Edited by Boomibulat at 11-2-2020 07:34 PM
Tarak paham apa macam itu budak boleh tercampak keluar dari itu kereta..sapa2 ada paham boleh kasi cerita sama saya..
SEKARANG BARU SIKIT2 ADA PAHAM INI JALAN CRITA..
Tiba-tiba anak di pangkuan hilang
“SAYA tanya suami anak mana. Tiba-tiba saya panik dan cemas,” kata T Citra, ibu kepada S Tisshaaands, kanak-kanak berusia dua tahun yang tercampak keluar dari kereta selepas kenderaan dinaiki itu dilanggar kereta lain.
Citra, 26, berkata, dia terkejut apabila anak bongsunya itu yang sedang tidur dan berada di pangkuannya terlepas dari pegangan dan tercampak keluar dari cermin kereta yang pecah.
Suri rumah itu berkata, kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak dapat berfikir apa yang terjadi selepas terkejut kereta dipandu suami, K Satthiaseenan, 31, dilanggar.
“Secara tiba-tiba bunyi hentaman kuat di sebelah kiri kereta kami menyebabkan cermin sebelah penumpang pecah.
“Saya hanya mendengar anak sulung dan dua anak saudara di tempat duduk belakang menjerit. “Tidak menyangka anak yang sedang dipangku tercampak keluar melalui cermin kereta yang pecah itu.
“Sebaik kereta kami berhenti disebabkan tayar hadapan pecah, saya terus keluar dan mendapati anak yang ketika itu berada di lorong tengah lebuh raya.
Saya terus meluru ke arahnya dan lihat ada darah pada mukanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ), Seremban, petang tadi.
Citra berkata, mereka sekeluarga yang menaiki Honda Civic dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Cempaka Rantau, selepas menyambut Thaipusam di rumah abang ipar di Johor Bahru, Johor.
“Detik cemas ini sukar dilupakan namun saya sedikit lega kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa. “Namun kesal kerana kejadian itu mengakibatkan anak saya mengalami luka di muka dan kepala,” katanya.
Dalam kejadian di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Simpang Empat, Melaka ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan, Honda Civic dipandu Satthiaseenan dilanggar sebuah kereta lain yang dipercayai dipandu laju.
Kejadian berlaku 3.21 petang semalam dan akibat pelanggaran itu, kereta dipandu Satthiaseenan hilang kawalan dan melanggar besi penghadang lebuh raya.
Kereta itu kemudian terlanggar belakang Perodua Myvi yang memandu di lorong tengah.
|