CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22345|Reply: 123

[Warning : Disturbing Images] Membunuh Dengan Voltan Tinggi

[Copy link]
Post time 17-9-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bagaimana kaedah ini berfungsi? Kupasan pada hujung cerita ....




Orang itu yang mengendalikan "Old Sparky" di New York sangat tenang air mukanya, gerak kerjanya sangat berkualiti dan beliau sentiasa mengamalkan profesionalisme dalam menjalankan tugas. Namun, tiada siapa yang tau bahawa hatinya seperti dikoyak-koyak, diracik-racik dengan bilah yang tajam, apabila jiwanya tertekan dengan tuil-tuil maut yang mengorbankan nyawa ratusan manusia. Beliau adalah John Hurlburt, Sang Algojo Moden.

Hari itu, pukul 11 malam, Khamis tanggal 17 September 1925, ia adalah hari Black Thursday bagi penduduk-penduduk penjara Sing Sing di Hudson Valley, New York. Penghuni-penghuni berdosa itu tiada peluang untuk keluar dari sel-sel mereka para hari itu, keistimewaan itu ditarik untuk satu hari yang istimewa, melainkan yang seorang ini berkecuali ....

Julius Miller yang dicukur kepalanya licin diheret kasar oleh empat orang pengawal penjara dan seorang paderi di dalam sebuah kamar bertemankan lampu nikrom malap. Tidaklah jauh kamar itu daripada sel-sel pra-hukuman mati Miller, jauhnya hanya dua puluh langkah ....

1 langkah,

2 langkah,

3 langkah ....

.... meninggalkan Dance Hall untuk ke Death House yang terkenal di serata Amerika Syarikat. Julius Miller, seorang lelaki berkulit hitam berdiri pegun di sebelah Old Sparky, sebuah kerusi elektrik celaka yang membawa ratusan cerita menghayat hati. Terlihat wajahnya sayu kerana beliau akur tiada lagi harapan yang berkunjung ....

Salah seorang pengawal penjara bertanyakan sesuatu kepada Miller sambil menyuakan perakam suara elektrikal kepadanya. Apakah permintaan terakhirnya? Beliau hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Pengawal-pengawal itu menarik tubuh Miller, tubuhnya dihentakkan di atas Old Sparky, tangan dan kakinya diikat kuat dengan tali-tali yang diperbuat daripada kulit-kulit haiwan. Batang tubuhnya dijerut ke belakang supaya badannya tidak membongkok menjauhi kepala kerusi elektrik itu ....

"State Electrician!!!"

John Hurlburt melangkah masuk ke ruang kamar itu, lelaki berusia 50 an itu wajahnya bengis, tingginya mencapai 6'4", beliau mengenakan sut berwarna hitam dan sepasang kasut potong yang bersih berkilat. Lantas tanpa membuang masa, Hurlburt memeriksa di setiap penyambung elektrod pada tali-tali sekitar tubuh badan Miller. Beliau memeriksanya dengan berhati-hati dan sangat adil tanpa hadir sedikit pun perasaan khianat ketika itu.

Electrodes, checked!

Straps, checked!

Helmet, checked!

Span rata berketebalan 1/2 inci direndam di dalam air garam. Span itu kemudiannya dilekatkan di dalam ruang helmet yang akan disarungkan di kepala Miller sebentar lagi .... Plat-plat elektrod yang direka khas dengan klip buaya dihujungnya, dihubungkan pada ke dua-dua jari telunjuk Miller.

Pengawal penjara memberi isyarat kepada Hurlburt.

Hulburt dengan tenang, bercampur baur perasaannya, menarik tuil transformer sekunder (ketika itu dipanggil sebagai Humming Dynamo) ke bawah, maka 2000v terhasil dan terus mengalir ke sambungan-sambungan elektrod sekitar batang tubuh Miller. Sepancar kilat lajunya .... Hulburt tiada pilihan, bukan beliau berkehendak untuk melakukan semua ini, tetapi sudah tuntutan kerja, beliau terpaksa akur walau tuntutan itu beban besar baginya.

