Kalau diberi pilihan, semua orang mahu jadi orang kaya. Siapa yang tidak mahu hidup senang kan?
Pasti semua keinginan akan dipenuhi kerana duit bukanlah masalah. Namun, bukan semua orang tuhan jadikan bernasib sedemikian.
Seorang remaja melalui tw!tternya kononnya mengadu betapa beruntungnya kalau dapat ibu bapa yang kaya kerana semuanya boleh diminta pada mereka.
Kredit foto: Twitter
Tanpa disangka, ciapan berkenaan mendapat perhatian dan akhirnya beliau teruk dikecam wargamaya kerana dilihat mengadu tentang ibu bapa sendiri.
Kredit foto: Twitter
Selepas dihentam teruk, beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa tiada sedikit pun niat untuk memburukkan ibu bapanya.
Sebenarnya tweet berkenaan ditujukan kepada sahabat baiknya yang menuduh beliau membeli telefon baru menggunakan duit kedua ibu bapanya.
"Sorry if my ayat nampak aku kutuk mak bapak aku, I love both of them so much."
Kredit foto: Twitter
Itulah. Kadang-kadang orang boleh salah faham apa yang kita tulis di media sosi@l apatah lagi sekiranya menyentuh isu-isu sensitif macam ni.
Sebenarnya lagi puas hati apabila sesuatu perkara itu kita usahakan menggunakan hasil titik peluh kita sendiri tanpa menyusahkan sesiapa termasuklah ibu bapa kita sendiri. - CARI |