Polis menahan empat penunggang basikal lajak yang leka bermain basikal mereka di sekitar kawasan Tasik Tambahan, Ampang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari'at, berkata kesemua mereka yang berusia 11 hingga 15 tahun itu ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula 3 petang.
“Semakan mendapati kesemua basikal telah diubah suai dan tidak mempunyai brek. Polis turut menyita empat basikal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Peraturan 42(1)(a) Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.
Baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain basikal lajak di jalan raya tular di laman sosial.
Perbuatan yang dipercayai berlaku di Ampang itu dirakam oleh pemandu teksi yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
please la pihak polis nampak dorang ni angkut je, sbb die kte yang tengah drive ni terkejut tetibe ade benda meluncur je kt tepi tengah2 malam pulak tu
Post time 30-10-2019 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagusla tahan..soal siasat makbapak tu skali..
Tempat aku ni dulu adala jugak nampak budak2 lajak ni..
Now dah tak nampak dah syukur semoga diorg berubah jadi budak baik..
Aku tak salahkan budak2 ni..tapi aku salahkan makbapak tak guna yg tahu buat anak tapi tak tahu jaga dan didik..