View: 13897|Reply: 69
|
[Idea]
Fakta mengenai org kidal
[Copy link]
|
|
8 Fakta mengenai Org Kidal
By Adi Iskandar
1Sept2019
Dipetik dari : The Patriots
Sejak tahun 1976, orang-orang kidal di seluruh dunia meraikan Hari Kidal Sedunia pada tanggal 13 Ogos. Walaupun faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu menjadi kidal masih lagi sebuah misteri saintifik, para saintis neuro bekerja keras untuk cuba memahami fenomena yang menarik perhatian ini.
Berikut adalah beberapa penemuan saintifik terkini tentang orang-orang kidal yang mungkin anda belum tahu.
1. TERDAPAT KIRA-KIRA 708 JUTA ORANG KIDAL DI DUNIA
Dalam percantuman 200 buah kajian statistik berkenaan orang-orang kidal yang melibatkan sampel keseluruhan daripada lebih 2.3 juta individu baru-baru ini, kita mendapati bahawa peratusan orang kidal adalah sekitar 9.2 peratus dari jumlah populasi dunia (Papadatou-Pastpou, et al., 2019). Memandangkan terdapat kira-kira 7.7 billion manusia di muka bumi ini, maka dianggarkan bahawa dalam kalangan angka itu, terdapat sekitar 708 400 000 orang kidal.
2. LELAKI LEBIH CENDERUNG UNTUK MENJADI KIDAL BERBANDINGWANITA
Sebuah analisis terhadap 144 buah kajian berkenaan orang kidal (sampel keseluruhan daripada 1,787,629 individu) menunjukkan peningkatan 2 peratus bagi orang kidal dalam kalangan lelaki berbanding wanita. (Papadatou-Pastou et al., 2008). Punca di sebalik keadaan ini masih lagi tidak dapat difahami dengan jelas. Akan tetapi, diandaikan bahawa faktor hormon atau masyarakat berkemungkinan memainkan peranan dalam hal ini.
3. KUCING DAN ANJING JUGA BOLEH MENJADI KIDAL
Adakah anda tahu bahawa manusia bukanlah satu-satunya spesis makhluk yang kidal? Dalam meta-analisis terkini (sebuah himpunan statistik dari pelbagai kajian saintifik) terhadap penggunaan tapak kaki kucing dan anjing menunjukkan bahawa kira-kira 36% hingga 46% kucing adalah kidal (Ocklenburg et al., 2019).
Bagi anjing pula, sekitar 31-53% adalah kidal.
Ini menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan tangan kiri bukanlah sesuatu yang hanya biasa bagi manusia sahaja, akan tetapi ia juga boleh dilihat berlaku pada spesis lain. Walau bagaimanapun, peratusan yang rendah bagi jumlah manusia kidal (hanya sekitar 10%) kelihatannya hanya berlaku bagi kita manusia, memandangkan kadar ini cenderung tinggi bagi makhluk bukan manusia (haiwan).
4. ORANG KIDAL SERING MENANG DALAM SUKAN KERANA TINDAKAN MEREKA BERSIFAT LEBIH MENGEJUTKAN PIHAK LAWAN
Tahukah anda bahawa orang-orang yang kidal ini selalunya lebih berjaya dalam sukan berbanding orang-orang yang cenderung tangan kanan? Hal ini berlaku terutamanya bagi sukan bola interaktif dan sukan tarung interaktif. Misalnya, kajian Basque pada tahun 2019 meneliti kesan kidal kepada persembahan para pemain polo air bertaraf dunia (Barrenetxea-Garcia et al., 2019). Hasilnya? Para pemain lelaki kidal melakukan lebih banyak pukulan secara keseluruhhan, lebih banyak pukulan per minit dan yang paling penting, menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain cenderung-bertangan kanan.
Diandaikan bahawa keadaan ini disebabkan oleh pihak lawan yang menjangkakan lontaran atau pukulan daripada tangan kanan, lalu terkejut apabila seseorang menggunakan tangan kiri. Kesan serupa juga didapati di dalam sukan tinju dan lawan pedang.
5. GEN MEMAINKAN PERANAN BAGI ORANG KIDAL
Pada tahun 2019, para saintis dari Institut Psikolinguistik Max Planck di Nijmegen, Belanda menjalankan kajian terbesar mengenai genetik-genetik orang kidal setakat ini (de Kovel & Francks, 2019). Mereka mendapati bahawa sebilangan kecil gen memainkan peranan dalam perkembangan orang-orang kidal, antaranyaMAP2(microtubule-associated protein2), iaitu gen yang penting untuk perkembangan sel-sel saraf di dalam otak.
