb ciptaan Tuhan..tp manusia tetap buat modification jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:47 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 23-7-2019 03:43 PM
Tidak faham dunia seksualiti....

Maknanya tak berfungsi.....

iols ingatkan cacat fizikal konek je tapi still ada fungsi
kalau dah takde fungsi cam sikit sangat dapat 100k ++




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2019 03:50 PM | Show all posts
150 ribu jer??

hantam la 5 juta terus

apa arrrr

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 23-7-2019 03:46 PM
mmg la cukup sifat...tapi kene la modifed sikit..sebabtu kene sunat..kalau tak sunat..nanti penuh pa ...

Bila tengok anak sendiri sunat, baru i faham kenapa kena sunat...
Masa doktor tarik hujung kulit tu bagi keluar kepala, i boleh imagine kalau jenis lelaki pemalas sure berkumpul segala kotoran kat kulit tu.. Yuck...

Ni mak anak 4 yang menulis... Jadi tau la beza antara zakar belum sunat dan dah sunat.

Hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 23-7-2019 03:47 PM
iols ingatkan cacat fizikal konek je tapi still ada fungsi
kalau dah takde fungsi cam sikit sanga ...

Kan... Hilang satu nikmat hidup.
Kalau dapat juta2 pun masih tak berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 03:53 PM | Show all posts
sikit sangat tu rm150k je. kan kecacatan kekal, siap effect emosi jangka panjang. fight lagi dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 04:00 PM | Show all posts
seller6183 replied at 23-7-2019 03:53 PM
sikit sangat tu rm150k je. kan kecacatan kekal, siap effect emosi jangka panjang. fight lagi dik

patut saman lg juta2 sbb melibatkn mase depan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tak dapat bayangkan perasaan adik tu. semoga dia diberikan kesabaran yang amat tinggi menghadapi dugaan hidup ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 04:28 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 23-7-2019 03:52 PM
Kan... Hilang satu nikmat hidup.
Kalau dapat juta2 pun masih tak berbaloi...

tak tekanan perasaan ke sis

bayangkan kalau budak tu panjang umurnya boleh hidup sampai umur 60 ke 70 tahun

tak ke merana dia sepanjang hidup nak ngesek tapi tak boleh

pastu pesalah nak bayar ansur ansur pulak banyak cantik
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 05:19 PM | Show all posts
ada ke duit pembantu perubatan tu nk membayor nye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 05:23 PM | Show all posts
kesian kt adik ni. 150k tu baloi ke dengan kecacatan yg dia alami tu yek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga nasib adik ni terbela...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya di kala rakan sebaya di blow job awek2 mereka adik ini kepala zakar pun takde nak menaik tercanak. Betul2 murung jadinya. Fight lagi dik mintak 5juta ke. Segala doc pakar hosp tu pun jgn lepas tgn ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi dik. You’re losing your manhood.
Patut kau saman 10 juta dgn pembiayaan semua kos rawatan psikiatri seumur hidup.

Ada kemahuan seks, tapi langsung takleh pakai. Boleh mental oo. Kalau plot citer thriller, budak ni  balas dendam kt pelaku. Biar seksa jiwa pelaku sampai mati jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke loyer lain y leh fight lg saman tu, stakat rm150k adehhhh x kemane nye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah dik.

Tak de ke teknologi terkini yang boleh membantu adik ni. Kesiannya lahai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.082234 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list