Edited by julia5094 at 2-5-2020 12:17 PM
Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan. Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja. Saya sendiri tak pernah terfikir pun nak meniaga sebenarnya. Sampaila satu tahap, kewangan berada kat paras hidung. Hutang kad kredit makin lama makin membukit. Last2 terpaksa cari jalan untuk keluar dari masalah tu. Ingat lagi, masa mula2 kerja. Anak 3 orang berderet. Umur dekat2 pulak tu. Ingat lagi masa awal2 dapat kerja, tahun 2008. Masa tu anak sulung 4 tahun, anak no 2 (2 thn) dan anak no 3 (1thn). Masa tu semua anak masih minum susu dan 2 lagi masih pakai pampers. Nursery pulak masa tu untuk 3 orang hampir 1K. Hubby n saya pun bukan gaji besar sgt masa tu. Kebetulan pulak masa tu kami pindah rumah sendiri dan baru je beli kereta baru (sebelum tu setahun kami tak ada kenderaan). So masa tu memang banyak komitmen yang perlu di bayar. So nak tak nak kena la cari pendapatan tambahan. Di sebabkan saya ni jenis tak suka berurusan dengan orang depan2. So saya lebih selesa jual secara online. Ingat lagi produk pertama yang saya jual..cloth diapers. Mula2 tu beli pasal nak jimat pampers. So mai la idea nak jual. Lama jugak dok jual..dan keuntungan boleh tahan la jugak. Boleh la cover mana yang patut. Tapi tak bertahan lama, pasal susah nak compete dengan supplier besar. Tapi, walaupun bisnes cloth diapers tu dah stop..tapi saya tetap je berniaga online macam biasa...macam2 la jual..walaupun kecil-kecilan. Bab orang tua cakap, baik lah ada, dari tak ada langsung kan?? So, korang semua..apa yang membuatkan korang start berbisnes ni. Tak kira la kecil ke..besar ke..sila share. TQ
|