Edited by trunks at 14-7-2020 10:26 PM
Sudah berapa lama anda bersama dengan telco yang sedang anda gunakan sekarang? Sepanjang tahun 2019 yang lalu, sudah tentu banyak perubahan yang dilakukan oleh telco daripada segi penawaran perkhidmatan mereka.
Tidak terkecuali produk prabayar yang rata-rata memilihnya atas sebab tidak mahu terikat dengan kontrak dua tahun seperti kebiasaannya.
Ini adalah kesinambungan daripada entri awal tahun 2019 kami tentang rumusan pek prabayar 5 telco utama negara iaitu: - Celcom
- Digi
- Maxis
- U Mobile
- Yes 4G LTE
Ada tiga komponen besar yang kita akan lihat untuk setiap pek ini. Yang pertama adalah harga pek, kemudian manfaat yang diperoleh bila lakukan pengaktifan dan manfaat bulanan yang anda dapat bila kekal aktif. Kriteria yang terakhir adalah kadar untuk panggilan, SMS, atau MMS jika anda tak melanggan mana-mana pas Internet.
Celcom Xpax Prepaid
Berbanding 2019, Xpax untuk tahun ini ada perubahan sedikit. Bezanya adalah setiap bulan anda dapat kuota sebanyak 10GB yang boleh digunakan untuk Facebook, Instagram, dan Games Walla. Dalam Games Walla, setakat ini ada dua permainan iaitu AoV dan Free Fire.
Pada sudut kadar, tiada perubahan diperhatikan. Ia masih kekalkan kadar 30 sen seminit, 15sen se-SMS, dan 30sen se-MMS. Ada satu promosi sedang berjalan jika anda aktifkan akaun bersama Xpax. Anda berpeluang terima 5GB kuota Internet percuma bila anda lakukan pengaktifkan swalayan menerusi APP Celcom Life (Android & iOS)
Digi Prepaid LivePek prabayar Digi adalah antara yang termurah dalam pasaran. Seperti biasa, semasa pengaktifan, anda terima sejumlah kuota Internet serta kredit sebanyak RM5 untuk dibelanjakan.
Penawaran prabayar Digi Prepaid Live tidak berubah berbanding 2019. Anda masih terima 2.5GB setiap minggu untuk melayani kandungan di:
- YouTube
- YouTube Gaming
- Twitch
- iflix
- Astro GO
- tonton
- dimsum
- Spotify
- JOOX
- Smule
BACA Maxis taja 3 bulan talian Hotlink percuma untuk pekerja kesihatan COVID-19
Promo #borakje juga sedang berjalan sekarang. Dengannya, anda boleh dapat kuota panggilan tanpa had ke mana-mana rangkaian dengan syarat anda telah gunakan RM2 untuk lakukan panggilan pada hari tersebut. Selain itu, sekiranya anda ada ramai rakan bawah telco Digi, anda boleh masukkan mereka dalam senarai 6-Buddyz untuk nikmati 1,000 minit kuota panggilan dan SMS percuma setiap bulan. Kadar panggilan tidak berubah berbanding 2019. Anda dicaj 30sen untuk seminit bercakap, 20sen untuk sekeping SMS, 5sen untuk SMS, dan 30sen untuk video call.
Hotlink Red & Hotlink Superrr
Hotlink Superrr diumumkan dalam bulan November 2019. Ia menjadikan Hotlink ada dua produk prabayar sekarang, satu Hotlink Superrr dan satu lagi Hotlink Red. Daripada apa yang ditawarkan kedua-dua pelan, mereka ada benda-benda yang sama kecuali satu.
Kalau di Hotlink Red, setiap bulan anda diberikan 10GB kuota untuk digunakan bersama APP Facebook. Jadi anda boleh tonton livestream, lakukan livestream, ataupun utuskan Stories sepuas hati.
Di Hotlink Superrr, anda terima 2.5GB kuota setiap minggu. Tawaran ini sama macam yang diberikan Digi Live Prepaid. Tapi di Hotlink, ia hanya boleh digunakan di APP YouTube. Satu yang menarik tentang tawaran Hotlink Superrr adalah apabila anda beli mana-mana pas Internet yang mengandungi kuota YouTube, anda akan terima dua kali ganda daripada yang ditawarkan.
Untuk kadar, ia dikekalkan daripada 2019. Anda dikenakan 30sen seminit untuk berbual atau 12sen seminit jika ia berada dalam senarai Activ10. Untuk SMS, anda membayar 15sen untuk SMS ataupun 1sen untuk ahli Activ10.
U Mobile Unlimited Funz & Unlimited Power
Seperti Hotlink, U Mobile juga ada dua produk dalam kategori prabayar. Produk terkini mereka dilancarkan dalam bulan Julai 2019 yang lalu iaitu pelan Unlimited Funz.
