CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4146|Reply: 5

Ini adalah jutaan ketam di PULAU KRISMAS

[Copy link]
Post time 29-8-2020 02:48 AM | Show all posts |Read mode


Tahukah anda apakah fenomena alam yang melanda di batuan tepi pantai ini?

INI IALAH KETAM MERAH PULAU KRISMAS

Ketam ini sangat terkenal di Australia dan di dunia kerana warna badannya yang merah cerah.

Ketam ini juga terkenal dengan penghijrahan tahunan mereka yang sangat luar biasa ke laut.

Berjuta-juta ketam bagaikan seperti menjadi sungai merah apabila ia bergerak dari hutan menuju ke laut untuk membiak dan bertelur.

Semasa penghijrahan, ketam merah memanjat dan mengelilingi halangan dalam perjalanan mereka.

Menariknya ketam ini mengikuti laluan penghijrahan yang sama setiap tahun.

Populasi ketam merah ini kebanyakkan di Pulau Krismas, Lautan Hindi, kira-kira 380 kilometer di selatan Pulau Jawa, Indonesia.

Ketam merah perlu pastikan badannya sentiasa basah, jadi ia menunggu musim hujan untuk memastikan keadaan yang sesuai untuk perjalanan yang sukar.

Seekor ketam betina boleh bertelur sehingga 100,000 telur.
Inilah rupanya ketam merah Pulau Krismas apabila ia membesar. Sangat merah menyala.








Dan setiap tahun pihak berkuasa Pulau Krismas menutup jalan bagi memberi laluan kepada ketam merah ini melakukan penghijrahan dari hutan ke laut.

Dan tahukah anda jumlah semua ketam ini? Jumlahnya dianggarkan sebanyak 43 juta ekor!

Nak dapatkan lagi fakta sains yang menarik?













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli pulak tgk byk2 tuh tp mmg terbaik la pihak sana jaga alam semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2020 07:47 AM | Show all posts
ni kalau makan seminggu kena gout ni  
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2020 10:49 AM | Show all posts
Boleh makan tak ketam ni?  Tak nampak orang kutip bawa balik pun?

Tapi ada negara tu, apa aje yang melintas boleh masuk periuk tau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 10:31 AM | Show all posts
wowwwww
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 11:52 AM | Show all posts
NekNgah replied at 29-8-2020 10:49 AM
Boleh makan tak ketam ni?  Tak nampak orang kutip bawa balik pun?

Tapi ada negara tu, apa aje yan ...

tu lah terpikir juge.. bole makan ke?? ke mcm spesis ketam batu  tu yg kita x leh makan sbb dua alam?? geram pulak tgk lengan ketam tuh... tingat makan seafood kat muara port klang dulu2 kikikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.327356 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list