6. FAKTOR-FAKTOR KEHIDUPAN AWAL YANG BERBEZA MEMPENGARUHI ORANG KIDAL
Tetapi, gen bukanlah perkara yang meliputi keseluruhan hasil kajian berkenaan orang kidal. Sebuah lagi kajian dari Belanda pada tahun 2019 menunjukkan bahawa faktor awal kehidupan yang berbeza-beza juga mempengaruhi sama ada kita menjadi orang yang cenderung bertangan kanan ataupun kidal (de Kovel et al,. 2019).
Faktor-faktor ini termasuklah tahun dan lokasi kelahiran, di mana
hal ini memungkinkan bahawa pengaruh kebudayaan juga boleh memberikan kesan (misalnya, masyarakat mengubah sikapmereka terhadap golongan kidal).
Tambahan lagi, orang kidal dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti berat semasa lahir, lahir sebagai kembar atau lebih, musim kelahiran, penyusuan dan jantina.
7. PADA USIA 3 TAHUN, KECENDERUNGAN PENGGUNAAN TANGAN MULA DITENTUKAN DALAM KEBANYAKAN KANAK-KANAK – BUKAN SEMUA
Sebuah kajian terkini yang berformatHome Handedness Questionnaire(HHQ) dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah (umur 3 tahun) mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak cenderung menggunakan tangan kanan (Nelson et al., 2019).
Namun, sekitar 25% kanak-kanak menunjukkan perbezaan penggunaan tangan untuk kerja-kerja yang melibatkan satu atau kedua-dua tangan. Hal ini mengisyaratkan bahawa dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun ini, pola penggunaan tangan mungkin masih mengalami perkembangan.
8. ADA JUGA SIFAT KIDAL KAKI
Menggunakan tangan bukanlah satu-satunya bentuk asimetri motor yang ditunjukkan oleh manusia. Terdapat juga penggunaan kaki, iaitu kecenderungan untuk menggunakan kaki kiri atau kaki kanan untuk menendang bola atau mencapai sesuatu menggunakan jari kaki. Keadaan ini terlebih utama berlaku pada pemain bola sepak (Delang et al., 2019).
Kecenderungan penggunaan kaki dan tangan sering berkait dalam kebanyakan manusia. Namun, tidak semua kidal tangan itu kidal juga kakinya.
SUMBER:
Sebastian Ocklenburg. (11 Ogos 2019). The New Neuroscience of Left-Handedness. Psychology Today.
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-asymmetric-brain/201908/the-new-neuroscience-left-handedness |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hampir kesemua benda dicipta untuk orang tangan kanan. Kidal ni survival tinggi. Pisau kopek kulit buah untuk orang tangan kanan, gunting, pemarut/sagat, kereta (buatan malaysia sebagai contoh), mess etiquette yang memerlukan potong stik pakai tangan kanan dan suap tangan kiri, which lefthanded dapat makan dengan tangan kanan.
Dinner rasmi..jenuh la aku nak bertukar sudu tangan kanan ke kiri. Tapi kalau setakat sup sup tu boleh la pakai tangan kanan. Cuma suapan tak laju.
Orang tangan kanan tak perasan la kot benda benda ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tulisan orang kidal selalunya cantik! Setakat ni belum jumpa yg tulisan buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tulis kidal tp bende lain tu sume kanan. Kire kiri kanan ade guna la tgn aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-9-2019 10:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Survival tu betul sebab bila gi kenduri kahwin beratur ambik makanan ...tangan kanan pegang pinggan...tangan kiri yg ceduk nasi dan lauk sepatutnya kena ceduk dgn tangan kanan kan hmm memang susah sebab kekok sgt rasanya ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adek iolssemua lelaki kidal..
Dedolu puas mak iols.marah
Sampaikan.makan nasik pon tangan.kiiri..hahaha
Nak gunting.kertas punya la payah..
Pastu kalau nak masuk jamban.paling senang..
