CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7823|Reply: 19

Lokasi Percutian Bajet Dengan Kos Bawah RM500

[Copy link]
Post time 12-6-2020 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 12-6-2020 01:54 PM

Siapa cakap nak ke luar negara perlu berbelanja besar? Sebenarnya banyak sahaja negara-negara yang kita boleh melancong dengan kos yang rendah dan anda boleh jimat banyak.

Lagi-lagi sekarang ni kebanyakan syarikat penerbangan sedang adakan promosi harga tambang murah. Masa ni lah anda kena grab cepat sebelum habis. hehe.
Jom baca kami nak kongsikan dengan anda lokasi percutian di dalam dan luar negara hanya dengan bajet lebih kurang RM500 ke bawah.


1. PULAU PINANG, MALAYSIA




Kredit Foto: Kapital.my



Kadang-kadang tak perlu jauh-jauh ke luar negara. Di Malaysia sudah cukup. Kalau di Malaysia untuk percutian budget kami pilih Pulau Pinang disebabkan banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang anda boleh lawati. Antaranya ialah Escape Park, Penang Hill, George Town, Batu Feringghi, Padang Kota dan macam-macam lagi. Penang juga terkenal dengan makanan. Bagi anda yang minat dengan sejarah, Bandar George Town sebenar antara bandar yang dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008.


2. KRABI, THAILAND









Kredit Foto: Hotels.com



Siapa yang dah ke Krabi pasti setuju dengan pilihan kami. Krabi merupakan antara destinasi popular di Thailand. Dan mengikut pengalaman kami, anda boleh dapatkan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur pergi balik menggukan Air Asia atau Bangkok Airways dengan harga RM150 atau lebih rendah lagi. Bilik dorm boleh didapati dengan harga RM20 semalam atau bilik lebih selesa dengan harga RM100. Makan di sana pula mudah nak dapatkan yang halal dan murah.



3. HO CHI MINH, VIETNAM









Kredit Foto: Vietcetera



Kalau ke VIetnam apa lagi kalau bukan niat nak bershopping sakan. hehe. Harga hotel anda boleh dapatkan sekitar RM60 semalam. Anda tak perlu risau untuk mencari restoran halal kerana banyak boleh didapati di sana dan harga juga berpatutan.



4. KOH SAMUI, THAILAND








Kredit Foto: kosamui.com
Koh Samui yang terletak di Thailand memang antara salah satu tempat tumpuan bila orang datang ke Thailand. Apa yang menjadi menarik disini ialah kecantikan dan keindahan pulaunya yang masih lagi terpelihara. Tak perlu risau jika datang ke sini, harga hotel boleh didapati dengan harga serendah RM100 semalam. Banyak restoran makanan halal disediakan di sini.


5. HATYAI, THAILAND









Kredit Foto: Matador Network



Selain Krabu dan Koh Samui, Hatyai juga merupakan tempat tumpuan pelancong terutamanya untuk yang suka membeli-belah. Di sini anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM20 jika anda memilih untuk duduk di dorm. Makanan halal pula tak susah untuk didapati di sini. Malah harganya murah.


6. SINGAPURA









Kredit Foto: Octagon



Walaupun nilai mata wang lebih tinggi 3 kali ganda dari ringgit Malaysia, namun anda tetap boleh melancong dengan kos di bawah RM500. Bagaimana? mudah sahaja. Untuk ke Singapura anda boleh memilih jalan darat atau udara, jadi mana yang murah diutamakan. Sebenarnya bila melancong ke Singapura juga anda boleh menghabiskan tempat-tempat menarik dengan satu hari sahaja. Atau lebih sehari, anda boleh bermalam di Johor Bahru untuk lebih jimat.



7. KUALA LUMPUR, MALAYSIA









Kredit Foto: The Crazy Tourist



Selain Pulau Pinang, jika anda jenis suka bercuti di bandar yang pesat membangun jawapannya ialah Kuala Lumpur. Di sini terlalu banyak hotel bajet atau hotel butik dengan kos hanya RM100 untuk semalam. Kemudahan pengantkutan awam seperti LRT sangat memudahkan pergerakan malah harga sangat murah. Antara tempat menarik di Kuala Lumpur ialah KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Burung, Jalan TAR dan pelbagai pusat beli belah di tengah bandar. Bab makan pula pastinya makanan halal sangat mudah dijumpai dan pelbagai menu dan jenis masakan boleh anda rasai.


