|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-6-2020 01:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pelopor Skim Cepat Kaya Terawal Di malaysia
Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, seorang pengendali skim cepat kaya yg paling popular di Malaysia pada era 1980-an. Pak Man Telo dikatakan menjalankan operasi skim cepat kaya yang dinamakan Skim Pestama Berhad sejak penghujung dekad 1970-an. Osman pada asalnya hanyalah seorang penduduk biasa yang bekerja sebagai wartawan sambilan Bernama di Taiping. Ketika zaman kemuncak skim berkenaan, Pak Man Telo menjanjikan pulangan dividen yang lumayan iaitu sehingga 12 peratus setiap bulan menyebabkan ramai pelabur mula menyertai skim berkenaan dengan harapan ingin mengaut keuntungan segera.
.
Pada 14 Mac 1990 - Pak Man Telo dijatuhkan hukuman denda RM250 ribu. Pada 2 Mac 1992 Pak Man Telo yang ketika itu berusia 65 tahun sekali lagi telah didapati bersalah buat kali kedua, dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM500 ribu.
.
Skim cepat kaya Pak Man Telo digelar sebagai salah satu skandal kewangan yang terbesar di Malaysia, setanding dengan kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF). Bank Negara Malaysia mendakwa Pak Man Telo telah mengambil deposit sebanyak RM99.09 juta daripada orang ramai (dianggarkan 50 ribu orang) tanpa memiliki lesen. Beliau meninggal dunia pada tahun 1997 di bulan Disember ,berusia 70 tahun. Al fatihah.
Kesimpulanya dari Fakta Nenek Jauhi lah Skim Cepat Kaya sesunguhnya Tiada Jalan pintas di dunia ini untuk menjadi kaya.
#Faktanenek #Faktaitubenar #Faktadunia |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tgk ramai saudara mara adik beradik bermasam muka sehingga kini disebabkan PMT ni ... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-6-2020 02:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
airisa replied at 11-6-2020 02:06 AM
Sedih tgk ramai saudara mara adik beradik bermasam muka sehingga kini disebabkan PMT ni ...
Itulah sejarah ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang marah sangat tertipu pastu gi culik anak pak man telo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang pun ada gak yang ala2 pak man telo tapi heols tak tunjuk muka sangat. Dengar kata dah cerai dengan datin.
|
|
|
|
|
|
|
|
thekillingcyber replied at 11-6-2020 01:53 AM
Pelopor Skim Cepat Kaya Terawal Di malaysia
Pak Man Telo ialah nama gelaran kepada Osman Hamzah, ...
pak man telo ni sbnrnya main forex, dia buat jadi skim. faham jelah. kalau main forex ni, kena faham untung atau rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sekolah rendah lg masa tu, pakcik aku dok taiping slalu dtg cite psl skim ni last2 mak aku join skali masuk skim ni.. mmg gempak aa time tu tp aku kecik lg x paham sgt pun bila dgr org tua bercerita..
bila dah masuk keje lps grad, rupanya salah sorg opismate aku tu anak PMT |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 biasa sangat dengar cite skim pak man telo. Masa tu tak paham sangat apa benda. Katanya melabur untuk dapat untung banyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
little_sis replied at 11-6-2020 06:28 AM
aku sekolah rendah lg masa tu, pakcik aku dok taiping slalu dtg cite psl skim ni last2 mak aku join ...
proceed story la sis..
apakeh rahsia kejafian sebenar PMT ni..ada tak ko korek story kt member anak PMT ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Suka baca pasal cerita pmt ni. This is literally the perfect model of skim cepat kaya. Takde bisnes or pelaburan ape pun. Just ambik duit byk2 dan distribute sampai pecah lobang. Sampai skrg kalau x silap katenye x tau mane duit byk2 pmt ni sorok. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 11-6-2020 07:46 AM
Suka baca pasal cerita pmt ni. This is literally the perfect model of skim cepat kaya. Takde bisnes ...
