CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3055|Reply: 4

Dr Amalina komen iklan 'overclaim' susu pisang Neelofa

[Copy link]
Post time 4-12-2019 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 4-12-2019 12:43 PM

Dr Amalina Minta Selebriti Perjelas Dakwaan Promosi Iklan ‘Over Claim’
Menceburi bidang perniagaan sememangnya peluang yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan orang yang mahu memperbaiki kehidupannya. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, golongan artis dan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini.
Terbaru, seorang selebriti terkenal, pengacara dan usahawan berjaya sedang giat mempromosikan produk terbarunya dibawah kategori makanan dalam kalangan peminat dan orang awam.
Pun begitu, produk minuman berkenaan telah mendapat perhatian individu dipercayai seorang dietitian dan Dr Amalina sendiri apabila dikatakan ia telah dipromosikan secara ‘over claim’ bagi fungsi kesihatan dan kebaikannya.
“Inilah sebabnya penting untuk semua orang baca label makanan dan senarai bahan sebelum buat keputusan untuk beli. Dengan cara itu, pengguna boleh membuat keputusan lebih baik dan tidak ditipu oleh penjual.”




Menerusi tweet tersebut, Dr Amalina  meminta agar selebriti berkenaan tampil menjelaskan kesahihan kebaikan produk minuman tersebut.
Tambah Dr Amalina, tiada apa yang salah untuk menjual minuman berkenaan, namun pengiklanan yang dibuat mempunyai sedikit ralat.
Hi @***, saya berharap anda dan pasukan anda boleh jelaskan ini? Sudah semestinya tiada apa yang salah untuk menjual susu pisang, tapi pengiklanan tersebut sedikit mengelirukan. Saya pasti anda peka bahawa kita tidak boleh mengiklan sesuatu produk secara ‘over claim’ terhadap manfaat kesihatan, bolehkah anda jelaskan ini? Terima kasih
Tweet Dr Amalina itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut memberikan pendapat masing-masing.
“Setuju. Hanya namakan ia susu pisang. Jangan gunakan informasi mengelirukan untuk pemasaran produk”





Walau bagaimanapun, satu posting Twitter mendakwa bahawa gambar pengiklanan tular itu tidak dikeluarkan oleh pihak HQ namun ia dikatakan hasil edit para stokis atau ejen semata-mata untuk melariskan jualan.“Saya tak pasti tentang ini tapi harap semuanya dapat
dijelaskan"

“Gambar ini bukan daripada HQ. HQ tak pernah claim selain daripada yang ada dalam senarai bahan seperti yang dapat dilihat pada kotak.”






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ala... para2 pentaksub tu peduli apa.. asal retis kesayangan, telan aje... mcm le oil petite kekkek tu, terang2 org kata overclaim, ujung2 sold out juge
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan penjilat tak mampu respon komen Dr, cuma mampu mekak tanpa content. Wakaka... level org yg beli sama level dgn org yg jual, dua2 bodooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 02:42 PM | Show all posts
aku agak ni mesti kerja stokis nak untung cepat..sama mcm stokis/dealer shaklee, herbalife, amway etc.. hq xde pun ckp blh rawat penyakit kritikal, seller yang mandai2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 05:03 PM | Show all posts
Bagus juga ada yang berani menegur kalau ada benda tak betul semoga pengguna tak tersalah pilih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.284086 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list