Miller direnjat, tubuhnya ke depan dan ke belakang, beliau meronta kuat, tali yang mengikat badannya semakin kuat menjerut, jarum pada panel voltan tidak konsisten, turun naik voltannya, sekejap naik, sekejap turun .... kemudian naik semula. Kamar yang sunyi tadi menjadi bingar dengan jeritan Miller dan bunyi degungan transformer, percikan api tajam mengalahkan cahaya-cahaya lampu nikrom di kamar itu .... Badan Miller berasap!!!



Paderi yang tadinya membisu, mula bersuara, suaranya sengaja digaraukan lantang-lantang,

"Receive the Lord's blessing. The Lord bless you and watch over you. The Lord make his face shine upon you, and be gracious to you. The Lord look kindly on you and give you peace. In the Name of the Father, and of the Son and of the Holy Spirit. "Congregation .... Amen."

Bau daging terbakar tergantung di udara di tengah-tengah kebisuan yang memekakkan telinga.

Hurburt menarik tuil itu ke atas. Kuasa elektrik terpadam serta merta. Tubuh Miller layu di atas Old Sparky. Seorang doktor dipanggil namanya lantas menderu masuk ke kamar itu. Doktor itu melangkah laju mendekati tubuh badan Miller, disuanya diaphragm stetoskop ke dada Miller yang dibasahi darah mengalir dari hidungnya ....



"I pronounce this man dead" ,ujarnya perlahan.

Maka, keadilan telah diadili ....

RIP Miller.



Old Sparky


Jadi .... bagaimana Old Sparky berfungsi?

Adakah Old Sparky berfungsi dengan baik dalam lingkungan ini sehinggakan Thomas Edison memberi penakrifan bahawa Old Sparky lebih baik hasilnya daripada sebilah kapak?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 17-9-2019 12:28 PM



Bagaimana Old Sparky berfungsi sebagai medium dalam proses renjatan Voltan Tinggi ini?

Old Sparky berfungsi dengan prinsip asas elektrik iaitu Voltan (V/Voltage) dibahagikan dengan hasil aliran arus Rintangan (R/Resistance).



Dalam hal ini tubuh manusia itu sendiri bertindak sebagai Rintangan terhadap Voltan Tinggi yang disalurkan kepadanya.

Bekalan kuasa untuk Old Sparky terdiri daripada 208V utama, 2640V sebagai transformer sekunder (dengan arus sebanyak 5A). Horisett!!




Gambar menunjukkan Old Sparky dan panel kawalan


Panel kawalan (rujuk gambar di atas) adalah kabinet logam yang terdiri daripada litar kawalan masa.


Diagram Blok


Elektrod yang disambungkan pada Miller di atas Old Sparky diperbuat daripada tembaga padu.



Elektrod-elektrod ini punya klip buaya untuk disambungkan di kaki banduan akhir. Tujuannya adalah sebagai medium untuk menyalurkan arus elektrik dari kotak kawalan panel kepada banduan akhir.

Bagaimana pula helmet yang dipakai oleh Miller?



Helmet itu diperbuat daripada kulit haiwan dan ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu span dan kasa dawai (dawai mata punai).

Tugas garam pada span adalah sebagai konduktor yang efisien untuk menyalurkan talian voltan dan sekaligus membunuh banduan dengan kadar segera, secara tidak langsung mengurangkan penyeksaan mereka sebelum bertemu ajal.

Tanpa span bergaram, tenaga elektrik tidak dapat disalurkan dengan sempurna dan mengalami banyak gangguan daripada rintangan pada badan banduan. Ia akan menyebabkan batang tubuh banduan seperti dimasak hidup-hidup dan terseksa.

Beberapa hari sebelum banduan akhir dihukum, kepala mereka dibotakkan untuk mengelakkan kebakaran pada rambut.

Arus yang disalurkan pada banduan tidak kurang daripada 5A dengan purata kapasiti voltan sebanyak 2000V. Untuk makluman pembaca, nilai arus 0.070A sudah cukup mengganggu fungsi jantung dan menyebabkan kematian. Ada sesetengah bateri kereta mempunya rating 12V;100Ah, ini bermakna bateri tersebut boleh menghasilkan 5A apabila jam keseluruhan mencapai pada 20 jam. Jadi mampukah bateri kereta membunuh anda?

