Doktor pakar bersama seluruh ahli keluarganya dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh selepas mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19.
Isteri doktor berkenaaan berkongsi mengenainya di laman F@cebook.
Terdahulu, KKM telah memaklumkan seramai 39 kakitangan disahkan positif Covid-19. Difahamkan, suaminya merupakan salah seorang doktor pakar di Hospital Teluk Intan, yang bertugas di jabatan kecemasan.
Namun, keluarga ini begitu positif dengan dugaan yang menimpa ini. Perkara ini dikongsi menerusi Tw!tter anak pasangan ini.
" Walaupun kami positive COVID-19 , kami satu keluarga akan mengharunginya bersama. Keadaan kesihatan kami ok. Jadi ini video tiktok untuk menghiburkan kami di hospital."
Wargamaya turut mendoakan kesembuhan keluarga ini.
Kredit foto: Twitter @errikaaaaaaaa
Yang nak mengorat pun ada. Sempat lagi tu!
Kredit foto: Twitter @errikaaaaaaaa
Satu keluarga masih kuat semangat dan kekal positif walaupun sedang berjuang melawan wabak maut. Semoga cepat sembuh ya! - CARI
|