View: 7740|Reply: 19
|
[Falsafah]
KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 11-2-2020 01:45 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tidak lemah, tidak akur, tidak tunduk, tidak menyerah pada kegagalan, tekad yg kuat, semangat yg tidak rapuh, usaha tanpa lelah, pasti menjanjikan kemanisan kejayaan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kegagalan adalah guru terbaik utk kita utk jadi lebih berjaya, lebih kuat dan tabah dari sebelumnya. Jadi lebih bijak dan lebih berhati2 agar tidak mengulangi kesilapan lampau.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kejayaan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tapi datang dari semangat tak pernah kalah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Powerful motivational quote! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Success is not final; failure is not fatal: It is the courage to continue that counts." |
|
|
|
|
|
|
|
G.A.G.A.L.
Perkataan gagal mengikut kata kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak berhasil atau berjaya, iaitu tidak dapat mencapai matlamat yang diimpikan.
Setiap insan di atas muka bumi milik Tuhan ini sudah semestinya pernah mengalami erti kegagalan dalam hidup.
Mungkin ada yang gagal sekali. Mungkin ada yang gagal dua kali. Mungkin juga ada yang gagal beberapa kali. Tetapi, di sebalik kegagalan itu pasti ada hikmahnya.
Sebagai hamba-Nya yang beriman, sudah tentu kita mengetahui bahawa setiap manusia di atas muka bumi tidak akan luput daripada pelbagai jenis ujian hidup yang akan dilalui.
Ujian hidup ini mungkin kesusahan dalam kehidupan ataupun mungkin juga kesenangan. Hal ini merupakan sunnatullah yang berlaku untuk setiap insan yang beriman ataupun kafir.
Allah Ta’ala berfirman: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan
(yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” ( Surah al-Anbiya’/21:35)
Apakah hikmahnya? Tunggulah hadiah istimewa daripada DIA… Kita harus percaya bahawa ada hikmahnya nanti. Hikmah yang tidak diduga oleh hamba-Nya yang beriman.
Pernahkah kita terfikir, kenapa perkataan gagal itu hadir dalam kamus kehidupan kita walaupun kita tidak meminta kegagalan itu hadir?
Pernahkah kita berfikir, apakah sebenarnya kata-kata al-Quran untuk kita?
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al- ‘Ankabut : ayat 2-3)
Keputusan SPM 2007 yang diumumkan cukup mengecewakan diriku. Ramai kawanku mendapat keputusan yang cemerlang. Ada yang berjaya mendapat 8A, 7A, 6A, 5A dan 4A. Namun keputusan SPM diriku hanya cukup-cukup makan.
Aku kecewa tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.
“Gagal SPM bukan penamatnya,” ayat umi sentiasa tergiang-giang di telingaku.
“Umi nak anak umi masuk ke tingkatan enam,” ayat umi yang ini terus meresap ke sanubariku. Aku bertekad hendak masuk ke tingkatan enam.
“Think like a queen. A queen is not afraid to fail. Failing is another steppingstone to greatness.” – Oprah Winfrey
Teringat aku dengan kalam-Nya. “Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (Surah Ali Imran : ayat 139)
“Nenek selalu pesan Kakak akan dapat masuk universiti,” ayat ketiga umi membuatkan air mata ini mengalir. Besarnya harapan arwah nenek terhadap diriku.
Alangkah indahnya seandainya aku dapat menatap wajah arwah nenekku. Al fatihah…
Aku teringat kata-kata sarjana barat, iaitu Lao Tze ada mengatakan bahawa perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Aku akan memulakan langkah kejayaanku dengan menyambung pelajaran di tingkatan enam.
Ramai yang mengatakan bahawa tingkatan enam susah. Ada juga yang menyindirku. Ayat-ayat pematah semangatku sering terjadi.
Teringat aku tentang ayah sahabat baikku. Pada awalnya, anaknya masuk ke tingkatan enam bersamaku. Selepas itu, dia mendapat tawaran ke UITM.
Ayahnya membanggakan diri dengan menyatakan bahawa walaupun anaknya mendapat 1A, dapat juga ke UITM. Ayahnya berpesan kepadaku supaya tidak masuk ke tingkatan enam, nanti sia-sia belajar.
Apabila mendengar kata-katanya itu, terasa air mata ini ingin mengalir laju. Aku cuba menahan aliran air mataku supaya aku lebih tabah berhadapan dengannya.
Bagi diriku, itu rezeki anaknya dapat masuk ke UITM. Rezekiku mungkin bukan di UITM tetapi aku yakin rezekiku akan menyusul setelah aku mendapat keputusan STPM nanti. Aku akan tunggu detik ini nanti.
Aku mahu buktikan kepada ayah sahabatku itu bahawa aku tidak akan sia-siakan peluang terakhir yang Allah beri untuk aku mengejar impian ke menara gading. Aku mahu pastikan amanat nenekku itu satu impian yang pasti!
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan!
Aku harus berusaha bersungguh-sungguh. Aku yakin bahawa Allah Ta’ala akan memberikan balasan kebaikan kepada hamba yang dikehendaki-Nya, iaitu ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya.
Inilah yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya, iaitu surah at-Taghabun ayat 11:
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah, barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Alhamdulillah… Aku berjaya!!!
Amanat arwah nenekku berjaya ditunaikan. Aku berjaya menjejak kaki ke menara gading, iaitu ke Universiti Putra Malaysia…
Terima kasih Allah!
Gagal dalam hidup ini sebenarnya satu platform untuk diri seseorang itu bangkit dalam zon gagal kepada zon berjaya.
Seandainya kita tidak pernah gagal dalam kehidupan ini, kita tidak akan merasai betapa nikmatnya disayangi oleh DIA. Kita juga tidak akan merasai betapa pahitnya kegagalan.
Akhirnya, kita akan merasai betapa manisnya kejayaan setelah kita berusaha bersungguh-sungguh menempuh kepahitan itu.
Terima kasih untuk #gagal kerana daripada #kegagalan itu ada ibrahnya yang boleh aku pelajari. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
Setiap detik kegagalan merupakan satu anjakan paradigma kepada diri sendiri untuk bangkit setelah rebah!
Semoga kita semua terus memburu kejayaan dunia akhirat!
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei. Berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kegagalan adalah permulaan kepada sebuah kejayaan |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Allah tidak menjanjikan hidup ini mudah tetapi Allah berjanji setiap kesulitan pasti ada kemudahan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-2-2020 10:36 AM
G.A.G.A.L.
Perkataan gagal mengikut kata kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak berhasil atau ...
Kaka.. iols tertipu. Ingatkan psl kaka pada awalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga Solat + rajin + usaha berterusan + istiqamah + tak putus asa = Kejayaan |
|
|
|
|
|
|
|
Kejayaan tak boleh diukur dgn berapa besar pangkat ko, berapa byk gaji ko, berapa mahal rumah ngan kereta ko. It's meaningless... Kalo ko tak jaga hak Allah. Tu je formula kejayaan dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|