8. MEDAN, INDONESIA







Kredit Foto: arleneanddennis



Mengikut pengalaman kami tiket ke Medan boleh didapati dengan harga lebih kurang RM200 pergi balik menggunakan Air Asia. Penginapan disini pulak murah sekitar RM100 semalam. Banyak juga pilihan hotel yang jauh lebih murah. Makanan dihalal pula sangat mudah di dapati kecuali jika anda ke Danau Toba. Harga makanan juga juga jauh lebih murah

.
9. PADANG & BUKIT TINGGI, INDONESIA









Kredit Foto: Indonesia Tourism
Padang mungkin kurang popular tapi masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan berpatutan dan berbaloi untuk dilawati. Kebiasaannya jika ke sini anda disarankan untuk singgah juga ke Bukit Tinggi. Disini juga terdapat banyak hotel murah serendah RM60 semalam. Menu masakan di Padang adalah antara yang menyelerakan buat anda yang suka selera pedas yang cenderung umpama selera di Negeri Sembilan. Menu makanan mereka adalah hampir sama tetapi lebih banyak dan pelbagai.
Sumber: herinspirasi




-------------------------
haritu itu,saya ada baca lawak bodoh tentang melancong ni
ada wanita cerita,dia pergi melancong kemana2 free aje
rupanya,dia melancong semua guna duit Laki dia
memang la free.

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempadan ditutup momod..cannot go out..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 01:57 PM | Show all posts
Covid19 replied at 12-6-2020 01:54 PM
Sempadan ditutup momod..cannot go out..huhu

hehe .alah ini info saja.nanti ,akan datang boleh tu melancong lagi

peh id awak pun covid haha
syabas2,bertuah saya dapat chat dengan covid sendiri


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
iols kalau rm500 tu habis pegi kl je duk hotel, bayar deposit, tren/bas/grab, touchngo/tol/minyak/parking
Pastu beli makan sedap sikit, beli buah tangan hulur duit sikit kat relatives habislah duitnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 02:15 PM | Show all posts
KIM.K replied at 12-6-2020 02:11 PM
iols kalau rm500 tu habis pegi kl je  duk hotel, bayar deposit, tren/bas/grab, touchngo/tol/ ...

ye betul sangat tu kim.. 500 dah tak ada erti lagi sekarang dengan 500rm nak melancong apanya..bawa ke mall kejap aje habis


yang orang cerita pergi melancong dengan kos rendah ni
saya tak pernah percaya haha..walau pun begitu,saya
copy paste jugalah ke forum ni untuk info,

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 02:49 PM | Show all posts
rm500 tu kira banyak la dapat gi sana sini..
group travel lagi hebat..
ada rm10 je boleh sampai jepun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2020 02:52 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-6-2020 02:49 PM
rm500 tu kira banyak la dapat gi sana sini..
group travel lagi hebat..
ada rm10 je boleh sampai je ...

kan? haha memang la terasa ngarut baca, kalau 10rm,
dalam mimpi bolehlah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 04:38 PM | Show all posts
ok skrg lexis promo hisbicus rm380 je..bole la bwk ank2 bini nk rileks sorg2 brendam dlm pool
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2020 12:10 AM | Show all posts
murahnya......sure ke ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2020 02:26 AM | Show all posts
adila39 replied at 27-6-2020 12:10 AM
murahnya......sure ke ni.

kalau katalah krabi tu,sebelah rumah dia,saya percaya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
For less rm500 per person, sy pernah pergi 3 days 2 night:
1. Penang
2. Singapore (bas)
3. Langkawi (bas)
4. Sekinchan
5. Melaka

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg menarik.. blh recce
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:15 PM | Show all posts
RM500 sekarang ni kita jalan-jalan pergi mall aja lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 09:30 PM | Show all posts
antiQue replied at 11-4-2021 09:15 PM
RM500 sekarang ni kita jalan-jalan pergi mall aja lah

haha kan.. beli barang keperluan dapur saja sudah habis atau nak banyak,melancong ke dalam kedai 2 ringgit banyak
barang2 boleh dapat bawa balik


ohya sis antique tak minat nak help forum lagi ke? hehe
boatd ni masih kosong tak ada mod lagi

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=812
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2021 06:52 AM | Show all posts
trunks replied at 11-4-2021 09:30 PM
haha kan.. beli barang keperluan dapur saja sudah habis atau nak banyak,melancong ke dalam kedai ...

I would think melancong dengan RM500 buat kita lagi stress... nak fikir budget segala... elok lah kita beli barang keperluan aja dengan duit tu

Anyway... saya masuk forum sekali sekala aja, so tak boleh lah nak buat keje mod macam dulu

Comments

hehe okey sis cyg..  Post time 12-4-2021 10:10 AM
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pergi tesco je dah habis rm500
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pergi tesco je dah habis rm500
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 01:59 PM | Show all posts
Edited by TVTAPPROAPK at 22-6-2021 06:00 AM

very informative and excellent you make wonderful writing and series..TVTAPPROAPK
https://tvtappro.xyz/

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah was was nk gi tempat yg ceruk2 ni after covid...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.112678 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list