Beza pelan Unlimited Funz dengan Unlimited Power adalah pada harga pek permulaan dan tawaran kuota percuma untuk APP tertentu. Di pelan Unlimited Funz, selagi anda kekal aktif, anda nikmati kuota tanpa had untuk APP berikut:
- Facebook
- Instagram
- Twitter
- WhatsApp
- WeChat
- IMO
- Viber
- Facebook Messenger
- PUBG Mobile
Pelan Unlimited Power pula adalah lebih konvesional. Bagusnya pelan ini adalah pek permulaan cumalah berharga RM8.50. Bukan saja murah, anda juga menikmati App-Onz (kuota tanpa had untuk Facebook, Instagram, dan Twitter) selagi anda kekal aktif dengan tambah nilai sekurang-kurangnya RM10. Selain itu, anda juga terima Internet asas 1GB untuk digunakan.
Untuk kadar panggilan, pelan Unlimited Power lebih murah. Anda dikenakan 28sen untuk setiap 30 saat bercakap dan 12sen untuk sekeping SMS.
YES 4G LTE
Penawaran prabayar Yes 4G pula tak berubah berbanding 2019. Secara ringkas, anda boleh dapatkan pek prabayarnya pada harga RM10 seunit. Prabayar YES 4G adalah yang paling ringkas tawarannya, tiada apa-apa manfaat bulanan mewah tapi anda dapat panggilan dan SMS percuma sesama rangkaian.
Untuk panggilan dan SMS, anda dikenakan caj sama rata iaitu 9sen seminit dan 9sen seunit.
Analisis
S ama seperti tahun 2019, harga pek permulaan kekal dibawah RM10. Pek yang paling murah adalah Digi Prepaid Live pada RM8, diikuti dengan U Mobile Power Unlimited yang dijual pada harga RM8.50. Produk yang selebihnya meletakkan RM10 sebagai harga pek permulaan mereka. Sewaktu mengaktifkan servis, anda biasanya akan terima sejumlah kredit untuk dibelanjakan dan kuota sementara yang sah untuk beberapa hari. Semua telco berikan kredit tersedia sekurang-kurangnya RM5. Hanya Xpax dan U Mobile berikan kredit RM6.
Tapi, tumpuan pastinya diberikan pada manfaat bulanan. Untuk kategori ini, Digi Prepaid Live adalah yang paling mewah kerana anda terima 2.5GB kuota untuk menonton video dan mendengar muzik. Tapi Hotlink juga ingin meniru Digi menerusi penawaran Superr-nya. Cuma tawaran Hotlink hanya tertakluk kepada YouTube sahaja.
Selepas Digi dan Hotlink Superrr, ada empat produk yang ada tawarkan sesuatu yang menarik dalam kategori manfaat bulanan. Di U Mobile Unlimited Funz, anda nikmati kuota tanpa had untuk 8 APP media sosial. Di Xpax dan Hotlink Red pula, mereka masing-masing berikan 10GB kuota untuk Facebook tapi Xpax ada kelebihan apabila kuota itu juga boleh digunakan untuk Instagram dan Games Walla.
U Mobile Unlimited Power pun tak kurang hebatnya sebab ia ada App-Onz yang bekalkan kuota tanpa had untuk Facebook, Instagram, dan Twitter.
Sekiranya anda lebih pentingkan kadar panggilan dan SMS, Yes 4G LTE kekal sebagai penyedia kadar terendah untuk panggilan dan SMS keluar rangkaian iaitu pada 9sen seminit ataupun 9sen se-SMS.
Kesimpulan
Saya ingin kekalkan anggapan yang semua telco ini ada cakupan servis yang serupa sebelum menyimpulkan artikel ini. Dalam edisi 2019, saya cenderung kepada Xpax dan Digi atas kemurahan hati mereka bekalkan data percuma untuk menonton YouTube.
Tapi untuk tahun ini, kalau anda perlukan kuota menonton, Digi dan Hotlink Superrr adalah jawapannya. Untuk media sosial, anda boleh pertimbangkan antara Xpax, U Mobile Funz Unlimited, dan Hotlink Red.
---------------------------- korang layanlah pilh yang mana,saya dah ada pelan maxis prepaid unlimited walau terhad 5GB sehari.tapi saya puas hati plan tu,iyela corak hidup kita tak sama..hehe.tadi,ada iklan kat taman saya ni siapa nak pasang unifi,saya pilih 300mbps,baru 199rm sebulan,dia cakap kena ada 30 orang lagi daftar baru nak pasang bulan 10 nanti,entah2 sembang kari aje
|