View: 9033|Reply: 22
|
Wak Mustarjo (1890 - 1970) dan 9 perkara menarik tentang beliau
[Copy link]
|
|
![](http://4.bp.blogspot.com/-7HI7Q2FJJ00/UPjSSHbbJMI/AAAAAAAADMs/TOqB3erwZJE/s1600/mustarjo.jpg)
Antara pelakon tambahan yang sering menghiasi filem arahan Allahyarham P. Ramlee ialah Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Wak Mustarjo. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purokarto, Jawa Tengah.
Wak Mustarjo memulakan kerjaya lakonan beliau bersama Shaws Malay Film Productions Ltd pada tanggal 1 mei 1951, antara filem lakonan beliau ialah Pembalasan, Sejoli, Derita, Musang Berjanggut, Kaki Kuda, Ali Baba Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok. Sebelum menjadi 'orang filem', Wak Mustarjo lebih dikenali di pentas bangsawan.
![](http://4.bp.blogspot.com/-4IzIqwcACY8/UPqkNU-LHgI/AAAAAAAADQE/WCyyWHI_V0g/s1600/poster+pendekar+bunag+laopk.jpg)
Berikut adalah fakta menarik mengenai beliau:
1. Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan filem 'Bujang Lapok' itu sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo. ( Berita Harian, 9 Mei 1998).
![](http://1.bp.blogspot.com/-CD1AhpNssZU/UPqelVm_9II/AAAAAAAADOU/eIof6MTx4mA/s1600/kari+ayam+mustarjo.jpg)
2. Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah, Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng. (Berita Harian, 27 Oktober 2012).
3. Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambeng, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambeng yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, ada serunding dan macam-macam lagi (Metro Ahad, 4 September 2011).
4. Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad ( Berita Harian, 9 Mei 1998).
5. Sewaktu tinggal di kuaters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud. ( Berita Harian, 1 Februari 1998)
6. Panggilan mesra beliau dikalangan pengurus Studio Jalan Ampas ialah 'Joe'. (Berita Harian, 9 Mei 1998)
7. Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan 'Raja Putih' Sarawak, Raja Brooke ketika lawatan ke borneo. (Berita harian, 9 Mei 1998)
8. Watak 'wanita kedi' yang dilelong dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok' itu sebenarnya dilakonkan oleh Wak Mustarjo. ( Arena Filem, Bil. 59, 1960 )
![](http://1.bp.blogspot.com/-rAVSL5X8REQ/UPjN1ebZl4I/AAAAAAAADLE/RTHH5C-s1SU/s1600/P1050052.JPG)
9. Wak Mustarjo memakai dua bentuk cincin akik, satu di jari kiri yang dinamakan Firuz dan satu di jari kanan yang dinamakan Gambir. Cincin yang dinamakan Firuz itu berwarna hijau dan merupakan pemberian gurunya sewaktu di Tanah Jawa. Mengikut kepercayaan guru beliau, jika mahu merantau dan murah rezeki, cincin itu hendaklah sentiasa dipakai. Sementara cincin yang bernama Gambir itu pula didapati dari dalam batu dari dasar sungai. (Arena Filem, Bil. 17, 1960)
Wak Mustarjo meninggal dunia pada 3 Januari 1970 pada usia 80 tahun.
Kredit: Kitab Tawarikh 2.0
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Boomibulat at 29-7-2019 06:04 PM
Lahir thn 1890?lamanya...mula berlakon thn 1951.maknanya karier beliau bermula pada umur 61 thn.. |
|
|
|
|
|
|
|
tkasih tt.. pendekar mustar pinang sebatang... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini betul betul...bukan cobaan
Cobaannnn.... ![](static/image/smiley/miluegg/bigsmile.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Love love love love love love..terima kasihhh
Sayang sangat sejarah2 P.Ramlee <3 |
|
|
|
|
|
|
|
Cmn dia buat persembahan tahun 1998.. |
|
|
|
|
|
|
|
q@2a replied at 29-7-2019 05:52 PM
Ini betul betul...bukan cobaan
Cobaannnn....
Suke aku pelakon lama lama nii.. harap mereka semua dlm lindungan Allah.. aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 29-7-2019 07:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buritan replied at 29-7-2019 06:09 PM
Cmn dia buat persembahan tahun 1998..
bukan buat persembahan tahun 1998 tapi laporan tentang sejarah ringkas beliau ditulis pada tahun 1998 |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan pelakon dulu2 sangat real... filem2 lama semua malar segar..x jemu menontonnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wak Mustarjo ni will always be Pendekar Mustar in my mind. Suka sangat watak dia dalam Pendekar Bujang Lapok. Ih ih ih ih - easily one of the most used quote from him in my daily life. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal lah, ni bukan Haji Bakhil kan? Suka sangat Haji Bakhil.
Apa pun, semuga di cucuri rahmat, saya peminat cerita P. Ramlee.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam sedap gulai ayam tu, teringin pulak. Makan atas lantai memang nampak sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 29-7-2019 10:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nurrlisa replied at 29-7-2019 09:55 PM
Tak kenal lah, ni bukan Haji Bakhil kan? Suka sangat Haji Bakhil.
Apa pun, semuga di cucuri rahma ...
bukan...
haji bakhil tu udo omar |
|
|
|
|
|
|
|
Cobaannnnn![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jom imbas kembali[youtube]PJH_a6DxeJI[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh meaning arwah wak mustarjo ni mmg betul2 lahh asal dari jawa ya..
jauh btul dia merantau ke tanah melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak Intan bgtau wak mustarjo ni bapa kpd penyanyi Julie sudiro.wan mustarjo aktif sebagai pelakon bangsawan sblum terlibat dlm dunia lakonan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendekar mustar memang lejen..ani angkat kain jemuran hihih |
|
|
|
|
|
|
|
kata minat pramle tapi pendekar mustar tak kenal.
dia ada dalam cerita pendekar bujang lapok & seniman bujang lapok. Cerita besar tu untuk pramlee
|
|
|
|
|
|
|
| |
|