View: 1979|Reply: 3
|
Kuala Berang, Terengganu
[Copy link]
|
|
Kuala Berang (anggaran populasi: 18764)[1] merupakan sebuah mukim dan ibu daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bandar ini bertindak sebagai pintu masuk ke Tasik Kenyir. Batu Bersurat Terengganutelah dijumpai di Kuala Berang pada tahun 1899. Kuala Berang cukup sinonim dengan Jagung yang terdapat di Kampung Gaong, Kuala Berang dan juga Ikan Baung yang ditangkap segar dari Sungai Berang.
Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.
Terdapat pelbagai tempat perlancongan di Kuala Berang.Sebagai contoh, Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan hutan simpanan Hulu Terengganu Tambahan. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di sini juga terdapat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan pihak berkuasa seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah dan denai dalam hutan (untuk rentas hutan). Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempesonakan yang merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri. Air sungainya yang jernih dan sejuk membuatkan sesiapa sahaja tertarik apabila datang berkunjung ke sini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tempat Menarik di Kuala Berang mengikut Kategori:
Muzium and Balai Seni Lukis
Kuala Berang Memorial Inscription
Pelabuhan dan Feri
Gawi Jetty
Restoran dan Kafe
CHANG WANG RESTAURANT
Gerai Kaklah
Sungai dan Tasik
Sungai Petang
Taman Kebangsaan
Sekayu Waterfall
Taman tema dan hiburan
Kenyir Water Park
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mat over asal kole berang |
|
|
|
|
|
|
|
Loghat k.berang sgt peculiar Dan kdg2 jd bhn usikan.sejak Ade susur masuk yg dkt dgn k.berang maka rajin la sy singgah.
2 restoran yg awk sebut tu sll kwn2 suruh gi. Tp sy tatau alik mn.
Salam dr sy orang atas tol. |
|
|
|
|
|
|
| |
|