Masa polis serbu.. pekerja dia amik duit letak dlm plastik hitam.. selambak duiy.. ade pekerja tuu bina rumah banglo kat changkat jering.. mmg mewahla pshl budak kg je.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih... 99.9 juta... bayar mahkamah x sampai sejuta.. xhabis makan 7 keturunan.. tp kalau keturunan dia x fikir halal haram la.... family dia apa cita eh... hidup aman bahagia kah |
|
|
|
|
|
|
|
koko2 replied at 11-6-2020 07:35 AM
proceed story la sis..
apakeh rahsia kejafian sebenar PMT ni..ada tak ko korek story kt member an ...
ala... idak le berani nak bzbodi masa tu.. maklum le first job, nak bergosip tak pandai lg.. tapi dgr le citer org yg anaknya tu pun loaded gak la.. penampilan biasa je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Daftpunk_shine at 11-6-2020 03:32 PM
Walaupun ramai orang tahu bahawa skim ini tidak mempunyai 'business model' atau apa-apa perniagaan yang memulangkan hasil, ramai juga yang terpengaruh kerana skim itu tidak pernah gagal membayar dividen yang tinggi kepada para pelaburnya.
Sejak beroperasi, Skim Pak Man Telo menjadi semakin popular dan pendapat kepercayaan orang ramai kerana berjaya mengekalkan pembayaran dividen dengan lancar kepada setiap para pelaburnya dalam tempoh bertahun-tahun lamanya.
Tambahan pula, ada beberapa peserta awal skimnya itu berjaya menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Orang ramai menjadi rambang mata apabila skim cepat kaya Pak Man Telo menawarkan pulangan sebanyak 10-12% pulangan setiap bulan.
Akan tetapi, kelancaran operasi Skim Pak Man Telo itu mula menjadi goyah pada penghujung tahun dekad 1980-an. Pada 1 Oktober 1989, beberapa pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyerbu Pak Man Telo di Taiping untuk menyiasat kegiatan skim yang dikendalikannya.
BNM kemudian telah membuat serbuan kali kedua pada 23 November 1989 dan merampas wang tunai sebanyak RM 1.7 juta di rumahnya. Pada waktu itu, Pak Man Telo bersama isteri (Maimunah Taib) dan anak lelakinya (Abdul Rahman Osman) telah ditahan pihak berkuasa kerana
Pada 11 Januari 1990, Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melanggar Akta Bank dan Insdustri Kewangan 1989. Isteri dan anak lelakinya pula dituduh bersubahat. Akan tetapi mereka bertiga mengaku tidak bersalah.
pak man telo pengasas skim penipuan di malaysiaPak Man Telo dibebaskan dengan ikat jamin RM 1 juta dan pasportnya dirampas, manakala isteri dan anak lelakinya masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 200 ribu dengan seorang penjamin. Semua ikat jamin itu dibayarnya secara tunai.
Pak Man Telo, isteri dan anak lelakinya dibicarakan di mahkamah pada 13 Mac 1990. Pak Man Telo mengaku bersalah atas tuduhan mengambil deposit tanpa memiliki lesen. Hukuman ke atas Pak Man Telo dijatuhkan keesokan harinya tetapi isteri dan anak lelakinya dibebaskan.
Hakim juga memerintahkan agar wang tunai sebanyak RM 1.7 juta yang dirampas dari kediaman Pak Man Telo dipulangkan semula kepadanya kerana tiada undang-undang yang membolehkan BNM berbuat demikian.
Pak Man Telo telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 250 ribu atau setahun penjara. Dia membayar denda itu menggunakan wang tunai. Walaupun bersalah, para penyokongnya yang berada di perkarangan mahkamah menyambut Pak Man Telo dengan penuh kegembiraan dan melaungkan "Hidup Pak Man!".
Skim Pak Man Telo beroperasi seperti biasa. Ketika inilah popularitinya meningkat dengan mendadak dan skimnya melalui tempoh 'gemilang' kerana sudah terkenal di seluruh negara. Pulangan dividen berjumlah 10 peratus dibayar tanpa gagal, malah kemudiannya telah dinaikkan kepada 12 peratus pula.
Pada bulan September 1990, para pelabur mula perasan bahawa pulangan dividen mereka sudah tidak lagi dimasukkan ke dalam akaun bank seperti sebelumnya. Pak Man Telo pula mengumumkan penurunan kadar dividen daripada 12% kepada 5% sahaja.