Mmg dh biasa kaki kiri..hahahahaha
Mak iols aound
Jangan.makan tangan kiriiiii...tu tangan cebok berakkkkk
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak iols sorang kidal.
tapi rasanya hanya menulis kot kidal sebab dia tak pernah komplen betapa susahnya kidal. hidup dia hepi2 je. nnti iols tanya dan perati ada kidal tak tang lain.
makan sume ok..kanan..ini confirm.
ya..dia mmg hebat bersukan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nenek +emak +ayah<semua kidal>=3/6 adalah kidal..termasuk sy
Sy +suami kanak =1/2 ank kidal yg sulong..
Dulu trasa rendah dori sgt sbb kidal tp ade akk tpt kerja yg bg jawapan cmgni..org kidal pegang pisau tangan kiri tp memegang syur/daging/ikan adlh tgn kanan..tangan yg bersih bkn tgn cibuk taik...
Sy kiri kanan boley sbb byk brg bkn utk org kidal jd kena servay gak.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Meols leh biasakan guna tgn kanan utk tugas harian. Pegang raket, pisau ke atau lain2 kerja leh je guna tgn kanan. Cuma satu je yg fail..gunting...kdg2 perlu gak guna tgn kiri kalu nk gunting bulu ketiak belah kanan.
Yg x best kidal ni bila nk tulis kt buku yg ada ring besar2 tu dan guna liquid paper mesti kotor tgn.
Tp yg satu x best la. Ada sorg cikgu ni tulis kt fb. 'Tulis tgn kanan ni berkat'. kesian pasal wujud manusia mcm gini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak lelaki akk kidal..cantik tulisan nya.tp anak akk
akk tgk tgn kanan pun dia ok jg.. |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 7-9-2019 10:21 PM
Tulisan orang kidal selalunya cantik! Setakat ni belum jumpa yg tulisan buruk.
Yeke? Adik pempuan aku dua org kidal. Tulisan xdela lawa mana pun. Senget benget. Aku bukan kidal, tp kalau kopek buah limau, salak,oren, rambutan etc yg tak menggunakan pisau, mesti aku kopek tgn kiri. Xtau nape. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku kalau makan kt luar dia akan makan pakai sudu dgn garpu. Kalau kat rumah die makan tangan kiri. Dia cebok pakai tangan kanan.
Yang pasal tulisan tu, tulisan adik aku burukkk je |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nice info. Iols kidal
Masa memuda tak rasa ada apa2 perbezaan pun, start masuk uni sakit pinggang jumpa seat attacheable desk
Dah tua2 ni baru wujud dilema pegang pinggan kenduri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Best jadi kidal sebab sambil menulis guna tangan kiri, boleh suap makanan guna tangan kanan. Multitasking gitew |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kiri juga. Igt lg ms sekolah rendah ade org ckp aku ikut dia jd kidal. Aku mls nak jwb blk walhal arwah bapak aku kidal juga.
Ambidextrous adalah kecenderungan org kidal ni.
Oh ye, ms dalam kelas during my universities years, kerusi yg attached dgn meja tu adalah satu seksaan. Selalu skt bdn. Jd, bila ade test terutamanya, aku akn kosongkn kerusi sebelah kiri sbb nk guna meja tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Abang sis kedua2 tgn boleh menulis, x tau nak kategori kidal ke apa? Tp mostly dia akn start menulis dgn tgn kiri than penat tgn kanan pulak, tulisan mmg cantik gila n berbakat seni ... sis jeles |
|
|
|
|
|
|
|
Sazida replied at 8-9-2019 12:21 AM
Yeke? Adik pempuan aku dua org kidal. Tulisan xdela lawa mana pun. Senget benget. Aku bukan kidal ...
Aku tengok setakat ni cantik dan tersusun, maybe aku belum jumpa lg yg buruk herot bengot. Tangan kita ni ada dominant side kan. Ada jugak yg dua-dua tangan kuat tp tgk dominant yg mana. Masa aku patah tangan waktu kecik, selama berbulan2 aku tulis tangan kiri and i had no prob at all. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamakylekelvin at 8-9-2019 10:06 AM
Anak saya yang sulung pun kidal dan sangat minat melukis..mewarna..
Makan pakai tangan kidal
Pandai mencipta sesuatu dengan hanya menggunakan kertas atau kotak
Dan tulisan dia tak cantik pun.. Senget benget jadi.. Tapi dalam keturunan tak ada yang kidal tapi tak tahu pulak boleh anak saya yang sulung boleh kidal.. Adik dia elok jer tangan kanan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bangga jadi orang kidal... Im kidalian.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|