Seorang penceramah bebas dari Pertubuhan IKRAM Malaysia, Mohammad Fadhli yang sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pendidikan seks mendedahkan kebimbangan mengenai amalan seks tidak sihat di Institut Pendidikan Tinggi.
Kredit foto: Facebook
Sebagai buktinya, Fadhli berkongsikan beberapa keping gambar yang diterimanya daripada seorang rakan, Felo asrama lelaki di sebuah IPT. Gambar-gambar itu memaparkan kondom yang telah dipakai.
'Malam tadi seorang rakan hantar gambar ni, dia Felo di sebuah IPT' jelasnya.
Menurutnya menerusi pengisian dalam ceramahnya ada dibincangkan mengenai ketagihan pornografi dan akibatnya.
Kredit foto: Facebook
'Antara punca seks sejenis ialah ialah apabila mereka yang dah ketagihan porno sudah tidak syok buat onani dengan tangan sendiri, mereka mula cari objek atau tangan orang lain' dakwanya.
Mendedahkan pengalamannya memberikan ceramah, Fadhli berkata ramai mahasiswa mengaku kepadanya bahawa mereka ketagih pornografi dan onani sehingga beberapa kali terlanjur dengan wanita.
Pendedahan Fadhli turut menarik beberapa orang netizen berkongsi penemuan di asrama masing-masing.
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Fadhli menyeru mahasiswa yang ketagihan supaya mendapatkan rawatan atau menghubunginya menerusi Facebook Malaysia Against Pornography untuk bantuan rawatan psikologi dan kaunseling. - CARI |