CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2540|Reply: 15

Akhirnya Isteri Lelaki Ini Hamil Selepas Beliau Minta Kucing Berdoa

[Copy link]
Post time 28-11-2019 01:05 PM | Show all posts |Read mode





Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.

Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.

Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.

Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.

Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.


Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.

Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

"SETIAP KALI BERI MAKAN PADA KUCING, SUAMI AKAN CAKAP DENGAN KUCING MINTA DOAKAN SUPAYA KAMI JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT. MEMANG ITULAH SATU-SATUNYA PERKARA DIA AKAN KATA PADA KUCING"


Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.

Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.

Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.

Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.

Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.

Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.

Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri.

Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.

Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.

Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?

Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah.

Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
balik2 cerita tuiter...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 03:47 PM | Show all posts
umur baru 24 kot.. kawin pun baru 2 tahun..
jenis suka berlumba sapa kawin sapa beranak dulu ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 04:16 PM | Show all posts
Ada budak di office ni pun macam gitu. Dia dah berkahwin 10 tahun and tidak ada anak. Pastu dia bela kucing. bela dalam 3thaun gitu and satu hari dia jumpa kucing lumpuh and dia bela juga. Kucing tu kena pakai pampers setiap hari . Dia sempat bela dalam 1 tahun sebelum kucing tu mati.
1 minggu lepas kucing tu mati, dia found out yang dia pregnant. Dia kata Allah gantikan kuceing tu dengan baby.
sekarang ni baby dia dah 2 tahun and dia pregnant lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rezeki ko. Xpyhla canang merata. Kandungan pun baru lg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 06:20 PM | Show all posts
Kebetulan dah rezeki, jangan bila dah ada anak nanti gigih nak perasan macam single seperti  kebanyakan yang ada zaman sekarang ni sudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun selalu suruh kucing adik aku doakan. Tp xmakbul lg pun. Xberiman agaknya kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada betul jgk dengan sedekah tu la menambahkan lagi rezeki kita..so,banyakkanla sedekah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm dejavu lak sbb pernah baca artikel ni kt board ni jugak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 12:01 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 28-11-2019 06:40 PM
Aku pun selalu suruh kucing adik aku doakan. Tp xmakbul lg pun. Xberiman agaknya kucing tu

win sgt komen ni. berjaya buat aku gelak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 07:50 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 28-11-2019 06:40 PM
Aku pun selalu suruh kucing adik aku doakan. Tp xmakbul lg pun. Xberiman agaknya kucing tu

tak beriman apanye dah hg bg makam kibbles cap ayam lenkali beli makanan kucem dlm tin yg mahai tuh
kucem pun nak merasa kena rasuah jgk
jgn jadi kucem sorang artis tuh terjun flat bunuh diri sebab tuan dia bg kibbles sama seumoq idop
tak berimankah kucem artis tuh??

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 10:55 AM | Show all posts
meol mewakili kucen2 comel seantero malaya nak ucapkan timer kaseh kepada manusia2 yg sudi belai, jaga & bela kami dgn penuh kasih sayang..

weol sgt gembira sekiranya tuan-tuan & puan-puan xmenganiaya kami..

ajarilah anak2 kalian juga utk menyayangi kaum kami yg lemah ini...

sekian time kaseh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2019 02:47 PM | Show all posts
tak paham dgn org yg bela kucing cmni.. tapi semut tu sehari dah bape ratus mati dipijak oleh ko, ko tk kisah plak?

apa semut pun bukan binatang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2019 09:39 AM | Show all posts
tapi  betul lah.. ada terjadi pada kawan sekeliling i.. mungkin rezeki Allah nak bagi. kita buat baik kan ada ganjarannyaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 budak bulus yg iols bela ni doa yg baik2 la hari2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 08:56 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 28-11-2019 06:40 PM
Aku pun selalu suruh kucing adik aku doakan. Tp xmakbul lg pun. Xberiman agaknya kucing tu

mana boleh suruh kucing org lain..kena kucing sendiri baru makbul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.239563 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list