|
Aku tak tahulah ini taktik terbaru atau aku sorang jer yang baru tahu taktik nih.
Selalu aku dengar scammer yang call kita perkenalkan diri polis lah, banker lah, mahkamah lah. Tapi aku punya pengalaman lain sikit. Aku dapat sms dari kononnya bank bagitahu kad kredit aku di caj dgn amaun sekian2 dan suruh call no. tertera kalau bukan aku yang buat pembelian. Jadi aku pun tanpa banyak fikir kelam kabutlah call nombor tu nak suruh blok transaksi.
Bila aku call memang mesin jawab sebijik macam operator bank tapi aku bernasib baik sebab takda operator yg jawab panggilan. Panggilan aku mati sendiri walaupun dah berapa kali call. So, aku call no bank yg aku simpan kat hp. Bank pun bagitahu takde amaun tu yg di caj ke kad aku dan itu semua kerja scammer.
Aku mengadu kat kawan aku dan dia cakap kalau call aku berjawab, "operator bank" tu akan minta semua personal info aku dan bermulalah jarum scammer.
Kepada dah tahu good for you. Tetapi kepada yg belum tahu berhati2lah yer. Jangan kalut2 macam aku terus call no tu. Periksa dulu betul ke no bank atau bukan.
Ini aku sertakan contoh SMS yg aku dapat:
RM0.00 CIMB MYR5234.00 was charged on your card num 8223 at Lazada. if this is not your txn, call 1800-81-8945 now
sms dihantar dari nombor: +60196854138
Semoga pendedahan ni dapat selamatkan korang dari jadi mangsa scammer
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkan bank call pakai personal nombor kut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca sms jer. Tak perasan sms tu dari no hp personal. Orang yg teliti mungkin cepat perasan. Tapi kalau orang tu kalut macam aku terus jer call tak menyempat2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for sharing. Xpe, lps ni kita berjaga2. igt satu je. Kalau bab kad kredit, apa2 pun isu yg tiba2 dtg, kita call nombor yg blkg kad tu je.. Nombor yg dari sms, email, wasap smua bahayaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tk ada kad kredit..
tapi kita memang kena jaga2 & kena ingatkan ahli keluarga kita, kawan, sedara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Scammer adalah manusia paling berbakat dan kreatif yach, semua dorang boleh jadi, musim Krismas bakalan jadi santa clause mereka ni, hati2 yach, ho ho ho |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dpt sms jam 1 pg..card di caj oleh google servis. Amounts dia 40 sen je. Masa baca lepas subuh tu,call customer services..terus bank block card tu and dapat card baru |
|
|
|
|
|
|
| |
|