Air bersih adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia selain dari makanan dan tempat berteduh. Bila tak ada air bersih ni mmg akan menyusahkan kehidupan manusia. Tambahan pulak depa yg berkeluarga dan ada anak kecil.
Ni aku kongsi benda yg bagi aku wajib kita ada dalam menghadapi kecemasan.
1. Collapsible water container. Aku beli kat shopee.. Harga tak sampai rm10 pun utk 1 pcs. Ada 3 saiz iaitu 5 liter, 10 liter dan 15 liter. Boleh simpan air bersih utk kegunaan bagi minum dan memasak dan kalau tak nak guna, boleh simpan dalam storage dan tak ambik banyak ruang kat rumah angpa.
Tips : aku akan tulis tarikh aku tadah air dan simpan. Cukup setahun aku akan tukar air baru. Air lama boh dlm kolah boleh guna utk mandi
Gambar ni aku ambik masa guna kat wad
2. Portable/travel bidet. Bidet ni banyak kegunaannya. Salah satu boleh guna utk ambik wuduk..aku guna utk membersihkan tok dan juga mandikan tok.. Hanya guna 3 liter air utk mandi + shampoo tok bila guna portable bidet ni.
3. Patient Bath Wipes ni digunakan utk lap pesakit terlantar terutamanya yg tak boleh kena air atau yg kat ICU.. Aku biasa guna bila tok kat wad pemerhati sebab keadaan terhad utk lap badan tok dgn air. Kulit angpa takkan kering guna patient bath wipes ni.. Dan badan juga tak berbau.
4. Untuk depa yg boleh tahan air hujan.. Aku sarankan beli portable water filter jenama Sawyer Mini Portable filter. Aku baca review mmg ramai rekemen filter kecik ni. Jadi air hujan tu boleh angpa filter dan guna utk mandi.
Benda2 ni kita nampak biasa.. Tapi sangat berguna disaat kecemasan.
Post time 6-9-2020 06:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wah! Portable bidet ni bagus! Kena dapatkan satu ni kalau nak travel gi mana2. Senang nak membersih kan..
Air hujan yg turn ikut rantai dari saluran bumbung akak tadah dgn baldi je selalunya sebelum gunakan ia utk siram pokok dan cuci garage. Bagus jugak ada water filter ni utk ekgunaan yg lebih meluas, kan..
Thanks sarah. Memang plan lepas Isya’ kang nak masuk shoppee kejap.