View: 8192|Reply: 30
|
Salur darah TERPUTUS gara-gara naik gelongsor air setinggi 22 meter
[Copy link]
|
|
MALANG tidak berbau. Sesiapa sahaja pasti tidak terfikir jika keseronokan yang dialami di taman tema air boleh berakhir dengan sebuah tragedi.
Itulah nasib seorang pelancong British yang salur darahnya terputus selepas terhempas kuat sewaktu menaiki gelongsor air ekstrem.
Dengan gelongsor yang berketinggian 72 kaki (22 meter) dan kecerunan 90 darjah, Jade Graves, 29, mendakwa dirinya terhempas ke dalam kolam sehingga mengakibatkan dia kehilangan banyak darah dan memerlukan proses pemindahan darah di sebuah hospital di Bulgaria.
Ibunya berkata, Graves merasakan kesakitan yang sangat perit di bahagian bawah pelvisnya selepas menuruni gelongsor air lalu memasuki ke dalam kolam tersebut dan terkejut apabila melihat darah mengalir di kakinya.
Dia mendakwa dirinya menjadi lemah dan pitam akibat kehilangan darah yang banyak, dan menghabiskan empat hari di hospital selepas menjalani pemindahan darah dan pembedahan.
Graves, yang berasal dari Hull, England sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Taman Air Aqua Paradise di Nessebar, Bulgaria selepas dirinya terpaksa berdepan dengan trauma akibat tragedi tersebut.
Aqua Paradise merupakan taman tema air yang dikunjungi oleh beratus-ratus pelancong British setiap kali musim panas.
Graves mengalami kecederaan yang mengerikan apabila dia menaiki gelongsor yang dinamakan Space Jam pada 25 Julai tahun lalu.
"Saya masih tidak percaya apa yang berlaku kepada saya di gelongsor itu.
"Saya sepatutnya menikmati percutian yang indah bersama keluarga saya tetapi seluruh pengalaman telah bertukar menjadi suatu trauma,” katanya kepada laporan portal Mirror.
Tambahnya, pihak penyelamat di taman tema itu ada cuba untuk menyelamatkannya, tetapi situasinya sangat lemah.
"Ia adalah mimpi ngeri dan saya masih sangat sedih mengenainya. Saya masih belum pasti apa yang berlaku, kerana saya mengikut semua peraturan yang diberikan kepada saya," kata Graves lagi.
Dia menerimarawatan di sebuah hospital di Burgas dan lukanya telah dijahit selain terpaksa menjalani pemindahan darah serta pembedahan untuk merawat arteri terputus itu.
Dia turut mendakwa dirinya menderita dengan pendarahan dalam arteri yang boleh membawa kepada berlakunya strok dan anemia sekunder.
Walau bagaimanapun, rawatannya di Bulgaria dilindungi oleh insurans perjalanannya.
Disebabkan tragedi itu juga, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama lima minggu sementara keadaannya sembuh.
Warga British itu juga telah mengupah firma undang-undang, Irwin Mitchell untuk menyiasat kejadian itu.
"Saya sangat berharap siasatan boleh dijalankan dengan baik kerana saya tidak mahu orang lain senasib dengan apa yang perlu lalui.
"Saya harap saya tidak pernah menjejakkan kaki di taman air itu," ujarnya.
Ekoran kejadian itu, dia turut meminta agar lebih banyak kesedaran mengenai bahaya potensi slaid air perlu ditekankan.
Sumber: hMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ade org len penah kne ke..ke ko sorg je.. |
|
|
|
|
|
|
|
seram uiiii
panjang benor
aku rasa patut ada limit berat penumpang juga le kalu mcm ni.
enjineur pun mesti dah ada kira kira berapa daya tujahan bla bla
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal-pasal sakit badan.. bertabahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kaitan dgn berat badan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan nak gembira tapi dapat bala |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sorg je yg kena camtu.. tak yah saman la.. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ.
Ni kes overweight lah ni....hok aloh~
|
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 23-8-2019 10:01 AM
TQ.
Ni kes overweight lah ni....hok aloh~
Dia gomok sgt kot |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 baca berita aku kesian. tapi lepas upload gambar orangnya.. ok.. aku cakap dalam ati je |
|
|
|
|
|
|
|
ni overweight case , rasanya semua taman tema satu dunia kena letak weight limit , sbb klu naik gelongsor macam ni klu badan berat , kelajuan dia mmg lain macam , dia mmg akan jatuh ke dlm air pada hentaman yg lebih kuat dr org normal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan kecik org nyer, sekali tgk gambar ...
no wonder the impact gets on you
btw, saman jgn tak saman |
|
|
|
|
|
|
|
kt bangi wonderland,stok2 yg gemok mmg tak bole naik...ada had..
aku ckp gemok sbb aku pn x bole naik,kah kah kah..mandi tmpt bdk2 jah |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kalau yg ada pelampung tu, boleh naik berempat
bila tengok saiz badan, org yg jaga bhg kolam tu ckp
yang ni leh naik 3 je, ko ko paham2 la
kalau dah 'demok' sgt, mungkin ko naik sorang je
mcm tu la...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku xkan naik gelongsor tinggi
aku tersenget siku tersagat hilang kulit siku
sakit weii
ni sampai urat putus
heeeiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya...yg biasa extreme je sesuai ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|