Secara asasnya, kapasiti voltan sebanyak 2000V hingga 2200V, dengan pautan beban sebanyak 5A ia memerlukan kadar masa hanya 60 saat untuk melalui seluruh bahagian badan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 18-9-2019 01:40 AM









Langkah ini akan berulang dengan variasi tertentu dalam voltan sehingga hukuman berjaya dilaksanakan, dan tuil dimatikan.

Jika kita rujuk pada penyelidikan fisiologi kematian yang disebabkan dengan pemancungan kepala, nafas terakhir hanya berlalu hanya selepas 10 saat, akibat penyusutan darah beroksigen (brain ischemia) lantas menyebabkan kematian sel dan kerosakan pada otak akibat keracunan eksitos (excitotoxicity).

Renjatan elektrik Voltan Tinggi seperti penggunaan Old sparky boleh menyebabkan kegagalan tisu dan organ dalaman badan untuk berfungsi dengan baik. Berapa serius tahap kecederaan bergantung kepada nilai bacaan arus yang mengalir (diukur dalam nilai Ampere) melalui badan banduan, tempat yang menjadi laluan masuk dan keluar arus dari badan banduan serta tempoh banduan terdedah kepada aliran arus tersebut.

Pada kebiasaannya, renjatan elektrik ini ditandai dengan kesan terbakar pada kawasan yang menjadi laluan keluar dan masuk arus dari dan ke dalam badan banduan. Ia seterusnya mengakibatkan masalah saluran darah tersumbat, kerosakan saraf dan ketegangan otot.

60 ke 90 saat kematian di atas Old sparky VS 10 saat kematian pemacungan kepala .... Mana lagi terseksa? Apa yang Thomas Edison cuba sampaikan? Eddie Lee Mays adalah banduan terakhir dari penjara Sing Sing yang diragut nyawanya di atas Old Sparky pada tanggal 15 Ogos 1963 dan dua tahun kemudian New York menghapuskan hukuman mati sekaligus menjadikan Old sparky sebagai bahan sejarah yang menggerunkan New York mahupun dunia ketika itu.

Apa yang paling menyedihkan di sini ialah tekanan hidup yang terlalu kuat menyelubungi algojo moden seperti John Hurlburt. Julius Miller adalah banduan yang ke 140 meninggal dunia ditangannya. Rasa bersalahnya itu kian memuncak apabila Mattie, isterinya meninggal dunia pada 26 september 1925 selepas beberapa hari Miller dijatuhkan hukuman bunuh. Pada 22 Febuari 1929, mayat Hurlburt dijumpai di ruang bawah tanah rumah beliau, di Auburn bersama sepucuk revolver dalam genggaman tangannya.

Sedihnya jalan hidup dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 17-9-2019 09:51 PM





Pada awal 2013, Robert Gleason adalah banduan terakhir yang dihukum mati di Jarratt, Virginia dengan bantuan Old sparky. Dia berteriak menempelak ke arah pengawal-pengawal penjara dalam bahasa Gaelic .... Pog mo thoin!!! yang membawa maksud Cium bontot aku lahanat!!! (maaf lahanat tu saya tambah). Beliau menyeringai apabila suis tuil dihidupkan, dan pada ketika itu badannya meronta keras akibat tidak tahan dengan renjatan voltan yang besar lalu menemui ajal tidak lama selepas itu.

Robert Gleason sebelum itu telah bertindak membunuh dua rakan selnya dengan tujuan, perlaksanaan hukuman matinya ditunda. Namun rancangannya itu tidak berjaya ....


Robert Charles Gleason, Jr.


Old sparky merangkumi sejarah hukuman mati di Amerika Syarikat dan "current wars" di antara Edison dan Westinghouse yang membawa kepada pembangunan kerusi elektrik. Mereka menghabiskan masa untuk mengkaji, berbalah teori, menjadikan kerusi elektrik ini sebagai kaedah pelaksanaan hukuman mati yang paling tepat di Amerika Syarikat, sebelum ianya digantikan dengan suntikan maut. Hukuman mati yang terkenal ini diterokai, bersama-sama makanan terakhir yang unik dan kata-kata terakhir yang meruntun hati.

