GALAKSI VIRAL - Tahun 1992 masih merupakan tahun kegemilangan Ratu Rock Ella kerana album beliau berjudul 30110 menjadi album paling laris tahun 1992. Anggaran jualan album ini ialah lebih 300,000 unit. Oleh itu, secara tidak rasmi, ianya turut mengesahkan populariti Ella sebagai Penyanyi Paling Popular tahun1992. Untuk Penyanyi Lelaki Paling Popular pula jatuh kepada Nash dan Kumpulan Paling Popular ialah Fotograf. Artis Baru Paling Popular tahun 1992 ialah kumpulan 4U2C. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Fauzi Marzuki. Tahun ini juga merupakan tahun permulaan populariti irama Rap/Hip Hop di Malaysia apabila kumpulan 4U2C meletop dengan lagu Fiona. Selain itu, kemunculan Sandy Suzukii iaitu penyanyi Jepun yang menyanyikan semula lagu klasik Melayu seperti Ikan Kekek dan Lengang Kangkong dalam versi Remix telah membawa satu perubahan baru dalam dunia muzik Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila banyak lagu Irama Malaysia yang mula digabungkan dengan muzik lain sehingga wujudnya irama Pop Etnik Fusion seperti lagu Monolog Duka Noraniza Idris, Yang Remeh Temeh Pak Pandir, Siti Payong Liza Aziz, Khazanah Malaya Ayati Tasrip dan banyak lagi. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1992 di Malaysia.
TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR
TAHUN 1992
01. ALAM FANA CINTAMU
Artis : Fotograf
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Zur' Ain
Album : Fotograf 92
Tahun : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1992. Tahun ini juga kemuncak kejayaan di dalam karier kumpulan Fotograf. Antara kejayaan yang diperolehi ialah menjadi Juara kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992, Lagu Paling Popular Radio (kumpulan) Pujaan Nescafe 10 1992 dan Kumpulan Paling Popular di Anugerah Bintang Popular. Lagu ini juga pernah memegang rekod paling lama No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1992 iaitu selama 15 minggu tidak berturutan iaitu daripada tahun 1992 hingga 1994 dan berada di dalam carta selama 23 minggu. Jualan album mereka pada tahun itu ialah sebanyak 40,000 unit sahaja.
02. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Artis : Jamal Abdillah
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Jamal
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Balada paling popular daripada Raja Pop Jamal Abdillah kerana populariti lagu ini yang bertahan lama dan menjadi malar segar sehingga kini. Lagu ciptaan komposer legenda Fauzi Marzuki ini juga telah berjaya memenangi Lagu Paling Popular Radio (solo) dan Persembahan Terbaik (solo) di pertandingan akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 7 minggu berturut-turut dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 di dalam kategori Pop Kreatif.
03. PADA SYURGA DI WAJAHMU
Artis : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Nash
Tahun : 1992
Catatan :
Satu lagi karya mantap daripada komposer legenda Fauzi Marzuki apabila lagu nyanyian Nash telah berjaya menjadi Juara kategori Pop Kreatif dan Anugerah Juara Lagu tahun 1992. Berikutan impak populariti lagu ini juga, secara tidak langsung telah memberikan kemenangan berganda kepada Nash apabila berjaya memenangi undian anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 19 minggu.
04. MADAH BERHELAH
Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Madah Berhelah
Tahun : 1991
Catatan :
Lagu signature Ratu Pop Ziana Zain ini adalah salah satu lagu paling kerap dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di negara kita walaupun kita semua sedia maklum lagu ini sebenarnya antara lagu yang sukar dinyanyikan kerana memerlukan stamina vokal yang sangat mantap dan nada tinggi yang jitu. Selain itu., lagu ini juga berjaya membuktikan yang Ziana adalah Ratu Pop in the making kerana kelainan vokal beliau dan gaya nyanyian beliau yang unik. Antara teknik vokal beliau yang kerap dipuji ialah sebutan nyanyian Ziana sangat jelas/bulat dan teknik vibrato yang dinamik serta sedap didengar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 14 minggu. Jualan album ini pada tahun ini ialah sebanyak 40,000 unit.
05. SATU
Artis : SM Salim feat Zainal Abidin
Komposer : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Nizam & Zainal Abidin
Album : 1
Tahun : 1992
Catatan :
Tiada siapa yang akan menjangka Raja Irama Malaysia SM Salim akan berduet dengan Raja Pop Etnik Zainal Abidin di dalam satu lagu dan lagu itu juga dinamakan dengan judul Satu. Lagu unik dan kreatif ini sememangnya menarik perhatian ramai peminat seni hiburan dan boleh dikatakan lagu ini adalah salah satu karya lagu Etnik Malaysia yang terbaik dan malar segar sehingga kini.
|