CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 2

Tolong jangan ganggu tugas jurugambar

[Copy link]
Post time 24-1-2020 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 24-1-2020 10:43 AM

Teruja saksi akad nikah? Jurufoto pendam dalam hati


KUALA LUMPUR, 24 Jan — Tugas jurugambar di majlis perkahwinan sering terganggu dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Haikal Omar memuat video pengalaman yang  ditempuh sendiri dalam satu majlis akad nikah yang dihadirinya baru-baru ini.

“Hendak guna telefon tu boleh. Tapi janganlah buat macam ini pada kami.
“Moment pengantin itu untuk kami persembahkan dalam bentuk video. Jadi macam ni, tak tau la hendak kata apa,” katanya.

Beliau berkata biarpun tripod sudah ditinggikan namun keadaan itu tidak diendah pemilik telefon meskipun tahu ada kamera di belakangnya.

Lantas teguran diterima Haikal daripada Norardilla yang berpengalaman mengurus majlis perkahwinan, mencadangkan Haikal perlu membuat
pengumuman sebelum majlis agar tugasan mengambil video menjadi lebih lancar.

“Selama jaga majlis kahwin, kebanyakkan orang buat macam tu, sebab tak nak orang ganggu jurufoto mereka. Jadi amaran awal-awal. Kita bayar jurufoto bukan mereka,” tulis Norardilla.

Rata-rata yang melihatkan ciapan tersebut memberi maklum balas berunsur usikan agar Haikal tidak terlalu tertekan memikirkan tugasan berbayar itu.

“Bisik kat tok kadi, minta maaf tok, tunggu sekejap. Pastu cubit dia, suruh tepi sikit jangan kacau orang buat kerja.
“Dengan sopan, tapi cubit,” usik Rafidatul Aishah.

Sementara itu, penerbit TV Al-Hijrah juga berkongsi pengalaman sebagai orang media yang sering berhadapan situasi seumpama ketika membuat liputan.

“Kalau jurukamera media tengah buat liputan sidang media menteri ni, dah kena lepok dah telefon tu. Tak pun kena jerit “pakai telefon tepi sebelum aku pijak telefon tu!” kata Hanan Mohd Said, penerbit rancangan Assalamualaikum.

Dilihat isu terpencil, namun perkongsian Haikal mendapat lebih 5,000 tanda suka dan dikongsikan lebih 8,700 kali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 11:52 AM | Show all posts
ape yg aku faham photographer tu upload teguran dlm twitter instead of tegur directly org yg pegang phone tu
dan mungkin anggap 1 Malaysia akan baca twitter dia dan take note bila ada moment camtu
org yg masih buat camtu maknanya dia x paham atau dia xde twitter
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 02:43 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 24-1-2020 11:52 AM
ape yg aku faham photographer tu upload teguran dlm twitter instead of tegur directly org yg pegang  ...

kalau dia tegur direct, tak dapat upload twitter, takde ulang kicau, maka takde orang tau dia buat bisnes fotografi.

marketing..marketing..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.329248 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list