Pada hujung tahun 1880, kerusi elektrik pertama telah direka oleh pekerja-pekerja di bengkel Thomas Alva Edison dibantu oleh teori-teori dari Edison sendiri. Hukuman mati pertama dengan kerusi elektrik dijalankan pada 6 Ogos 1890 di Buffalo, New York, dan banduan tersebut adalah William Kemmler.


Ilustrasi menunjukkan William Kemmler sedang berdepan dengan hukuman mati


Sumber :

Old Sparky : The Electric Chair and the History of the Death Penalty by Anthony Galvin

Robert Gleason murderpedia.org

Hidden History of the Sing Sing Prison








Thank You for Reading Me!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:58 PM | Show all posts
Keje jual mentol kat senheng je, tapi minat betul dgn elektrik2...sampaikan kerusi elektrik pun dia kaji

baidewei, tahniah dik nancy, memang awesome walaupun mengerikan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 17-9-2019 12:58 PM
Keje jual mentol kat senheng je, tapi minat betul dgn elektrik2...sampaikan kerusi elektrik pun dia  ...

dah tak kerja senheng dah kakak.dah kena buang sebab kantoi tidur bawah tv waktu kerja.

thanks kakak.lama tak nampak kakakku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan tt tanya kitaorang macam mana mesin ni brrfungsi.. Best artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam pilem the green mile ( kalau x silap) lakonan tom hanks ada tunjuk macam mana pegawai penjara laksanakan hukuman ni...ada 1 part tu, sorg pegawai penjara balas dendam kat pesalah , dia sengaja x basahkan span masa letak atas kepala..mmg terbakar teruk la..kesian pulak tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MeghanK at 17-9-2019 02:29 PM

sekali lagi artikel yang sangat bagus dari cik Nancy
senang difahami oleh orang yang bukan bidang

anyhoo kesian dekat Hurlburt..dia mesti depress sampai buat keputusan amek nyawa sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm bnyk2 hukuman mati rasanya pancung kaedah terbaik kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-9-2019 01:19 PM
Ingat kan tt tanya kitaorang macam mana mesin ni brrfungsi.. Best artikel ni

terima kasih kurex.     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
che_yatt replied at 17-9-2019 01:48 PM
dalam pilem the green mile ( kalau x silap) lakonan tom hanks ada tunjuk macam mana pegawai penjara  ...

ohhhhhh cerita tu memang terbaik adaptasi dari karya stephen king.cerita pasal paul dengan coffey <<<< bulky gila badan mike masa ni.



bagus awak dapat ingat scene tu dan kaitkan dengan artikel ni.macam tu lah kalau tak apply air garam kat span, arus elektrik secara paksa akan mengalir ke badan melalui rintangan2 dan beban2 yang banyak.

prinsip di antara, volt, influare/intensity, load..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 17-9-2019 02:00 PM
sekali lagi artikel yang sangat bagus dari cik Nancy
senang difahami oleh orang yang bukan bidang
...

masa tu meg dua orang state electricians commit suicide dari penjara yang sama dan tempat yang sama.

penjara Sing Sing, NY.

thanks meg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 17-9-2019 02:00 PM
Dlm bnyk2 hukuman mati rasanya pancung kaedah terbaik kan..

benar sekali boomibulat.

terima kasih kerana sudi baca.

kalau ada kelapangan awak boleh baca kajian tentang hukuman pancung oleh Dr. Francis Crick.boleh google nama tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
old sparky yang ada di setiap penjara kat US (virginia, west virginia, NY ect ect) dibina oleh banduan2 itu sendiri.

jadi mereka buat kerusi tu, untuk cabut nyawa mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:51 PM | Show all posts
murung kejap lepaih tgk gmbor
tk jadi komen apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 17-9-2019 02:51 PM
murung kejap lepaih tgk gmbor
tk jadi komen apa2

haha thanks bang kredit.

@seribulan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:00 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 17-9-2019 02:53 PM
haha thanks bang kredit.

@seribulan

tkde masalah, tered yg baik
projek seterusnya... EVH 5150iii 15w/50w amplifier head
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:55 PM | Show all posts
maaf thread ni cm kari ngeri terus demam akak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat movie The Green Mile bila baca benang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.101373 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list