Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi temp0h Jun hingga Disember 2020.
Beliau memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi men4ngani k3san pandemlk C0vld-19.
Salah satu daripada 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana itu adalah internet percuma 1GB dari 8 pagi hingga 6 petang sehingga 31 Disember.
Ia boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, berita dan persidangan video serta akses percuma tanpa had bagi laman web dan aplikasi C0vld-19 seliaan kerajaan.
Sumber:bernama TV
Petikan Dari Sumber Astro Awani Pula Berkata:
PUTRAJAYA: : Syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan secara percuma itu akan dinikmati rakyat sehingga 31 Disember 2020.
“Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.
“Perkhidmatan ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.
“Selain itu semua pengguna akan dapat mengakses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi COVID-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya dalam pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek di sini, pada Jumaat