Mahkamah Majistret Ipoh menggugurkan kes penderaan seks seorang kanak-kanak bawah umur di sebuah sekolah tahfiz, atas arahan Peguam Negara, lapor Malay Mail.
Menurut berita itu lagi, dua bulan lalu mahkamah mendapati kejadian pencabulan itu sememangnya berlaku, bagaimanapun kelmarin kes itu digugurkan tanpa sebarang penjelasan.
Kredit foto: Carian Google
Pengguguran itu berikutan surat yang diterima daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perak yang menerima arahan daripada AG Tan Sri Tommy Thomas berkenaan Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Kredit Foto: Says.com
Peguam mangsa, Asiah Abd Jalil berkata di bawah peruntukan itu membenarkan AG untuk menamatkan prosiding perbicaraan tersebut.
Kes itu melibatkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang mendakwa didera secara seksual oleh pelajar senior selama 5 bulan di Maahad Tahfiz al Barakah, Manjo, Ipoh yang sebelumnya dimiliki oleh pendakwah selebriti, Datuk Kazim Elias.
Krdeit Foto: Carian Google
Kes itu menjadi hangat pada tahun 2016 selepas diviralkan oleh selebriti TV Wardina Safiyyah dan aktivis social Syed Azmi.
Ibu kepada mangsa, Johanna Sarah Harun Ronald kecewa dengan keputusan itu kerana percaya dokuman dan bukti menyokong dakwaan tersebut. Menurutnya, mereka kini bercadang untuk mengemukakan saman terhadap sekolah tersebut atas alasan kecuaian.
'Saya rasa anak saya tidak menerima keadilan, kini di usia 13 tahun dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk rawatan terapi selama 3 tahun' katanya lagi. - CARI |