CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 9

HARI ARAFAH : BERPUASALAH dan BERDOALAH BANYAK BANYAK UNTUK TAHUN YANG MENDATANG

[Copy link]
Post time 9-8-2019 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 9-8-2019 03:17 PM

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-403: GANJARAN PUASA DAN QIYAM PADA 10 AWAL ZUL AL-HIJJAH
ButiranDimuatnaik oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 08 Ogos 2019

pautan asal:





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2019 03:17 PM | Show all posts
Soalan:
Apakah benar orang yang berpuasa sehari daripada 10 hari yang terawal bulan Zul al-Hijjah pahalanya seperti berpuasa setahun?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2019 03:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Bulan Zulhijjah termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam artikel sebelum daripada ini. Selain itu, bulan Haram ini terdiri daripada empat bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ، وَذُو الحِجَّةِ، وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ، مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى، وَشَعْبَانَ

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4662)]



Tambahan pula, kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan melakukan amal soleh di dalam 10 hari yang terawal daripada bulan yang mulia ini kerana ia termasuk di dalam hari-hari yang paling dicintai oleh Allah SWT. Berdasarkan soalan di atas, sememangnya terdapat hadith yang menceritakan kelebihan berpuasa dan berqiyam pada 10 hari yang awal bulan Zul-Hijjah ini, antaranya:



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِي الحِجَّةِ، يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ، وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ القَدْرِ

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih disukai oleh Allah beribadah padanya melainkan pada 10 terawal bulan Zul al-Hijjah. Berpuasa setiap hari daripadanya umpama berpuasa selama setahun dan melakukan qiyam pada setiap malam daripadanya sama seperti qiyam pada malam Lailatul Qadar.” [Riwayat al-Tirmizi (758)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai gharib][Menurut al-Mubrakfuri hadith ini adalah dhaif disebabkan dua perawi bernama Mas’ud bin Wasil dan Nahhas bin Qahm]



Imam Ibn Rejab al-Hanbali di dalam kitabnya ada dinyatakan bahawa berpuasa pada 10 hari pertama bulan Zul al-Hijjah umpama berpuasa selama dua bulan menurut riwayat al-Hasan. Selain itu, Mujahid berkata bahawa setiap amalan yang dilakukan pada 10 hari pertama bulan Zul al-Hijjah akan digandakan dan terdapat hadith lain yang diriwayatkan secara marfu’ tetapi ia adalah hadith yang palsu. Untuk itu, kami menjauhkan daripadanya serta apa-apa yang menyerupainya daripada hadith-hadith yang palsu pada menyatakan kelebihan 10 hari yang pertama bulan Zul al-Hijjah dan ia teramat banyak. [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 262] Imam al-Mubarakfuri berkata ini menunjukkan akan kebesaran serta kemulian hari dan beribadah padanya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 3/387] Tambahan pula, hadith ini menjadi dalil akan tuntutan untuk memperbanyakkan berpuasa serta qiyam pada 10 hari pertama bulan Zul al-Hijjah. [Lihat: Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/271]



Penutup

Kesimpulannya, kami nyatakan bahawa hadith di atas adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh para ulama. Akan tetapi, setiap amalan yang dilakukan pada waktu yang mulia akan digandakan ganjarannya bagi setiap amalan yang dilakukan. Justeru, kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari yang awal bulan Zul al-Hijjah seperti solat, berpuasa, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amalan yang kita lakukan. Amin.



Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2019 03:21 PM | Show all posts
tak pa puasa bebanyak pun tak pe KECUALI 11,12,13 Zulhijjah  - ni hari Tasyrik.
hari yg diharamkan puasa lain ialah 1 Syawal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2019 03:23 PM | Show all posts
doalah bebanyak pada hari Arafah ...untuk apa apa sahaja ................
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2019 05:39 PM | Show all posts
terbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 06:59 PM | Show all posts
bolehkah dengan berdoa sahaja boleh makbul ?..

contoh.. seorang ibu setiap hari mendoakan kejayaan anaknya dalam pelajaran. tetapi anaknya malas belajar/tak bersungguh.. akhirnya sepanjang hidup anak itu sentiasa disindir oleh ibunya, itulah malas belajar padan muka hidup susah..

seorang ibu setiap hari mendoakan kejayaan anaknya dalam kehidupan. anak yang disindir malas belajar tadi tadi dengan usaha bersusah payah bekerja menyimpan duit mengikat perut akhirnya hidup anak itu senang. dan ibunya berkata akhirnya makbul juga doa ibu akhirnya kau hidup senang dan ibunya boleh minta wang kerana anak berjaya dari DOAnya.

kenapa hal yang baik berlaku ibu mengaku itu makbul dari doa dia, kalau yang gagal berlaku, sebaliknya?

bolehkah dengan berdoa saja seseorang itu boleh berjaya tanpa usaha?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 9-8-2019 03:23 PM
doalah bebanyak pada hari Arafah ...untuk apa apa sahaja ................

Tq mod atas peringatan. Moga2 Allah makbulkan segala doa



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice sharing, berdoa & berusaha insyaallah ada jalan nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.249133 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list