View: 4759|Reply: 22
|
Tunku Anum & Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam
[Copy link]
|
|
Edited by MrsVeneer at 26-9-2020 08:50 AM
Penduduk asal negeri kedah mungkin mahir dan tahu tentang kewujudan negeri kubang pasu.
Sebuah negeri yg dianugerahkan oleh sultan kedah kpd tunku anum atas kejayaan baginda membebaskan negeri kedah dr jajahan takluk siam.
Tunku dgn kepintaran beliau berjaya menjalan kerja risikan dan seterusnye menyusun strategi utk mendapatkan kembali kedaulatan kedah setelah berada di bawah cengkaman siam selama 20 tahun.
Tunku anum tidak berminat dgn peperangan dan memilih utk berunding. Manakala sultan asal kedah iaitu Sultan Ahmad Tajudin cabut lari meninggalkan kedahndan berlindung di melaka. Tinggal la hamba rakyat meneruskan perang gerila dgn dibantu negeri2 jiran (thats another interesting story to tell).
Utk info, kedah jatuh ke tangan siam melalui peperangan yg digelar perang bisik. (Again another interesting topic).
Tunku Anum adalah cucu kpd Sultan... Kerana ibu baginda adalah Tunku Rahmah iaitu puteri sulung Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, Manakala bapa beliau adelah seorang pembesar iaitu bekas Ketua di Wilayah ChenakThailand.
Siam pernah menawarkan jawatan sebagai wakil kerajaan siam kpd tunku anum tetapi ditolak dgn alasan tunku anum takut dibunuh oleh org kedah kerana jawatan itu umpama seorang pembelot.
Tunku anum ini pada asalnya ditugaskan menghantar bunga emas kpd kerajaan siam. Satu tugas yg tidak mudah. Belum tentu bile sampaj ke siam, penghantar dpt balik semula ke kedah. Perjalanan menghantar juge tidak mudah. Logistic zaman dulu sgt mencabar. Atas tugasan ini (yg setaraf dgn diplomat skrg) tunku anum dikurniakan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan.
Atas kebijaksanaan dan skill negotiation yg tinggi, tunku anum berjaya memujuk Raja Ligor utk membebaskan kedah dan balasannya kedah akan menghantar bunga emas sbg ufti.
Sebenarnye sy nk bercerita psl negeri kubang pastu tp meleret pula psl tunku anum.
Dek kerana jasa besar tunku anum Sultan Ahmad Tajuddin mengahadiahkan daerah kubang pasu yang mempunyai 24 mukim kepada Tunku Anum.
Sebenarnye Sultan Ahmad Tajudin dipanggil balik oleh Tunku Anum utk memerintah semula Kedah. Tunku Anum boleh sahaja memerintah Kedah kerana Siam membebaskan Kedah atas hasil usaha Tunku Anum.
Di bawah pemerintahan Tunku Anum, Kubang Pasu digelar Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Yg bermula dr mukim Tunjang hingga ke Sadao (yg skrg di bawah Thailand kalau x silap sy).
Manakala pusat pemerintah negeri kubang pasu adalah Pulau Pisang di Jitra. Di bawah pentadbiran baginda Kubang Pasu berkembang maju.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Sultan tak cabut lari.. Tapi dipaksa inggeris utk berpindah ke Melaka sebab inggeris tau pengaruh sultan dalam usaha dptkan semula Kedah.
Sultan Ahmad Tajuddin masa kat Melaka trick inggeris bagtau nak melawat siak.. Tapi sebenarnya ke Bruas Perak.. Masa kat melaka, org2 pattani mengadap sultan utk sama2 berjuang dapatkan balik Kedah.. Dari Bruas org2 melayu siap sedia utk serang kedah balik. Masa ni inggeris bedil kota kat bruas dan memaksa Sultan Ahmad Tajuddin kembali ke Melaka.
Sultan Ahmad Tajuddin sebenarnya tulang belakang utk dapat kan kedah semula.
Tapi sebab inggeris benci baginda.. Ditulis yg baginda lari. |
|
|
|
|
|
|
|
omputeh kan suka manupulate sejarah, even in writing pun depa twist. But nice thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 25-9-2020 11:22 AM
omputeh kan suka manupulate sejarah, even in writing pun depa twist. But nice thread.
Betul.. Mmg thread yg bagus.. Jap nak rate.. |
|
|
|
|
|
|
|
@MrsVeneer kalau tambah lagi info.. Tolong tag sy.. Nanti sy bagi lagi kredit.. Tq kak nora sebab sudi buka thread kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
wow menarik,,,,, tak pernah tahu pulak....... |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik, nama kami nak sama.... |
|
|
|
|
|
|
|
I suka nama Anum. Nampak sisi ayu, lembut, sopan tapi berani, kemelayuan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-9-2020 04:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
orenmango replied at 25-9-2020 04:22 PM
Tunku Anum ni lelaki ke?
Yes. Tengku Anum bin Tunku Abd Rahman. Sy pun mula2 ingat perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 25-9-2020 10:57 AM
Sebenarnya Sultan tak cabut lari.. Tapi dipaksa inggeris utk berpindah ke Melaka sebab inggeris tau ...
inggeris adalah leluhur parashit... ntah kenapa ramai manusia kagum dgn leluhur nan satu ni |
|
|
|
|
|
|
|
MrsVeneer replied at 25-9-2020 04:26 PM
Yes. Tengku Anum bin Tunku Abd Rahman. Sy pun mula2 ingat perempuan.
veneer ni noraidil ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 25-9-2020 04:52 PM
inggeris adalah leluhur parashit... ntah kenapa ramai manusia kagum dgn leluhur nan satu ni
Hahaha.. Ang la rex.. Ada baik juga inggeris.. Sebenarnya inggeris dengki sbb sultan kata.. Boleh beli saja bijih timah.. Nak sewa tanah buka lombong tak boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pompuan,tp bila tgk baginda tu.Rupa2nya lelaki...sbb dah terbiasa dgr nama Dang Anum dlm lh satu filem melayu klasik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 25-9-2020 10:57 AM
Sebenarnya Sultan tak cabut lari.. Tapi dipaksa inggeris utk berpindah ke Melaka sebab inggeris tau ...
Wowww. Sarah dh jd mod |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 25-9-2020 09:11 PM
Wowww. Sarah dh jd mod
Baru pra mod.. Uish.. Biasa2 saja. |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 25-9-2020 09:11 PM
Wowww. Sarah dh jd mod
Yalah bru perasan... Waaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada main pujuk pujuk dengan siam ngok? Kalau tenteraTunku Anom tak guna kekerasan ...sampai sekarang pun Kedah tak bebas . Macam Pattani sekarang. Siam terpaksa berundur dari Kedah setelah tak tahan menanggung kehilangan nyawa askar mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Upacara menyerahkan Kedah kembali kepada Sultan dengan dihadiri pihak Inggeris pula dijadikan alasan untuk mendakwa konon Inggeris lah yang mendesak Siam berundur sedangkan siam keluar sebab tak tahan digempur oleh orang Kubang Pasu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|