Ramai para pelabur menyerbu kediaman lelaki itu bagi meminta penjelasan. Pak Man Telo memberi alasan bahawa ia berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia akibat Perang Teluk. Selain itu dia juga menyalahkan terjadi penyelewengan di kalangan ejen-ejen.
Pada Januari 1991, keadaan menjadi teruk apabila Pak Man Telo gagal membayar pulangan dividen seperti yang dijanjikan. Orang ramai berkumpul di rumahnya bagi menuntut wang pelaburan masing-masing sehingga terjadinya kekecohan. Kereta Pak Man Telo telah dirosakkan.
Sebulan selepas itu, keadaan menjadi semakin parah apabila sekumpulan senam orang lelaki telah menculik seorang anak lelaki Pak Man Telo (Abdul Razak Affendi) dan mengurungnya di Hotel Tropicana, Kuala Lumpur, selama seminggu. Mereka meminta agar Pak Man Telo membayar ganti rugi sebanyak hampir RM 430 ribu. Walau bagaimanapun, mereka semua berjaya dikesan dan diberkas pihak polis.
Pada April 1991, Pak Man Telo telah ditahan selama beberapa minggu oleh pihak polis dari Bukit Aman setelah ada antara pelabur skim cepat kayanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.
Hasil siasatan lanjut, BNM mendakwa Pak Man Telo di mahkamah atas tuduhan mengambil wang deposit daripada orang ramai (kira-kira 50,000 orang) sebanyak RM 99.09 juta tanpa memiliki lesen. Pak Man Telo sendiri mengaku bahawa mengaku tidak mengetahui jumlah sebenar yang dikutip syarikatnya kerana tiada siapa yang merekodkan setiap transaksi lengkap sepanjang mereka beroperasi.
Dia mengaku tidak bersalah dan mintak dibicarakan. Pak Man Telo dibenarkan diikat jamin sebanyak RM 2 juta sementara menunggu perbicaraannya pada awal tahun 1992.
Pada 2 Mac 1992, Pak Man Telo yang selesai dibicarakan didapati bersalah buat kali kedua. Mahkamah menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak RM 500 ribu.
Pak Man Telo akhirnya menjalani hukuman penjara selama setahun bermula daripada tarikh dia ditahan pada 17 Julai 1991. Bagi hukuman kedua pula, Pak Man Telo gagal membayar denda RM 500 ribu dan dia dipenjarakan lagi selama setahun bermula 2 Mac 1992. Dia menjalani hukumannya itu di Penjara Taiping.
Kemudian, Pak Man Telo dibawa ke Kuala Berang, Terengganu untuk perintah buang daerah. Pak Man Telo menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelakinya di sana. Dia memulakan hidup baru dan menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen.
Pada 22 Disember 1997, Pak Man Telo yang berusia 70 tahun ketika itu telah meninggal dunia akibat sakit tua. Berakhirlah riwayat seorang lelaki yang merupakan antara pelopor dan 'otai' skim cepat kaya di negara ini.
Rujukan:
1. Arkib Negara
2. Orang Perak
3. V12 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-6-2020 09:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Daftpunk_shine replied at 11-6-2020 03:28 PM
Walaupun ramai orang tahu bahawa skim ini tidak mempunyai 'business model' atau apa-apa perniagaan y ...
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh ingat lg time ni ioilss 5 tahun.. kecoh satu kuarters bapak ioilss kena 5k masa tu.. kawan2 bapak ioilss semua main. |
|
|
|
|
|
|
|
de kre sedara mara jauh yg dikenali maybe tukang collect duit org2 yg nk melabur bwh saham ni..
die pun ms tu tgh kaya gile2 jgk..last2 kn tembak wei..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mod buat hapa ???? Tered dah adaaaa. @AceHand mana mod yg ko junjong sngt tu ??? Tido ???? Kang aku bodoh kan korang jan sentappp pulak kangggg. Nk nmpk ade kose teros potong kedit aku.tp terang2 jdbodoh xblh plk kne tegor. Bangangg.
Haaa sentap. Potong la kedit aku. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-6-2020 02:26 AM
Sekarang pun ada gak yang ala2 pak man telo tapi heols tak tunjuk muka sangat. Dengar kata dah cerai ...
Aaa ke.. X cerai pon.. Aman2 saje bergmbo raya |
|
|
|
|
|
|
| |
|